Thursday, June 16, 2016

Pad Payu Dara Bagi Ibu Menyusukan Bayi

Stock lama berwarna pink sebelah kanan
Antara tips paling penting untuk ibu2 yang menyusukan bayi adalah membeli bra atau baju dalam yang sesuai dan selesa serta memakai pad payu dara atau breast pad.

Guna kan baju berwarna gelap jadi kalau susu terkena baju pun tak nampak masa keluar atau pergi kerja.

Brand breast pad yang elok saya guna adalah Pureen seperti dalam gambar di bawah. Beli pek yang ada 84 keping berharga lebih kurang RM38-39 sekotak.
Breast pad untuk ibu2 yang menyusukan bayi.
Anak saya yang bongsu pun dah masuk setahun setengah. Tak lama lagi nak cerai susu. Memang saya sentiasa simpan stok pad payudara di rumah sebab kadang2 saya dan suami sibuk bekerja mungkin tak sempat shopping. So sentiasa ada satu atau dua kotak spare.

Rupa2 nya salah satu kotak dah lama sebab baru2 ni ada penambah-baikan. Walaupun harga sama atau kurang beza, tapi pad nya lebih besar dan ada dua sticker pelekat pada bahagian belakang jadi kebarangkalian untuk pad bergerak2 sangat kurang berbanding pad dulu (bulat pink) yang hanya ada satu sticker di belakang bahagian atas.
84 keping
Saya tak pernah pula cuba brang lain di Malaysia dan tak ingat pula brand ada pakai dulu di Ireland sebab dah lama sangat. Apa pun, kualiti memuaskan dan yang baru di pek berasingan (dulu dia pek 5 keping dalam satu plastik kecil, sekarang setiap satu di pek berasingan jadi lebih bersih).
Pad baru.
Oleh itu saya mengesyorkan brand Pureen breast pad untuk ibu2 menyusukan bayi.





No comments:

Post a Comment