Tuesday, August 12, 2025

Billionaire Melayu Malaysia

 Ok saya masih memikirkan apakah berkataan bahasa Melayu untuk billionaire. Kalau millionaire jutawan.

Bilionwan kah?

Ok takpe. Pembaca faham apa yang saya maksudkan.

Pagi ni saya cari info berkaitan Azman Hashim yang tersenarai dalam farbes (sengaja salah eja sebab mereka pro-genosid Gaza) dan saya nak share artikel:

Dalam senarai, no 23 dan jumlah kekayaan 885juta US$. 

(Dan ingat lah Allah s.w.t. Maha Kaya memiliki semua di atas muka bumi ini dan juga outer-space)

https://www.amcorp.com.my/html/who_we_are_corporate_information.aspx

Artikel yang menarik tentang Azman Hashim.

https://www.weststar-aviation.aero/was1/leadership.php

Pada no26, nama Azman jugak. LOL.

Syed Azman Syed Ibrahim.

Semua orang lazimnya kenal Syed Mokhtar Albukhary, no11.

Tahniah semua. 

Alhamdulillah.

Gunakanlah untuk membantu rakyat Malaysia.

Berita Syarikat Caely

 Sejujurnya saya agak terkejut bila google nama founder dan terjumpa artikel ni.

Artikel dari the Star melaporkan pada Jun 2022.

https://www.thestar.com.my/business/business-news/2022/06/15/caely-shareholders-remove-9-directors-from-the-board

Syarikat Caely ni listed di Bursa Malaysia, tapi nama dalam KLSE adalah 

KLSE (MYR): CLASSITA (7154)

https://klse.i3investor.com/web/stock/overview/7154

Saya tengok juga chart syarikat ni.

Apa yang saya nampak, kalau guna tradingview dan monthly time frame, stage 2 bermula Disember 2017 dan stage 3 pula bermula April 2022.

Pada Jun 2022 dan Januari 2023 ada kejatuhan harga saham yang drastik.

All time high 50sen pada Ogos 2018 dan all time low pula bermula Mei 2024 (tahun lepas).

Pada hari ni harga saham 10sen.

Pada 12 Oktober the Edge melaporkan saman ditarik balik.

https://theedgemalaysia.com/article/caely-founder-withdraws-suit-against-company-and-former-directors

Sebelum itu pada 7 Oktober 2022, the Edge melaporkan:

https://theedgemalaysia.com/article/caelys-exchairman-denies-allegations-misuse-rm3055m-funds-against-him

Ini pula pada 13 Mei 2022.

https://theedgemalaysia.com/article/public-gold-founder-ng-chun-hau-resigns-executive-chairman-caely

Sebelum tu nak share juga la, bukan semua berita negatif. Ini tentang MPay.

https://theedgemalaysia.com/article/public-golds-datuk-ng-chun-hau-emerges-substantial-shareholder-mpay

https://theedgemalaysia.com/article/public-gold-bnm%E2%80%99s-alert-list

Artikel tentang BNM's alert list tu saya dah pernah baca dulu. Bagus la sebab dah remove tapi tertanya juga macam mana mula2 masuk list tu? Mungkin ke ada yang buat laporan?

Berbalik kepada kes Caely pula.

Walaupun saman tidak diteruskan dan tiada penjelasan mengapa saman ditarik balik, saya sekadar nak simpan dalam blog untuk rujukan. 







Thursday, August 7, 2025

Pelajar SMK Berjaya Dapat Biasiswa Ke Luar Negara

Salam semua, pagi ni nak share sikit.

Ni cerita anak kawan sekolah lama. Untuk inspirasi semua.

Anak dia adalah batch:

SPM 2020- Covid times, 1st batch

Dan kisahnya, selepas SPM:

Kolej Matrikulasi- First semester online class, 2nd sem di Banting

UPU> Pilhan pertama Uni Malaysia Pahang, Mechanical Eng

#UMP, after Sem 1 result, screen & selected for interview by JPA

JPA tu dia screen semua yg dapat result 3.0 or higher, lpas tu gi interview. Dia x minta pon

JPA memang screen pelajar, mereka tidak apply JPA ya.

