Semuanya memerlukan prosedur perbicaraan yang panjang. Lebih merumitkan, ia bukan semestinya berpihak kepada isteri kerana kadangkala tuntutan dikemukakan itu ditolak disebabkan kegagalan isteri memberikan keterangan lengkap, pembuktian dan sebagainya.
Namun masyarakat tidak mengetahui tentang wujudnya satu kaedah perceraian yang boleh dan pasti akan berlaku jika isteri mengemukakan tuntutan melalui kaedah perceraian secara hakam".
Lepas baca ni saya berkata dalam hati "Alhamdulillah, there is justice after all". If not, before this, I was under the impression that a marriage was almost a prison for women in Islam, in that there was no freedom for a woman to break the bond if they so desired even though the husband 'has done no wrong according to syariah', but what if the wife no longer loves the husband? Even though he has 'done nothing wrong?' 
Back to the article: 
"Melalui kaedah hakam, hasrat isteri untuk bercerai dengan suaminya dapat direalisasikan walaupun suami enggan menceraikannya. Meskipun suami itu tiada sebarang cacat cela dari segi tanggungjawab zahir dan batin tetapi isteri tetap ingin bercerai hanya disebabkannya enggan lagi menjadi isteri kepada suami itu atau hatinya telah berpaling arah atau disebabkan suami berpoligami.
Seorang isteri yang nusyuz, derhaka atau sebagainya juga masih boleh bercerai melalui kaedah hakam dan mahkamah tetap membenarkan perceraian berlaku apabila isteri membuat keputusan untuk bercerai".
Thank you Allah. I am so glad I came across this article.


"PROSEDUR PERCERAIAN HAKAM
Perceraian secara hakam hendaklah dimulakan dengan tuntutan perceraian oleh isteri mengikut Seksyen 47, Akta atau Enakmen Undang-undang Keluarga Islam negeri-negeri. Penulisan ini merujuk kepada Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor disebabkan wujudnya satu prosedur khusus iaitu Kaedah-kaedah Hakam 2014.
Kaedah yang pertama di Malaysia itu berkemungkinan besar akan diikuti oleh negeri-negeri lain disebabkan keberkesanannya menyelesaikan lambakan kes-kes perceraian pada masa ini.
  • Selepas tuntutan Seksyen 47 difailkan, suami dan isteri akan hadir ke mahkamah.
  • Pendirian isteri diperoleh, adakah tetap ingin bercerai atau sebaliknya termasuk suaminya.
  • Jika suami enggan menceraikan isterinya dengan alasan tiada sebab untuk bercerai.
  • Mahkamah akan meletakkan pasangan ini bawah Jawatankuasa Pendamai.
  • Isteri dan suami diwajibkan menghantar wakil bagi mencari jalan penyelesaian.
  • Hasil perbincangan dilaporkan kepada mahkamah syariah dengan menyatakan wujud syiqaq (perkelahian) antara suami dan isteri.
  • Mahkamah akan menasihati suami untuk menyatakan pendiriannya sama ada menceraikan isterinya secara baik atau sebaliknya".
Sounds kind of long and painful, but I guess there are reasons for that.

"Seksyen 47 (14) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003 menyatakan:
Jika jawatankuasa mengemukakan perakuan kepada mahkamah bahawa tidak dapat mencapai perdamaian, maka mahkamah hendaklah menasihatkan suami agar melafazkan satu talak di mahkamah.
Jika:
Suami tidak hadir di mahkamah atau enggan melafazkan satu talak, maka mahkamah hendaklah merujuk kes itu kepada hakam untuk tindakan menurut Seksyen 48.
Pada peringkat ini, hakam mengambil alih tugas seterusnya melalui dua peringkat:
Peringkat pertama daripada kalangan wakil suami isteri
  •  Hakam ini tidak mempunyai kuasa menceraikan pasangan, sekadar memberi kata putus berkenaan keadaan rumah tangga pasangan.
Peringkat kedua, hakam dilantik oleh mahkamah syariah dengan kuasa untuk menceraikan.
  •  Suami langsung tidak mempunyai kuasa menghalang perceraian itu dan ia sah di sisi hukum syarak serta undang-undang".
Sebab pernah terbaca hadis nabi SAW:

