Saturday, July 25, 2020

Pengalaman Menggunakan ETS Kelas Perniagaan Atau Business Class

Alhamdulillah, masih ada peluang untuk blog.

Dalam sebulan ni agak busy, kerja locum sambil hantar anak-anak sekolah sebab semua anak kecuali seorang dah mula sekolah dan untuk anak yang biasa pergi naik van, belum boleh naik van lagi sebab van driver dah kerja lain, dia akan resign hujung bulan ni. So bulan depan baru naik van macam biasa. Bagus juga driver van tu cari kerja lain kalau tak, takde la income.

Saya just nak tulis sikit brief notes tentang naik ETS hari Isnin 20 Julai yang lepas, so kalau next time nak kena guna, ada la reference.

Seperti biasa sekolah anak ada aktiviti yang libatkan parents. Berbelah bahagi juga nak pergi memula sebab wabak covid masih belum berakhir walaupun kes dah kurang. So buat lah solat istikharah. Bila anak dah kirim macam2 barang, buku lah, kertas A4 lah, burger king lah, rasa macam kena pegi, maka keputusan pun cepat je buat, terus book tiket ETS online.

Pagi paling awal dari KL ke utara 7am, plus minus around that. Subuh masuk 5.50am so husband pun hantar ke KL station lepas solat subuh, barang2 semua dah ready the night before.

Ni kira kali kedua seumur hidup naik ETS. First time 7hb March 2020 untuk hari kerjaya kat sekolah anak jugak. Biasa kalau travel guna kereta lah senang, naik ETS ni bila husband ada hal tak dapat pegi maka naik lah ETS. alhamdulillah ada pilihan.

Event di sekolah anak dalam pukul 11am. Ada wakil lain yang datang lebih awal untuk event yang lain, penyampaian sanitizer, infrared thermometer, handwash dan facemask yang ditaja oleh parents.

Kawan saya tunggu di stesyen KTM, drive terus ke maktab. Kali pertama dapat jumpa kawan wakil PIBG ni walaupun dah kenal lebih kurang 7 bulan dan banyak kali bincang melalui whatsapp dan ada masa juga call bila diskus isu penting.

Tiket pagi tak silap RM49, lebih kurang tiga jam lebih sikit nak sampai destinasi.

Saya ambik yang standard sebab takde option lain.

Beberapa hari sebelum cari juga N95 tapi takde rezeki, maka saya pakai facemask 3 ply dan bawa faceshield, just in case. Hand sanitizer tu mesti.

Barang2 yg anak kirim agak berat la juga, banyak buku dan kertas, maka saya bawa beg tarik yang macam stewardess guna tu. Kerusi saya pulak, jauh dari hujung yang ada tempat letak beg tu maka saya letak je belakang kerusi.

Actually kali ni travel naik ETS tak ramai orang berbanding Mac. Orang pun masih was-was nak gunakan public transport, ni saya rasa lah. Saya pun kalau ada pilihan, tak naik kot ETS.

Maka tempat duduk 14A kot kosong je lah kiri kanan depan belakang sepanjang perjalanan. Tapi saya duduk sebelah kanan, tempat seat ada juga kena matahari dalam pukul 9pagi gitu dan tak selesa lah, patut duduk sebelah lagi satu, dapat elak matahari.

Balik pulak saya duduk opposite (kiri pulak) saja nak try, kena juga matahari dah sebab matahari petang kan. Adeh, tak terfikir benda-benda ni masa book.

Sampai2 scan QR code. Saya dan seorang je lagi penumpang so staff suruh tunggu dalam bilik area kaunter tu dulu. Sampai stesyen dalam 6.30pagi. Masih gelap dan tak ramai orang tapi ada lah 3 orang so rasa selamat juga lah.

Then 6.50am macam tu dia bagi masuk ke platform.

Saya book coach A, so staf dah tunjuk arah nak pegi. Tapi masa ETS berhenti tu saya berdiri depan coach C, main masuk je dulu dan jalan kat dalam nak sampai coach C sebab takut tertinggal haha.

Ok, tempat duduk semua selesa dan bersih, tak ramai orang. So bila dah around 8.30/9am saya pun rasa lapar so pergi la ke coach C, ada cafe kat situ. Order nasi lemak dan teh tarik, RM8.50 dan RM2.80 tak silap. Ok lah makanan not bad tapi rasa lasagna lagi sedap.

Tunggu makanan lama sikit sebab macam ramai yang beratur, nasib ada tempat duduk so ok lah tunggu.

Dapat makanan agak panas nak pegang lama jalan 2 coach tapi Alhamdulillah masa tu ETS berhenti so steady je lah.

Saya puas hati la dengan harga RM49 tu sangat berbaloi rasanya, ada beberapa kali berhenti juga tapi rasa laju je sampai.

Sampai ke sekolah, pergi meeting jumpa Timbalan Pengetua for the first time juga. Banyak isu yang disampaikan dan banyak yang dibincangkan. Alhamdulillah as parents mengharapkan outcome yang positif dari perjumpaan dan perbincangan tersebut.