#Sem 3 offered Dual Degree Program - Beijing Jiaotong University BJTU

#Sem 3 & 4 (UMP) : Academic + Mandarin Classes up to HSK3

# Sem 5 Sept 2024 fly to Beijing- mid 2027 onwards di Beijing on JPA scholarship

Program: 2years in UMP + 2.5 years di BJTU 

UMP dia ada a few dual degree program, yg I tahu Beijing n Germany

Tp Beijing punya x sure dia akan continue lama lagi sbb ECRL pun dh nk start operation, so unless ada HSR later on maybe soon akan habis la. Tp still ada alternafive lain mcm MRT @ LRT

Batch ke3, ada dlm 30+ org

Syarat dia kena lulus Mandarin tu, n maintain pointer above 3.0, ada gak yg sangkut dlm batch depa. Pointer x dpt maintain

Secara umumnya selepas SPM:

Selalunya ada tiga choices, Matriks, UPU-Asasi, atau Form 6

Tapi matriks yg offer paling awal, so we all continue jer la & tak take up any offer from UPU

Yes, pre-U. Yg anak no 2 I follow UPU, x ambik matriks. So dia ambik Asasi UIA. Now di Gombak la for Civil Eng, bru habis 1st year

Yes, kalau matriks you have more option which Uni to apply, if Asasi you are most likely akan stay with the original Uni

Yes dgn result matriks. Matriks ni if you try nak masuk mcm UM tu mmg kena tip-top la result, 4flat insyaallah dpt. Klu kureng kena la minta uni2 lain

Berkenaan results SPM pula:

Another thing utk anak I yg sulung ni, result SPM dia was a mixed bag. Ada A sikit,  bnyk B , C pun ada haha. D x ingat ada ke tak, but x ada la yg fail. 

So kalau minta UPU mungkin susah nk dpt Uni yg kita nak, so just stick with Matrik.

SPM tu, punca dia masa kami balik Japan dia terus masuk F1 hujung2 tahun dah, bulan 8@9 cam tu la. So nk nak familiriase dgn silabus msia mmg struggle. Rasanya hujung2 F2 bru dia boleh catch up. Which is the same situation I had when I came back from my time  in UK masa my father buat Masters dia. Terus masuk F2 tengah2 tahun 1991, buku Log pun x tau menatang apa. So i fully understood the situation.

That time, my dad told me, he can try to get me into the top school in KB masa tu, mcm skolah yg Syd Helmi tu, Ahmad Maher ke apa, but he says it doesnt matter where you go, but if you dont make an effort its not gonna change much. So those words sticks with me, now I try to apply to my kids as well,  just give them supports all the time n it is much easier to do when they are staying with you. 

Only my #2 pernah try ujian utk MRSM, tapi x dapat. Yg #3 & #4 we didnt bother.

Mrsm susah. Tgk gaji

I dunno why spouse rajin hantar anak2 ambik exam mrsm, I won't bother. Especially coming from private school, chances maybe 0.0000001

My Sek Menengah pun sekolah daily je, Sek Men Kbg Kerian 1. But I hold the all time best SRP result for the school, nasib sbb tu kan last SRP, ke second last lupa haha

Tahniah sekali lagi untuk pelajar SMK yang berjaya mendapat biasiswa ke luar negara.

Alhamdulillah, rezeki dari Allah.

