AKIBAT PERCAYA BOMOH
"Dia simpan sampai besar buah kelapa, setahun tak jumpa doktor", cerita pakar bedah.
Ini kisah benar yang berlaku kepada seorang pesakit. Semoga para pembaca mengambil iktibar dari kejadian yang menimpanya.
"Kenapa dia tak jumpa doktor?" saya gagal untuk memahami.
"Dia dan suami jumpa bomoh. Bomoh nasihat jangan buat apa-apa. Berubat dengan bomoh sahaja".
"Bomoh bagi ubat ke?" tanya saya lagi, kehairanan.
"Bomoh bagi minum air jampi dan sapu tepung (pada kanser payudara)".
"Kena bayar ke?" soalan otomatik terkeluar tanpa saya berfikir panjang, kerana saya cuba untuk memahami mengapa seorang bomoh sanggup bagi nasihat sedemikian kepada seorang wanita yang masih muda, yang jika datang berjumpa doktor dengan kadar segera, peluang sembuh sangat baik.
"Mesti la kena bayar" jawab pakar bedah tersebut. Dia pun geram, tapi apa boleh buat? Nak marah pesakit dan suami pun tak guna, nasi dah jadi bubur.
Bila kanser dah sebesar buah kelapa, berdarah teruk sampai tak boleh bangun (Hb 2 ok), baru la nak datang hospital. Kalau tak, memang takkan datang. Sanggup ulang-alik KL-KB semata-mata nak jumpa bomoh, kononnya berubat, walaupun terang-terang rawatannya tak berkesan.
Macam mana nak ubah persepsi orang kita yang rela menggadai nyawa akibat percaya kan bomoh?



Tahukah anda...




No comments:
Post a Comment