Oh sebelum tu ada la makan-makan sikit tapi perut dah kenyang makan makanan dalam ETS. Yang tak best, bila ETS sampai, turun dan jalan, kami sampai the opposite side so kena naik lift tapi lift pulak rosak so naik tangga 2 tingkat juga la bawa beg stewardess tu. Nasib masa nak turun lift ok, dah sampai maktab masa orang hidang makan tu masih terasa semput naik tangga bawa beg, haha...

Masa dalam ETS pula, masa beratur nak beli makan tu memang ada crowded sikit la, dan masa pulang ke coach A nak makan, terdengar orang batuk, terus pakai face shield.

Masa makan memang la kena buka jap facemask kan, tapi face shield tu tetap pakai la.

Sampai lebih kurang 11pagi, 11.30pagi masuk meeting, dalam 1.20pm minta undur diri sebab teringat ETS nak balik 2pm. Dah set alarm 1.30pm just in case sebab kawan2 semua duduk dekat-dekat sana saja, takde yang naik tren.

Habis meeting, ambik gambar, pass barang2 kepada Cikgu & staff, lepas tu kawan terus hantar ke stesyen ETS. Sampai stesyen ETS dalam 1.50pm. Just nice la takde rushing sangat, rushing sikit2 je haha.

Ok, tiket balik pula memang beli return dan plan nak turun KL sentral sebab sampai 5.20petang dah, husband tak boleh ambik sebab masa tu peak hours jem, so plan pegi rumah mak di PJ, dekat dah KL sentral, naik Grab RM16 sahaja.

Just nak share, balik tu saya ambik tiket bisnes class sebab ada pilihan dan saya bayangkan sure tak ramai orang. Alhamdulillah memang tak ramai orang dan rasa berbaloi juga ambil bisnes class. Harga RM140 lebih kurang, masa book tu terfikir juga, harga macam tiket kapal terbang Subang-Kota Bharu one way. Boleh tahan. Tapi 1).curious dan 2).wabak covid maka rasa nak cuba lah.

Masuk2 stesyen tak payah cross over la, sama macam stesyen KL. Instead of sebelah kanan, coach A sebelah kiri, so kena jalan juga sampai hujung dan pekerja dia dah tunggu kat luar koc pakai uniform dan senyum bila kita kasi tiket, terus angkatkan beg masuk. Wah, best juga biz class kan?

Coach lebih spacious, sebelah kiri ada satu row seats and kanan dua seats, saya ambil yang kiri sebab tak nak duduk dekat orang tapi coach pun quite empty ada beberapa orang je.

Ada tempat screen kat kerusi yang boleh guna untuk tengok movie, dengar music, dan order makanan. Bila lapar saya pun order makanan. Took sometime juga makanan tu sampai, kena bayar cash. Nasi not sure menu Terengganu, sedap la and berbaloi RM8.50. Tak lama lepas tu steward pula lalu serve macam kuih/pastry dan option air kopi/teh. Best. Seronok makan minum. Lepas tu baru terasa nak gi toilet, pegi la tengok tapi toilet berbau so tak jadi guna...adeh...tu aje satu-satu nya complain naik ETS. Kenapa la toilet tak bersih.

Layanan staff, kerusi, tren memang taraf bisnes class dan saya recommend pada yang nak cuba. Cuma saya jenis sempoi, most probably kalau bukan kerana covid naik yang biasa je kot LOL.

Skrin yang digunakan nak order makanan, tengok movie dan sebagainya...
Ni dalam coach A bisnes class, luas dan cantik. Sebelah kiri satu row sahaja tapi kena matahari la pulak.

Ni nasi nama tak ingat tapi sedap dan harga RM8.50, dia hantar kan tak payah beratur, order di skrin. Berbaloi.

Yang kuih/pastry dua tu dapat free/part of tiket dan air pun free, cuma nasi tu je bayar Ok lah, puas hati dengan makanan.

Ada steward serve makanan macam dalam kapal terbang.


Ok alhamdulillah itu sahaja coretan buat masa ini.

Masa sampai ke stesyen KL sentral, turun ETS je terus naik escalator, escalator ni tinggi beberapa tingkat juga, di atas terus je ikut sign taxi sampai ke luar, depan Le Meridien.

Di stesyen KL saya dah book Grab, tak silap ambil di main hallway/arrival area lebih kurang ada perkataan main tu la. Mula2 tak sure mana grab so saya telefon dan memang kat situ juga dia tunggu. Terus masuk terus sampai PJ. Jem takde lah teruk sangat sebab dekat kot Alhamdulillah...

Tuesday, June 23, 2020

Kerjaya Engineer Vs Actuarist

soalan:

kawan2 nak tanya
Since group ni banyak engineers

environmental engineering ni
good future tak

jawapan:

I would suggest to go for traditional engineering courses like mechanical, computer, civil etc which are not tied up to any field - i.e. More generic. Environmental engineering ni i dunno under eac atau tidak.. Eac is engineering professional body

Statement

actuarial science: Dat would be interesting... Tak ramai in malaysia... If u r good, bleh join BNM

Soalan

But then again actuarial science dgn engineering mcm langit dgn bumi.. Kena tanya candidate tu minat apa... We hv some yg half hearted - - end up mosly flop

kalau memang good at maths

Soalan

maybe can explain a bit on the difference between actuarial science & engineering

Jawapan

actuarial ni maths la kan? probability + modelling etc (maths & statistics)

Engineering ni ada practical work.. Study pun byk laboratory work.. Not theoretical semata2...