Monday, August 4, 2025

Contoh-contoh soalan artikulasi PKSK

 Contoh-contoh soalan artikulasi PKSK 🤗


1. Nyatakan haiwan peliharaan yang kamu sukai. Jelaskan kenapa.

2. Siapakan adiwira yang kamu minati? Terangkan karakter yang blh kamu contohi.

3. Terangkan punca-punca kesesakan jalan raya.

4. Terangkan ciri-ciri rakan yang kamu sukai.

5. Terangkan kesan penggunaan telefon pintar terhadap hubungan kekeluargaan

6. Bagaimanakah kamu memperkenalkan makanan tradisional yg kamu sukai?

7. Bagaimana kamu menjaga kesihatan?

8. Huraikan kepentingan mempelajari sejarah.

9. Terangkan risiko berniaga

10. Terangkan ciri-ciri kawan baik pilihan kamu.

11. Huraikan kepentingan bekerjasama dalam kumpulan

12. Terangkan aktiviti-aktiviti yang kamu lakukan untuk menyambut Hari Kebangsaan.

13. Jelaskan sebab-sebab pencemaran alam sekitar yang dialami penduduk dunia.

14. Terangkan bantuan yang kamu berikan kepada rakan yg sedang mrnghadapi masalah pembelajaran

15. Bagaimana kamu blh membantu mempromosikan barang-barang jualan koperasi sekolah. Terangkan

16. Apakah kebaikan dan keburukan penggunaan gadget dlm kalangan murid sekolah

17. Terangkan aktvt harian kamu dalam mengamalkan gaya hidup sihat.

18. Apakah pandangan org terhadap kamu. Jelaskan.

19. Terangkan pengaruh fesyen terhadap penampilan diri kamu.

20. Terangkan bagaimana kamu menghormati kawan sekelas yg berlainan agama

21. Kamu memilih untuk ke sekolah khusus. Huraikan persediaan kamu

22. Kawan kamu mengalami kesedihan. Huraikan tindakan kamu

23. Terangkan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar

24. Terangkan pengaruh permainan video dalam kalangan remaja

25. Aktvt kokurikulum mengajar kamu hidup berdikari dah bekerjasama. Bincangkan

26. Bagaimanakah kamu menjimatkan penggunaan tenaga elektrik?

27. Bagaimana cara-cara kamu dpt megelakkan dari menjadi mangsa buli.

28. Terangkan persediaan kamu utk mlanjutkan pelajaran

29. Belajar di sekolah atau belajar di rumah mempunyai kelebihan msg2. Bincangkan.

30. Terangkan aktiviti2 yg dpt memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia

31. Kemudahan awam

32. Cara mengatasi kenaikan harga beras



Tidak kurang dari 100 patah perkataan.

(45 minit)

TQ Cikgu Yan.

Thursday, July 17, 2025

Perjumpaan dengan YB Bee Yin

Save sini dulu coretan tentang perjumpaan dengan YB Yeo Bee Yin semalam.

"part of her job masa bulan puasa & raya go around surau masjid bagi kurma, bubur lambuk etc

masa nak CNY give out oranges

masa deepavali I cant remember dia bagi apa🤦🏾‍♀️ sorry

and hari gawai 

xmas je dia tak distribute apa2, not sure why"


"then as MP she has to distribute RM3.7million to her constituents

so she starts with the schools first

ada about 20 schools

she gives according to needs 

SK, SJKC, SKJT semua dia ada sebut"


"for me, since I tanya is there anything I can involve in

she suggests to help out with the:

1) intervention for stunted children/malnourished children

every month the team gives out milk, educate the parents about nutrition, measure the child's height

this project has been going on for 2 years

so far takde doctor in charge

so even though I am not passionate about kids

I want to come and see how its being carried and maybe can assess the kids as well especially those not responding, might need to refer to KK kalau ada other medical issues

they think kids who are not responding maybe mak bagi susu kat siblings 

so we'll see

2) klinik for refugee 
this is run by NGO tak silap
and she just give some funds because they requested tak silap to buy US machine and other equipment 
its funded fully by public donations at the moment
refugees mainly Rohingya and Yemen

Other than that Bee Yin also heading(? tak silap) Women, children ministry for Selangor, please dont quote me, something like that when I asked her is there anything I can get involved with regarding womens rights)

at the moment they are doing project on early child development, after this will be womens rights
but she suggested i connect with SIS for this or start a new NGO.

next week parliament start so she will be very busy

last time we met she was ADUN DU & single 
now she is MP Puchong married with 3 kids aged 2,3 &5

back then 2013 I had 3 kids and was considering a career in politics
just before I had Sulaiman, and Najib became XPM

that was more than 10 years ago but she's still the same person

rajin & real 

Pengalaman Memperbaharui Pasport Malaysia Julai 2025 / Muharram 1447 di PKNS

 Nak tulis sikit pengalaman memperbaharui passport kemarin di PKNS, Shah Alam.

Alhamdulillah anak sulung dan anak nombor dua dapat renew passport online sahaja. Saya masih ingat lagi baca post kawan2 di FB tentang renew pasport ni. Macam2 komen dan komplen ada.

Pasport saya pun dah tamat tempoh tahun lepas tapi sebab tiada rancangan untuk ke luar negara, saya pun biarkan dahulu.

Tapi selepas bayar pendahuluan untuk program sekolah anak ke luar negara, saya terus masukkan renew passport sebagai salah satu 'to do list' yang agak urgent.

Bila ada kesempatan, terus buka website dan ikut arahan. Simple sahaja.

Cuma tersekat di langkah upload gambar. 10 kali juga saya cuba, dengan 10 gambar berbeza. Tak boleh juga.

Size imej terlalu besar, mata tidak menghadap kamera, dan ada lagi komen lain saya dah tak ingat.

Saya buat waktu malam/awal pagi, tiada masalah 'traffic'.

Suami tahun lepas pun macam saya, last2 kena pegi juga ke Imigresen dan renew secara manual atau old-fashioned face to face/physical.

Bila dah subuh saya pun complain dalam group whatsapp, kakak kata better pegi la ke Imigresen.

Pagi tu pula pagi yang saya biasa hantar maid shopping groceries. Lepas hantar dia, terus saya ke imigresen. 

Parking bawah tanah underground agak sempit jadi saya park kereta di Taman Tasik, sempit juga la tapi idea datang untuk keluar dari pintu belakang kereta kerana bahagian depan terlalu rapat dengan kereta sebelah.

Teruskan sahaja perjuangan yang baru bermula. 


Waktu tu dah 9am.

Kali terakhir renew passport dah lebih 5 tahun, tak ingat dah kat mana dalam bangunan tu. Nampak sign imigresen ke tingkat 2. Terus tekan butang lift, sebelum masuk lift ada QR code di dinding untuk queue imigresen saya pun scan, masuk lift, keluar lift kat tingkat 2.

Keluar lift je orang tengah beratur panjang. Dari satu hujung ke hujung yang ada pintu.

Pintu terbuka nampak la lelaki baju tentera/RELA.

Saya pun pegi ke arah pintu. Bila buka lagi sekali saya tunjuk queue nombor, terus dia suruh beratur dengan agak kasar, saya pun  rasa malu macam nak potong queue kena marah pulak.

Maka beratur lah. Ingat nak buat TT masa tengah2 Q tetiba ada orang dalam lif tegur tak boleh ambik gambar. Dua kali kena marah dah. Ada juga macam pegawai imigresen atau RELA yang datang cakap dengan kasar kat orang yang tengah beratur, boss sahaja, pekerja masuk dalam, saya pun tak ingat tapi masa tu rasa agak pelik kenapa dilayan macam penjenayah je.

Bila dah masuk dalam rasa lega. Beratur tak panjang, lima enam orang kat depan. Sebelah satu sahaja kaunter tu ada bilik, label bilik "ambil keterangan atau statement" la lebih kurang.

Masa tu agak suspicious juga. Kenapa pelik, seingat saya nak renew passport dulu takde la macam ni.

Bila sampai kaunter, saya pun terangkan kat pegawai tu saya dah cuba upload gambar banyak kali tapi tak boleh. Dia macam tak faham atau pelik dengan 'alasan' saya.

Dia macam marah apa kena-mengena dengan dia pulak upload gambar. Dah naik suara juga. Kali ketiga dah kena marah ni.

Lepas tu saya cakap saya nak renew passport. 

Terus dia kata ni bukan tempat nak renew passport.

Adoiii, patut la pun.

Agaknya tempat beratur untuk penjenayah imigresen bila fikir balik.

Dia pun bagi arahan mana nak pegi untuk renew passport.

Ish ish ish.

Pertama kali salah beratur ni. 

Dah la buat online tak lepas.

Berpusing2 juga cari stesen no5.

Kena tanya orang RELA 2 kali sebelum jumpa.

Takde orang beratur pun, terus ke kaunter, beritau saya salah beratur, terus dia printkan nombor queue.

Duduk sekejap je dah kena panggil.

Setakat ni semua pegawai kat sini friendly dan cekap berbanding queue penjenayah tadi 😂

Saya pun laju je nak ambik gambar bila pegawai tu kata dia akan tolong ambikkan gambar.

Tapi, kena cap jari dulu dengan IC.

Oh ya, kena bawa IC, passport lama dan kad debit untuk bayar. Itu sahaja.

Cap jari pulak tak lepas 3 kali. 

Awak masih muda kata pegawai di kaunter kamera. Saya tak faham tapi mula2 rasa seronok la pulak macam kena puji lepas 3 kali kena marah 😂

Dia cakap, maaf tak dapat teruskan.

Kena minta surat dulu dari JPN.

Adoi.

Takpe saya terima. Adik-beradik mak pun semua guna surat. Dah tau dah one of these days memang kena buat surat juga la. Kat bank pun banyak kali scan nak dapat cap jari biasanya.

Nasib baik juga la JPN ni dekat.

Parking pun senang. 

Di lift ada guard jaga, dia tanya pegi buat apa? Cap jari rosak nak surat. Tingkat 6.

Kan senang macam tu.

Beratur pun tak panjang. 



Masa tu dah 9.40am.

Tunggu la sampai giliran dipanggil.

Menurut WA dengan maid 10.22pagi dah angka giliran 1040. Sejam juga tunggu giliran kat JPN tapi takde la rasa lama sangat.

Sebelum dapat surat cap jari rosak, pegawai JPN akan tanya beberapa soalan untuk sahkan identiti.
|
Dia tanya nama penuh, no IC lama 7 digit.

Status bujang atau kawin.

Nama suami.

Bilangan anak.

Tak ingat la kalau ada soalan lain. Jawab je dengan konfiden.

Lepas dah ok semua sambil pegawai taip online saya pun  cerita la pengalaman salah beratur kat imigresen, dua2 gelak juga la.

Lepas dah habis, pegi ambik maid dulu dan balik rumah.

Dah 11pagi.

Kena pegi hari ni juga, kalau pegi esok kena ambil nombor lain.

Tapi dah pukul 11am lebih ni takut parking la susah nak dapat.

Nasib anak kelas online sahaja, jadi sudi teman mak ambil pasport.

Atau terpaksa. 😅

Anak pun park tempat sama bawah pokok.

11.58am anak update dapat parking bawah pokok.

12.14pm saya update kat anak WA dah ambik gambar.

12.26pm dah bayar.

12.38pm dah dapat passport baru.

Alhamdulillah. Selesai dalam 3-4jam, kalau tak kerana cap jari, lagi cepat.

Masa nak ke kereta pegawai MBSA dah saman beberapa kereta di tempat parking. Nasib baik anak tolong.

Alhamdulillah.





Thursday, July 3, 2025

Projek Gaza

 Alhamdulillah ada peluang nak menulis sedikit pengalaman beberapa hari yang lepas.

Ada mesej melalui social media FB dari orang yang tidak dikenali tetapi terdapat beberapa kawan yang sama.

Wanita ini katanya dari Gaza dan hendak meminta bantuan untuk sedikit wang supaya dapat membeli tepung.

Saya pun terus bertanya kawan2 mutual friends, adakah mereka mengenali wanita ini dan betulkah dia dari Gaza?

Dari 5 atau 6 orang Alhamdulillah seorang kawan lama dari sekolah menengah dahulu mengenali wanita ini secara peribadi.

Wanita yang bernama Walaa ini tinggal di Malaysia sebelum perang sebagai pelarian atau refugee. Seminggu sebelum perang tercetus dia pergi melawat ayahnya di Gaza dan sekarang dia terperangkap di sana dan tidak dapat keluar dari Gaza.

Walaa tinggal di Nuseirat bersama keluarganya. Dia mempunyai 4 orang anak. Dia meminta wang untuk membeli tepung untuk kegunaan keluarganya.

Keluarganya termasuk ayah dan ibu Walaa, adik beradik 5 orang termasuk suami/isteri masing2, dan 12 orang cucu atau kanak-kanak termasuk 4 orang anaknya.

Seguni tepung 25kg berharga RM1500

Lampin bayi RM350

Gula 1kg RM400

Setelah mengesahkan identiti Walaa melalui kenalan, saya menggunakan beberapa group whatsapp untuk 'crowdfund' dan Alhamdulillah dalam tempoh 24-48 jam telah berjaya mendapatkan cukup dana. 

Paling mudah kerana Walaa boleh berbahasa Inggeris dan Melayu, dan dia juga mempunyai akaun bank RHB jadi ini memudahkan urusan menderma terus kepada yang memerlukan tanpa perlu orang tengah.

Alhamdulillah terima kasih kepada semua yang menderma semoga Allah membalas dengan yang lebih baik.









Tuesday, June 24, 2025

Tips Renew Indonesian Maid Permit Or Visa After February 2025

 Beberapa minggu yang lepas ada jiran tanya macam mana nak perbaharui maid visa.

Saya pun share la guna ePLKS, dah dua kali renew. Kali pertama cabaran juga, ada sekali dua kena call hotline.

Mungkin juga salah sendiri sebab sebelum tu suami biasa uruskan guna MyEG. Tiba2 tahun 2022/3 sistem MyEG ada masalah untuk renew maid permit online. Ingatkan masalah tu temporary, jadi tunggu la. Tunggu punya tunggu dah dekat dengan dateline permit nak tamat.

Pegi UTC tengok line beratur punya la panjang berpusing2, tak sanggup nak tunggu. 

Balik semula ke rumah dan tabahkan guna sistem ePLKS.

Lepas beberapa kali call hotline dan tanya kawan, Alhamdulillah settle.

Print sahaja e-permit dan sertakan hardcopy dengan passport semasa maid nak travel keluar Malaysia.

Bila nak berurusan dengan bank pun sama, print dan bawa online permit tu sekali dengan passport.

Tiba2 tahun ni Mei 2025, kawan cuba guna ePLKS tapi tak boleh.

Jiran pulak sebelum ni guna "maid-online"

"Lepas klik esp, dia keluar mcm permohonan nak keluar negara"

Takpelah i try to call hotline dia dulu"

https://vt.tiktok.com/ZShanLkL9/

Turns out kalau nak renew permit, bukan di mypass@jim tapi di FWCMS website

Log in guna same username and password

Tapi my account ada problem pulak. Somehow my phone number is not in their system, so my data x dpt nak migrate ke fwcms website from maidonline

So i need to go to jabatan imegresen to update my phone number. Tak boleh buat online 😓

I called the hotline

Then i called fwcms

Tu la. Padahal dah renew few times. She said dlm system maid online tu memang tak ada bahagian utk letak phone number for majikan. So thats y info tak lengkap utk migrate 🤔🤔

Looks like after work i kena ke utc

I think kalau maid kena pegi pkns la

Semalam kan (14 Mei 2025) news PLKS ada orang jual yg cetak rompak punya.

Dah ke imigresen tadi and diorang dah update my info dah 👌

Kena buat surat mcm ni





Cuma my maid punya fomema still pending. Dah 3 working days. They can take up to 5 days

Fomema has marked her as unsuitable. There’s glucose in her urine.