"Dari Ibnu Abbas r.a. diceritakan: Istri Tsabit bin Qais datang menemui Rasulullah dan ia berkata: “Wahai Rasulullah, aku tidak mencela suamiku Tsabit bin Qais baik dalam hal akhlak maupun agamanya. Hanya saja aku khawatir akan terjerumus ke dalam kekufuran setelah (memeluk) Islam (karena tidak dapat menjalankan kewajiban sebagai istri)”. 
Rasulullah bersabda:” Apakah kamu bersedia mengembalikan kebun itu kepada suamimu? Wanita itu menjawab: “Saya bersedia”, lalu Rasulullah berkata kepada suaminya: “Ambilah kebun itu dan ceraikan istrimu”  (HR. Bukhari, Ibnu Abbas)" 
Berbalik kepada artikel asal:
"Seksyen 3(4)(e) menyatakan:
  • Hakam juga boleh menceraikan isteri jika meninggalkan rumah kelamin dengan sengaja tanpa izin suami.
  •  Alasan isteri ingin tinggal bersama keluarganya, kawan-kawan atau sebagainya juga boleh menyebabkan mahkamah menyatakan pasangan ini telah syiqaq dan hakam berkuasa untuk menceraikannya.
  • Salah seorang meninggalkan rumah kediaman, tidak tinggal bersama sedangkan punca sebenar tidak dapat dibuktikan oleh kedua-dua pihak di hadapan mahkamah".
Saya sangat gembira sebab banyak baca tentang kes suami ucap talak lepas tu hilangkan diri, suami tak mahu hadir ke mahkamah untuk ceraikan isteri, suami tak mahu ceraikan isteri, dan macam-macam kes gantung tak bertali lah....jadi elok sangat ada cara cerai secara hakam yang tak memerlukan izin mahupun kehadiran suami di mahkamah.

"BUKAN LAGI KUASA MUTLAK
Sebelum ini suami selalu mendabik dada menyatakan bahawa talak adalah dalam tangannya dan masih boleh mempertahan kuasa itu di mahkamah walaupun isteri menuntut perceraian secara fasakh atau taklik dengan alasan isterinya nusyuz atau sebagainya.
Namun dengan perceraian melalui hakam, suami tidak mempunyai apa-apa hak seolah-olah diikat kaki dan tangan serta menyerahkan nasib panjang atau pendeknya perjalanan rumah tangga mereka ke tangan isteri semata-mata.
Ini kerana prosiding perceraian secara hakam akan hanya ditamatkan setelah isteri menarik balik kesnya dan sanggup menerima kembali suaminya.
Jika isteri tetap mahukan perceraian, maka suami tersebut wajar menerima hakikat bahawa rumah tangganya akan berakhir walaupun suami mempunyai 1,001 alasan bahawa dirinya merupakan seorang suami yang baik, bertanggungjawab, tiada cacat cela dan sebagainya.
MAMPU ELAK KES TERTANGGUH
Perjalanan perceraian secara hakam ini tidak boleh dilengahkan oleh mahkamah syariah di Selangor disebabkan wujudnya petunjuk prestasi utama (KPI) yang wajib dipatuhi, lebih-lebih lagi apabila mempunyai sijil SIRIM MS ISO 9001:2008 yang terbukti berkesan pelaksanaannya bagi mengelakkan kes-kes tertangguh".
Alhamdulillah, mahkamah pun ada KPI. Tak ada lagi penganiayaan kepada wanita, sepatutnya. Insya Allah.
"Selain itu, bagi isteri yang memfailkan perceraian secara fasakh atau taklik di mahkamah syariah tetapi tuntutannya ditolak disebabkan kegagalannya membuktikan kesnya, mahkamah juga berkuasa meletakkan pasangan berkenaan bawah perceraian secara hakam.
Kemungkinan besar pasangan akan diceraikan oleh hakam hanyalah dalam tempuh dua bulan sahaja dari tarikh kes itu diambil alih. Perceraian oleh hakam ini adalah muktamad dan tiada rayuan boleh dilakukan oleh suami.
Justeru, isu gantung tidak bertali atau isteri tidak boleh menuntut cerai disebabkan nusyuz sudah tidak boleh dijadikan azimat oleh suami. Hakikat talak telah bertukar kedudukannya di mana isteri boleh diceraikan oleh hakam walaupun tanpa sebarang sebab apabila isteri sudah tidak sayangkan suami dan ingin bercerai.
Mengikut tafsirannya, hakam adalah seseorang penimbang tara yang diberikan kuasa oleh mahkamah untuk menyelesaikan perkelahian (syiqaq) antara suami dan isteri.
Fungsinya untuk menamatkan syiqaq antara suami dan isteri dengan cara mendamaikan atau memisahkan kedua-duanya dengan talak atau khulu’ (tebus talak).
Penetapan tebus talak bukan ditetapkan suami, tetapi oleh hakam yang dilantik oleh mahkamah.
Secara praktikalnya, sehingga kini purata tebus talak ditetapkan hakam adalah dalam jumlah minimum mengikut kemampuan isteri iaitu sekitar RM250 sahaja.
Hakam juga berkuasa untuk melafazkan talak di mahkamah, walaupun suami tidak membenarkannya dan enggan melafazkannya.
Hak talak pada masa ini terletak pada hakam, bukan lagi pada suami.
Hakam boleh melafazkan talak walaupun suami enggan hadir ke mahkamah atau gagal memberikan kerjasama".
Terima kasih Ya Allah dan terima kasih kepada semua manusia yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjamin keadilan dan terjaminnya hak wanita Islam dalam perkahwinan.