It is mostly men's things.. Skg dah ramai skit pompuan, dulu lelaki dominant

Kalau suka physics and maths bleh lah engineering

Kalau suka perakaunan ambiklah accounting atau actuarial science




Kerjaya Dalam Bidang Sains Aktuari

Alhamdulillah, hari ni bertanya dengan kawan-kawan tentang kerjaya dalam bidang sains aktuari (actuarial science).

Teringat seorang kawan yang dulu belajar degree sains aktuari, tapi rupa-rupanya lepas grad dia sambung chartered accounts.

(I only took a degree in actuarial but I didn't pursue a career in actuary
I took chartered accountancy after I graduated).

(It's a good profession... it's just when I was in uni I did secondment in an audit firm and they offered me a job. This was in London).

Mula-mula dengar, risau juga, kenapa tak sambung kerja bahagian aktuari, kenapa tukar chartered accounts pulak? Sebabnya, dapat peluang pekerjaan dalam bahagian tersebut.

Pada pandangan kawan ni, bidang aktuari adalah kerjaya dan profession yang baik di Malaysia.

(If he likes maths...it should be OK for him. But its not just maths.. he has to like statistics too).

Jika anak suka matematik dan statistik, kerjaya bidang ni sesuai.

(In Malaysia there are not many actuarist...so if you are a qualified actuary should be in demand).

Di Malaysia tidak ada ramai aktuarist jadi peluang untuk mereka yang berkelayakkan adalah cerah.

(You have to take professional qualification after degree and work at the same time. Similar to chartered accountancy.
It takes about 3-5y to complete the exams).

Selepas grad peringkat university, perlu sambung belajar buat professional qualification sambil belajar, secara am mengambil 3-5 tahun untuk lulus semua ujian.

Bila saya dengar ni, boleh kata kerjaya lebih kurang macam bidang perubatan juga, cuma nak jadi doktor pakar lebih lama sedikit...

(You have to be attached to an insurance company or a recognised organisation by the Body. 
Yes similar to medicine.
To be honest I don't really know any actuarist in Malaysia. Most of my friends who pursued are still in London or in Singapore.

Then again there are not many ...)

Kerja mesti dengan syarikat insurans atau mana-mana badan yang ditauliahkan.
Kawan saya sendiri tidak kenal mana-mana aktuaris di Malaysia, kawan-kawannya masih bekerja di luar negara dan sebenarnya masih tidak ramai di Malaysia.

(Or work in a bank as part of the risk department.
Yes private sector).

Boleh juga bekerja di bank dibahagian risk department. Kerja adalah di bahagian swasta.

Terima kasih Sue atas info yang diberi dan juga izin untuk share di blog...





Monday, May 4, 2020

Hari Kerjaya MRSM Taiping

Alhamdulillah, ada kelapangan nak tulis sedikit tentang pengalaman sebagai seorang yang dijemput ke 'sharing session' untuk hari kerjaya MRSM Taiping 2020.

Kalau sesiapa nak tengok gambar-gambar lain dan FB post maktab, boleh la ikut link di bawah:

MRSM Taiping Career Day 2020

Sebenarnya, ni kali pertama saya join hari kerjaya di sekolah menengah, kalau untuk pelajar pra-university tu dah ada pengalaman tapi lebih kepada part of job description. Pensyarah university swasta memang biasa turun padang untuk jumpa future students and parents, biasanya sebahagian dari kerja marketing.

Jadi pengalaman kali ni menarik sikit, sebab pertama kali bercakap depan pelajar2 sekolah menengah tentang kerjaya dan kali pertama juga kembali ke alma mater untuk memberi sedikit sumbangan, berkongsi pengalaman dan info bersama para pelajar sekolah lama saya.

Terus-terang, pelajar sekarang memang untung. Masa kami dulu, yang saya ingat ada seorang doktor lelaki datang bagi 'ceramah' lebih kurang satu jam dalam dewan kuliah, dan kami semua hanya duduk dengar saja lah. Dia kata "it is not a bed of roses" berkenaan kerjaya sebagai doktor. Itu sahaja. Tak ada pendedahan kepada pilihan-pilihan kerjaya lain. Akhirnya memang ramai yang jadi doktor, tapi ramai juga yang jadi engineer, entrepreneur, lecturer, doktor falsafah dan macam-macam lagi. Ada sorang yang jadi penyanyi rap terkenal juga...

Ok, masa buat keputusan untuk participate, saya belum lagi mula bekerja setelah beberapa bulan pindah ke Selangor dari Kelantan. Tapi tak lama lepas tu, ada kawan minta tolong cover klinik dia untuk sebulan, sebab staff nak cuti. Saya pun ada niat nak mula kerja, jadi terima lah offer kerja tersebut.

