Wednesday, March 8, 2017

Wanita dan Kerjaya

Wanita dan kerjaya.
Beberapa minggu yang lepas, saya ada terbaca suatu post di FB yang viral bukan saja di FB, tetapi juga di group WA. Kononnya seorang ibu yang menghantar anak-anaknya ke sekolah, diikuti oleh seorang budak yang melihatnya mencium anak-anaknya, dan kemudian budak itu pula minta dia menciumnya. Dikatakan, ibunya yang bekerja sebagai jururawat terlalu sibuk dan tidak menciumnya. Lebih kurang begitu kisahnya. Pengajaran? Luangkan masa dan tunjukkan anak-anak kita sayang pada mereka.
Pengajaran-nya bagus, tapi cara penyampaiannya, saya kurang setuju, sungguhpun jika kisah tersebut benar-benar berlaku.
Beberapa hari yang lepas pula, saya terbaca satu status di FB oleh seorang kawan yang memilih untuk tidak bekerja demi menjaga anak-anak di rumah. Ada pula wanita lain yang bertanya kepadanya, "Belajar tinggi-tinggi, jadi surirumah sahaja ke?"
*****
Sewaktu saya kembali bekerja selepas melahirkan anak pertama lebih 10 tahun yang lepas, saya juga dalam dilema, nak kerja atau tak?
Kerja doktor di hospital, waktu kurang menentu, balik lambat tu biasa, ada on-call lagi, kena kerja weekend lagi, dah la tinggal overseas, takde bantuan dari ibu bapa atau mentua, maid pun takde, suami pun sama, sibuk dan ada on-call.
Pada mulanya saya tabahkan juga. Mungkin masa tu muda lagi, tenaga pun berbeza dengan sekarang. Yang paling azab, bila anak sendiri tak sihat, kita on-call, last minute tak dapat cover. Terpaksa juga kerja. Anak sendiri sakit, adik ipar dan suami tolong jaga. Kita di hospital tolong jaga keluarga orang lain.
Alhamdulillah, semasa mengandung dan melahirkan anak kedua, saya ambil time-off dari kerja. Semasa kelahiran anak ketiga pula, kami dah pulang ke Malaysia. Masih lagi tinggal 'overseas' sebab kerja di Kelantan, jauh dari keluarga sendiri dan keluarga suami, tapi at least ada maid yang boleh diharapkan. Bila pilih kerja yang tak ada on-call, kena kecam juga.
Tujuan saya tulis post ni, sempena hari wanita sedunia, cuma nak sampaikan mesej dan nasihat yang diberi oleh bekas boss saya, (wanita juga, tapi mat salleh) lebih 10 tahun yang lampau. Katanya, "you have to do what's right for you".
Kita perlu buat apa yang betul/terbaik untuk diri sendiri. Pilihan terbaik untuk diri sendiri, tidak semestinya sama dengan pilihan terbaik wanita lain untuk diri mereka.
Tak perlu pandang rendah atau kecam wanita yang memilih untuk bekerja atau berkerjaya, dan tak perlu kecam atau pandang rendah wanita yang memilih untuk tidak bekerja kerana ingin menjaga anak-anak di rumah. Sokong dan bantulah mereka atas keputusan yang dibuat.
Sebelum berkahwin, saya sendiri dah berbincang dengan bakal suami mengenai isu di atas. Keputusan yang dibuat adalah: saya berhak memilih untuk bekerja sekiranya saya mahu, dan saya juga berhak memilih untuk tidak bekerja, sekiranya saya tidak mahu bekerja.
Suami pula kena kerja lah kan, itu tanggungjawab dia.
Peace.
Selamat hari wanita sedunia.

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete