Tuesday, October 1, 2013

Kahwin Masa Belajar


Pada 13hb Ogos 1999, hampir 20 tahun yang lepas, akhirnya bertemu jodoh dengan jejaka yang kini suami. Dah kenal hampir 4 tahun sebelum tu, masa mula sampai di Dublin untuk sambung belajar tahun 1995.

Tak sangka, sama sekolah menengah, tapi tak jumpa pun di sekolah. Jumpa masa pre-uni dan kahwin masa suami final year, saya pula dua tahun junior.

Adakah saya galakkan orang lain untuk kahwin masa belajar? 

Entah lah, tak berani nak cakap. 

Nasihat saya, berbincanglah dengan ibubapa kedua-dua pihak dan juga dapatkan kebenaran dari penaja jika sedang belajar bawah tajaan.

Paling penting untuk yang beragama Islam; buat lah solat istikharah.

Tapi kami buat keputusan fokus habis belajar dahulu. Baru nak dapat anak. Jadi saya ambil pil perancang sampai lah hampir habis internship/housemanship. Bila dah habis houseman 6 bulan baru berhenti pil dan mengandung.

Azab juga kerja sambil mengandung, tapi teruskan juga lah, sayang pula kalau kena buat houseman semula.

I married my sweetheart on the 13th August 1999. It was Friday the 13th. Our lucky number.

I hate weddings in general. Their such a waste of time and money. But I do love getting make up done and putting on a nice dress and having pictures taken. Everything else is an annoyance.

No comments:

Post a Comment