Bermula 2 Mac, hidup agak busy. Setiap hari jam 6.30pagi dah keluar rumah sebab start kerja 7am, klinik tu pulak dalam 30minit juga dari rumah. Dan beberapa petang sepanjang dua minggu pertama Mac, ada pulak kawan lain minta tolong cover klinik dia juga, yang ni pulak dekat sikit dengan rumah. Saya pun terima la mana yang sempat.

Hari Kerjaya pula sama tarikh dengan hari lahir anak kedua yang juga duduk di asrama, so saya bagitau awal-awal lah, tak dapat datang untuk celebrate birthday dia kali ni. Tapi kami datang juga the next day, Alhamdulillah.

Bila dah busy, last-last masa dalam ETS dalam perjalanan ke Taiping dari KL, saya menulis sedikit rough notes dalam buku tentang apa yang akan dikongsikan masa "breakout session" nanti. Hari Kerjaya 2020 memang canggih, sesi pertama, beberapa key speakers membuat forum atas pentas di dewan besar bersama semua pelajar. Ada vice chancellor sebuah universiti, doktor pakar mata, dan beberapa wakil kerjaya yang lain. Memang hebat-hebat bekas pelajar MRSM Taiping, saya tumpang bangga.

Sebenarnya memang rasa tak layak lah nak pergi bagi ucapan, sebab ramai yang lebih dan sangat layak tapi biasalah, contoh suami sahaja, semua mereka ni busy belaka, weekend pun kerja, agak susah untuk datang walaupun hanya beberapa jam. Tapi memang tabik hormat kepada jawatankuasa penyelia/organiser yang juga terdiri dari alumni2 juga. Power...

Lepas forum, ada break. Sebelum forum ni bermula, saya ambil ETS yang paling awal rasanya dari KL ke Taiping. Pertama kali juga naik ETS...biasa drive sahaja, tapi untuk pergi balik day trip sorang2, tak berani lah. Speakers lain semua datang hari sebelum dan stay overnight. Saya tak ada option tersebut.

Saya dan seorang lagi alumni yang merupakan doktor klinik swasta di Kedah, menggunakan bilik 505 (tak silap). Break out session ni macam sharing close up and personal. Untungnya students, ramai yang volunteer untuk jadi speaker, tak silap ada dalam 20 orang, jadi bahagi 10 setiap kumpulan ada 20 lebih students.

Speakers tiada definitive guidelines apa yang perlu diceritakan, tapi secara amnya mengenai kerjaya masing-masing. Ada 4 orang doktor untuk break out session, yang lainnya ada engineer, bisnes, research, kerja dengan kerajaan dan lain-lain. Menurut intel, kerjaya doktor masih yang paling popular...

Mula2 lepas perkenalkan diri, kami agreed untuk cerita tentang career pathway, saya kongsi untuk overseas dan speaker lagi satu tentang local pathway.

Secara amnya, lepas SPM ada beberapa pilihan untuk pra-university, A levels, matrikulasi dan lain-lain, lepas tu masuk university. Memang banyak pilihan tapi di Malaysia ada IPTA & IPTS. Saya kongsi tentang pengalaman di Ireland. Dan kami cerita juga tentang pathway untuk jadi doktor pakar, lepas kerja, habis houseman, boleh apply masuk masters program atau buat exam macam MRCP, pathway untuk jadi medical lecturer, dan juga buka klinik sendiri.

Kebanyakkan medical schools lebih kurang sama, 2 tahun pertama belajar subjek2 sains seperti anatomy, physiology dan biochemistry, lebih kurang macam belajar physics, chemistry, biology. Tahun2 ni di panggil pre-clinical years. Masuk kuliah, pegi lab, exam. Tahun 3-5 pula clinical years, dihabiskan di wad-wad tertentu dalam hospital. Ada juga sedikit kuliah tapi mostly teaching and learning by the bedside. Exam pun ada yang clinical/melibatkan pesakit.

Lepas tu kami buka untuk sesi soal jawab. Ramai yang bertanya dan ada juga soalan-soalan yang menghiburkan, "berapa jam sehari dapat tidur" antaranya...LOL

Ada break untuk makan dan bersambung pula dengan kumpulan pelajar yang lain, saya tak dapat ikuti sesi kedua kerana terus pulang ke KL naik ETS pada 2petang. Sampai KL dalam 5petang, penatnya teramat tapi seronok pun, sangat juga.

Bila tengok balik gambar-gambar kenangan, ini lah pertama kali dapat give back to society untuk alma mater, dan masa ni juga lah kehidupan masih "normal" sebelum bermulanya PKP. Saya agak reluctant untuk bersalaman dengan pelajar2 lepas sesi dah habis tapi salam juga dan ingatkan mereka untuk basuh tangan lepas tu sementara saya gunakan handsanitizer yang di bawa dalam beg.




Gambar kenangan bersama pelajar2 MRSM Taiping 2020

Gambar yang diambil oleh Dr Linda semasa sesi sedang berjalan

Wednesday, February 5, 2020

Pendapat Saya Tentang Kumon

Bulan Januari 2020 ada seorang kawan message tanya pendapat saya tentang Kumon.

Ok, ni pendapat peribadi saya.

Anak-anak saya memang semua yang dah bersekolah setakat ni memang hantar Kumon. Asalnya sebab anak buah pegi Kumon. Kami pun tengok, anak-anak buah yang pegi Kumon memang excellent dari segi akademik. Jadi kami pun hantar anak-anak ke Kumon, tapi tak konsisten.

Dua anak yang kat sekolah menengah sekarang ni, pegi kumon masa sekolah rendah dan tadika. Ada yang mula paling awal umur 5 tahun. Tapi on off sebab...ada masalah nak menghantar dan mengambil.

Apa yang saya lihat, dari Kumon matematik, mereka ada kelebihan kerana tidak struggle dalam subjek matematik dan add maths.

Dulu anak sulung pernah ambil Kumon maths dan English, tetapi, lepas berhenti, sambung balik, ambik matematik sahaja.

Kami pernah pegi Kumon di Petaling Jaya, Kubang Kerian, dan kini di tempat tinggal di Selangor. Setiap center ada jadual dan subjek2 tersendiri. Jadi elok telefon dulu, tengok hari apa dan pukul berapa buka, adakah sesuai dengan jadual anak. Kelas dua kali seminggu sahaja dan selalunya ada beberapa pilihan, contoh, isnin & khamis atau jumaat & sabtu.

Semasa pindah ke Kelantan, cikgu Kumon syorkan ambil matematik sahaja dulu. Lepas beberapa bulan kalau nak tambah subjek, boleh tambah.

Kalau tak silap ada bahasa Inggeris, Mandarin, tak pasti subjek apa lagi tapi yang saya dengar juga, untuk bahasa Inggeris, sistem kumon bukan lah terbaik seperti matematik. Ini hanya pendapat orang ya. Saya kongsi kan. Tak semestinya betul atau salah.

Untuk sesi pertama biasa bersama 'guru besar' yang akan bagi 'exam' atau assessment kepada anak, nak tengok anak kat level mana. Lepas tu cikgu akan tentukan anak mula diperingkat yang mudah dulu supaya dapat 'momentum' dan seronok buat worksheet.

Setiap hari yang anak tak pegi kumon, akan ada worksheet untuk dibuat di rumah. Pada peringkat sekolah rendah, dalam 10-20minit sehari sahaja. Maka konsepnya adalah latihan yang konsisten sehingga anak dah master, baru boleh naik level seterusnya.

Kelebihan Kumon, anak tidak terhad kepada umur, jika sudah master sesuatu konsep, boleh belajar yang lebih advanced. Contoh pelajar darjah 4 boleh sahaja buat matematik tingkatan 1 dan jika belajar 'ahead of school grade' maka mereka akan dapat pingat pada akhir/awal tahun beserta sijil.

Adakah kumon mengajar KBAT atau HOTS?

Setahu saya, tidak.

Kumon tidak sama dengan tuisyen kerana cikgu tidak mengajar, sebaliknya dalam worksheet dah ditunjuk contoh dan jalan kerja. Maka anak 'self learn' atau belajar sendiri dan jika tidak faham, baru bertanya.

Harap coretan ini membantu...


Thursday, January 16, 2020

Trip ke Krabi Disember 2019

Alhamdulillah, dah masuk tahun baru 2020, dan masih berpeluang menulis dalam blog.

Seperti yang dijanjikan, nak share sikit tentang lawatan 4 hari 3 malam (lebih kurang) ke Krabi baru-baru ni.

Mula-mula nak cakap sikit, sebenarnya takde la beriya sangat nak holiday di Thailand sebenarnya, antara beberapa faktor adalah anak-anak yang baru balik dari asrama pun baru je balik ke rumah, dah nak bertolak ke Thailand. Tarikh yang dipilih memang tak sesuai pada pandangan saya dan adalah pihak tertentu, tapi nak buat macam mana, orang lain yang organize maka kami ikut sahaja lah. Faktor yang lain, erm, sebenarnya rasa macam nak cuti di tempat yang sejuk sikit, Krabi lebih kurang panas macam Malaysia juga kan hahaha...tapi apakan daya, itu suratan takdir LOL.

Dan lagi satu faktor, bila ada anak yang dah duduk asrama sepanjang tahun, masa cuti hujung tahun ni la nak bercuti relaks, bonding, sembang-sembang dengan anak share cerita etc. Cuti ke Krabi ni pulak dengan segala extended family, ok je nak jalan ramai-ramai macam tu tapi timing sangat tak sesuai. Anak-anak pun yang duduk asrama punya banyak homework dan assignment, macam-macam nak terkejar tapi itu lah hakikatnya....mungkin yang baru habis PT3 nak masuk form 4 takde la homework, tapi yang lain-lain tu....haaaaa, macam tu la, bukan nak complain homework banyak, cuma timing trip Krabi ni agak out hihihi...

Ok. So maka bercuti kali ni takde la seseronok kalau family holiday yang sebelum-sebelum ni, but I hear you, this is all first world problems LOL.

Maka pada 22hb November kami sekeluarga pun bertolak dari Selangor ke Perak dulu. Semua berkumpul di Perak. 22 November ni hari Jumaat. Anak yang asrama kat Selangor baru je balik ke rumah hari sebelumnya. Anak yang asrama kat Perak, ikut trip sekolah hari sebelumnya, trip sekolah kebetulan ke kawasan dekat dengan rumah, so minta kebenaran cikgu balik awal malam tu juga. Kesian anak-anak, tak sempat rehat sangat. Baju yang bawa balik nak basuh pun tinggal je dulu, basuh mana yang bawa pegi Krabi je.

23 November pagi-pagi lagi, tak ingat la rasa bangun 3 pagi kot, 4pagi bertolak dari Perak, lepas tu berhenti untuk solat subuh di masjid Changlun. Ok la kot masjid dia, bersih. Dia orang pun buat kutipan masa tu sebab ramai yang singgah solat di sana. Tapi gelap kan, so tak nampak sangatla ada apa kat situ...

Lepas solat, drive lagi ke sempadan. Kami park kereta kat parking lot KTM Padang Besar, turun kereta bawa barang-barang, kena jalan a few hundred meters juga. Turun naik tangga, lintas jalan tapi masa ni dah cerah la. Dua kali imigresen. First untuk keluar Malaysia. Panjang beratur, ada fefeeling macam pelarian ke sebab bawak beg tarik tapi beratur tepi jalan. Entah lah, seumur hidup tak pernah buat benda macam ni, dah la ada anak kecik lagi. Pandangan peribadi, tak sesuai kalau untuk family yang mungkin ada orang tua dan budak kecil. Kalau semua dewasa plus minus anak-anak dan besar teenagers tu ok la kot...lepas tu ingatkan dan lepas ok lah. First beratur mungkin dalam 30-40 minit, lepas tu kena beratur pulak imigresen Thailand punya. Ha yang ni beratur dia punya la panjang, berpusing-pusing dan lama....ada dalam 2 jam kot...tak tau la ye ke tak tapi rasa macam berjam-jam beratur dan memang sampai anak-anak kecil dan orang tua kena duduk kat tepi lah sebab tak larat dah lama sangat dan panas...maka, kalau di beri pilihan, lain kali fly je kot hahahah. Memang la fly pun kena beratur imigresen tapi seumur hidup tak pernah beratur panjang dalam panas macam ni. Not a good start for the holiday.

Sebelum tu, kena make sure passport semua ada at least 6 bulan dan bila imigresen untuk maid Indon, dia ada lane asing/kena beratur tempat lain.

Lepas tu kami pun naik la van yang disewa untuk 4 buah keluarga. Standard kot van dia besar boleh muat 10 orang dengan selesa. Tapi nak sampai ke stage tu, menyeksakan sungguh. Tak silap sewa untuk 3-4 hari dalam RM5,600 untuk semua tiga buah van. Yang saya tak berkenan, van driver tu ada buat lawak nak kahwin lebih. Jadi, tak perlu lah tanya tentang details nak sewa van ni dengan saya. LOL. Selain tu ok la puas hati dengan servis van sewa ni.

Tempat pertama berhenti adalah stall buah nenas. Adalah jambu dan buah lain. Ni stall tepi-tepi jalan je. Ok la buah dia sedap. Tapi buah Malaysia pun sedap juga....hahaha.

Lepas tu berhenti kat tempat ni, nama dia Trang Andaman Gateway. Ada macam patung-patung gajah so boleh la ambik gambar stretch kaki tapi panasnya, macam kat Malaysia sebab masa tu memang dah tengah hari. Ingat kan ada zoo ke elephant sanctuary, mungkin ada tapi tak pergi kot. Lepas ambik gambar, masuk van balik jalan.

Kami singgah makan dan solat kat RnR, bersih la tandas, surau pun ok. Makanan pun ok la, boleh la.

Lepas tu van jalan lagi dan next break adalah Le Khaokob Cave. Dalam FB saya check tempat-tempat dan caption untuk tempat ni adalah "never again". LOL. Ok, macam ni. Tempat dia adalah gua, nak masuk kena naik bot yang macam sampan tu. Ada orang dia kayuhkan, kita duduk je, satu sampan, satu family. Kami berenam. Maid semua kumpul naik satu sampan LOL.

Mula-mula ok je naik sampan, masuk dalam gua, dalam gua tu biasa la, udara agak...macam takde ventilation kan. Takde la apa-apa yang menarik sangat pun, standard stalactite dan stalagmite gua. Lepas tu masa nak keluar, tanpa apa-apa warning, kami semua disuruh baring flat dalam sampan tu, yes, baring macam betul-betul nak tidur. Handbag pun tak boleh letak atas badan. Dan mula la jalan keluar tu jadi sempit, se-sempit-sempitnya sampai depan muka kita hampir nak terkena gua. Dah la ada anak kecik menangis, takut la dia bangun ke, duduk ke. Suruh dia luruskan kaki, dia asyik nak bengkokkan kaki. Orang yang kayuh sampan tu pulak asyik cakap "I care for your family, Malaysia people, big money, exciting adventure", balik-balik dia ulang benda yang sama dan kita ni punya la risau takut stalactite terkena muka ke mata ke, anak-anak ada yang menangis, masa tu dok fikir cepat la keluar, kenapa la masuk dalam ni, memang menyesal.

Do I recommend it?

No.

Pandangan peribadi, sangat merbahaya kalau tetiba ada emergency la dalam tu, memang.......dah la masa nak masuk tu takde warning orang yang clautrophobic ke patut avoid dan sebagainya. It's a risk dan bagi saya kalau nak for fun tu tak berbaloi. Orang lain mungkin ada pendapat lain. Feel free to disagree.

Ada yang baju terkoyak sebab tersangkut...nasib la kami semua ok cuma pengalaman yang tidak menarik untuk saya. No, not coming back.

Lepas tu naik van dan sambung perjalanan. Akhirnya dalam pukul 6petang kot sampai di Krabi. Ya, perjalanan dari 4pagi sampai lebih kurang 6petang. Ambil gambar tepi sungai lepas tu naik bot pergi restoran. Masa tu kalau boleh nak balik ke hotel dah, check in dan order room service je tapi apa kan daya, itinerary di buat oleh orang lain, maka larat atau tidak, teruskan juga.

Makanan sedap (ataupun mungkin kerana lapar sangat, tak tau la), lepas tu terus ke villa sewa. Villa dia cantik dan selesa. Wanna Dream Villa Ao Nang. Bilik-bilik pun cantik bersih, ada swimming pool kat luar untuk budak-budak main. Malam tu letih sangat, terpilih bilik belakang, punya la bising jiran belakang enjoy pool malam-malam buat party, lambat juga nak lelap. Sejadah takde, kami guna je kain. Qiblat cari guna apps. Charger phone terlupa nak bawa yang international sebab soket lain. Nasib dalam van ada USB port boleh caj terus masa tengah travel.

Yang bagus van dan villa ada sediakan air mineral. So gunakan yang ada.

Esok pagi ke Mariam travel and tour. Nak pegi island hopping. So pakai la baju yang sesuai nak terjun ke laut. Pakai slippers. Bawa tuala. Makanan dan air ada disediakan.

Actually, bukan nak kata apa la, ni memang pandangan peribadi. Kalau setakat snorkeling, Redang dan Perhentian jauh lagi best dari apa yang ada kat Krabi. Rasa macam, kalau dah pegi Disneyland Paris kan, lepas tu tetiba pegi Sunway Lagoon, Disneyland lagi best kot rides dia, haaaa....macam tu la lebih kurang rasa agak tertipu juga la penat jalan jauh semua haha. Cuma satu kelebihan, Krabi, pulau-pulau dia lagi scenic so boleh la ambik gambar-gambar. Masa turun nak lunch tu dia serve nasi dengan lauk biasa-biasa je. Boleh la kot. Silap masa tu tak pakai slipper so tahan la nak pegi tandas sampai akhir sekali pegi yang kat jeti masa nak balik. Tandas awam di Thailand pun rata-rata bersih. Pencapaian ni Malaysia belum ada lagi.

Balik ke villa, tour agent ni sediakan satu van besar macam tut-tut kot, so kami empat keluarga pun berhimpit-himpit la kat situ. Best ke island hopping di Krabi? Boleh la. Untuk yang suka berenang, main air laut, snorkeling, diving, boleh la, tapi kat Malaysia pun ada tempat yang best, so macam mana...tak tau nak kata worth ke tak datang semata-mata nak island hopping ni.

Malam tu makan kat restoran, Paknam Krabi kalau tak silap nama, memang sedap, semua macam nasi dan seafood. Puas la makan, alhamdulillah berat tak naik hahaha.

Hari seterusnya 25 November tu, group bahagi dua. Ada yang pergi water rafting, flying fox dan main ATV, group budak-budak kecik pulak pegi tengok gajah, lepas tu pegi water park. Naik gajah ni kan controversy, so saya pun opt out lagi pun keluarga kami dah pernah pegi tengok elephant sanctuary kat Kenyir so hmmmmm, dia orang semua pun dah pernah naik gajah. Seorang kena bayar 400baht. Dua orang, 800baht. Anak naik dengan maid, tapi tak sempat pusing pun dia dah tertidur.

Lepas tu pegi water park dia punya la tak best, kecik mungkin separuh padang bola ke. Nama seventh heaven dan direcommend oleh van driver kot. Menyesal pegi sebab panas, sampai 1pm,memang kami sahaja kat situ. Tempat dah lama kot, rasa macam kat Genting ala 80an punya design. Kalau tau macam tu, baik duduk je main pool kat villa lagi best haha. Makan pun main stop je kedai kat tepi jalan yang halal (driver tau tempat mana yang halal).

Balik ke villa, orang villa masih mengemas sebab balik awal kot.

Malam tu makan di Ruantalay Restoran, Krabi. Tempat yang makan malam memang semua sedap dan puas hati. Tapi saya selalu terfikir, kat Malaysia pun banyak je tempat makan yang best. Entah la. Hahaha.

Keesokan harinya, check out dari Villa waktu pagi. 8pagi kot lepas breakfast. Lepas tu terus van bawa ke Emerald pool. Tak pasti la dalam 10pagi kot sampai. Nak jalan ke pool tu pun ambik masa sebab ye la kan, ada anak kecil. Masuk dalam hutan dan jalan. Ada pathway untuk jalan. Sampai kat Emerald pool, mana yang nak terjun pun terjun. Air dia sepatutnya panas tapi tak panas, cuma tak sejuk. Kat tepi-tepi pool tu sangat licin, kena berhati-hati.

Lepas setengah jam macam tu semua pun keluar, dah tukar baju, makan lunch kat situ dan terus gerak.

Entah la, tak pernah mandi kolam air panas pun. So tak boleh nak compare tapi takde la terasa nak sangat mandi pun masa tu. Hmmmmm....Dalam FB saya tulis jalan 1.4km. Masa nak balik lagi penat. Hahaha.

On the way tu singgah lagi sekali di RnR Trang-Patthalung. Tempat yang sama masa datang. Singgah solat. Masa ni saya ambil peluang mandi kat bilik air dia sebab berpeluh-peluh masa jalan kat Emerald Pool tu, tak tahan la. Nasib ada tuala and baju spare, ingat kalau Emerald Pool tu best, ready nak terjun.

Petang tu, singgah pasar kat Hat Yai, beli makanan untuk makan malam dan kacang-kacang.

Alhamdulillah malam tu masa imigresen takde orang beratur. Lega.....ingat kan kalau kena beratur lagi, pengsannnnn.....maka cepat la proses dan tak panas sebab dah malam. Terus ke kereta dan drive balik. Break di RnR Gurun sebab orang-orang yang tinggal di Perak tak boleh jamak. Dia orang kena berhenti solat.

Sangat lega dapat balik ke rumah di Selangor.....






Wednesday, October 23, 2019

Konsep 'Simple Mindedness'

Alhamdulillah masih ada peluang menulis di blog, hari ni dengan izin penulis, saya share sikit satu post yang menarik perhatian....tentang cara berfikir. Saya telahpun dapat izin dari penulis "Fida Gani" untuk simpan postnya dalam blog.


"Mengamalkan konsep simple mindedness...
Baru baru ini saya terbaca dan tertarik dengan konsep ini..dan saya cuba praktikkan...mmg berkesan!
Aduhai... saya seorang yg banyak berfikir, even tentang perkara-perkara kecil..berulang kali dalam fikiran ...mengapa dan kenapa? Apa yg ku telah buat? Mengapa begitu pula jadinya?..hmm..tapi baru baru ini saya cuba tarik nafas, ambil masa untuk fikir dan gunakan konsep simple mindedness ini..
Contohnya:
Jika org tak suka-tak apa, kdg kita pon ada tak suka orang
Jika orang suka- Alhamdulillah..hargai teman2 yg positif ini..
Jika orang bagi kerja-buat, sehabis baik yg kita mampu
Jika org tak beri kerja-tak apa, banyak lagi yg kita boleh buat dan tak perlu kecil hati.
Jika orang marah-minta maaf, kadang kita pon mmg buat silap
Jika orang puji-berterima kasih dan cuba cari jalan untuk teruskan usaha yang baik
Jika orang ajak -kita ikut
Jika orang tak ajak- tak perlu nak mengendeng
Jika orang minta tolong-tolong jika mampu
Jika orang tak mahu tolong kita- biarkan, mesti ada jalan lain
Jika kita menang- raikan kejayaan
Jika kita kalah-cari cara untuk tambahbaik, belajar dari pengalaman
Jika orang buat jahat-maafkan, Allah kan ada untuk membalasnya..
Jika orang buat baik-doakan kebaikan untuknya dan cara untuk membalasnya
Jika dapat apa yg kita hendak-itu rezeki
Jika tak dapat-Ada yang lebih baik di masa hadapan.
Jika kita boleh buat -buat
Jika tak boleh-bagitahu
Cuba elakkan mengeluh, bercerita berulang kali tentang perkara negatif..mmg payah juga pada asalnya..tapi boleh jika kita cuba.
Hidup ini pendek...usah rumitkan fikiran dengan berfikir tentang perkara yang tiada jawapan...
Jika ditanya tentang perkara yang negatif..jawab sahaja secara ringkas..betulkah? Ya betul..atau jawab tak delah...bukan begitu..tapi tak perlu ulas panjang..nanti kita berterusan dalam negativiti.
Kita ada pilihan dalam hidup..berbuat baik, bersyukur,elakkan aura negatif, dan fikir secara mudah..Inshaa-Allah, minda jadi lebih tenang"