Tried to apply for appeal on fomema website


This came out

dah le system tukar. I’m calling hotline fwcms now. Untuk skrg x angkat

Mmg takleh nak apply new permit



Emailed fomema with the documents they requested to proceed with the appeal

Starting her on metformin now

Tapi kalau her blood sugar is still high on the next check up, mmg will be certified unsuitable lagi skali

So hv to make sure its well controlled before that

Moga info yang dikongsi bermanfaat untuk pembaca.

Tips Simpan Emas oleh Azizi Ali

 

ABAIKAN HARGA, BELI SAHAJA EMAS SETIAP BULAN


𝗗𝗶𝘁𝘂𝗹𝗶𝘀 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗣𝗮𝗸𝗮𝗿 𝗞𝗲𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗔𝘇𝗶𝘇𝗶 𝗔𝗹𝗶


1. Saya ingin berkongsi satu poin yang tidak diketahui atau disedari oleh ramai pelabur dan penyimpan emas sendiri.


2. Sudah tentu kita semua mahu emas meningkat nilainya dengan peredaran masa - kerana itulah caranya untuk mengaut untung daripada emas. Ini bermakna nilai emas akan naik dan naik dan naik.


3. Next, untuk maximisekan keuntungan, kita perlulah memiliki jumlah emas yang banyak. Malah lebih berat emas kita, lebih besarlah keuntungannya.


4. Poin 3 hanya akan berlaku jika kita menambahkan jumlah i.e. beli emas secara konsisten – sebaiknya setiap bulan.


5. Jadi ini bermakna kita akan membeli emas secara konsisten - walaupun harganya nampak “tinggi”. (Line biru dalam grafik menunjukan harga belian emas kita.) Malah kita akan abaikan harga emas dan terus membeli emas secara konsisten - sebaiknya setiap bulan.


6. Ini memerlukan disiplin dan juga strength untuk mengabaikan komen mereka yang berkata “Harga emas tinggi sekarang”.


7. Jadi pejam mata, dan terus menerus membeli emas secara konsisten kerana kita tahu harganya akan jauh lebih tinggi di masa hadapan. 


8. Ingat yang emas telah memberikan pulangan 10% setahun sepanjang 20 tahun kebelakangan dan malah naik nilai 46% dalam masa setahun lepas! Ini adalah pulangan yang amat hebat sekali. Dan based on what is happening in the world sekarang, besar kemungkinan prestasi hebat emas ini akan berulang lagi di tahun-tahun akan datang.


9. Dapat sesuatu?

10. ⁠semoga bermanfaat

Saya kongsikan dari group whatsapp Public Gold Misi 1KG Emas

Harga Emas dan Geopolitik

 Kali pertama saya lihat harga emas naik mendadak adalah semasa Iran menghantar misile kepada rejim Zionist sebagai tindakbalas ke atas pembunuhan ketua Hamas, Hezbollah dan Islamic Revolutionary Guard Corps (IRGC) pada tahun Oktober 2024.

Saya mula belajar tentang jual beli saham pada bulan Mei 2024, setelah mendapati kerja mengajar di sebuah university kurang sesuai dengan jiwa saya, walaupun facility, tenaga pengajar dan sistem mantap disediakan. Maka saya membuat pilihan untuk meninggalkan dunia pensyarah sementara dan memasuki dunia jual beli serta pelaburan saham.

Selama sebulan setengah saya mendengar hampir 30 kelas saham yang direkod, membuat nota serta mencari video dan info lain dari internet untuk memahami apa yang diajar. Saya juga menggunakan tradingview untuk mempraktik ilmu tentang chart selepas beberapa hari mula belajar tentang saham.

Sebenarnya saya telah membuka akaun CDS dan mula jual beli saham pada bulan Mei 2023. Sebelum itu saya bekerja di sebuah klinik swasta berdekatan dengan rumah dari Januari 2023 sehingga klinik tersebut ditutup dan dijual oleh pemilik semasa bulan Ramadhan.

Suami menyuruh saya untuk sama2 belajar jual beli saham sebagai punca pendapatan tambahan kerana ter-inspirasi bukan hanya dari kawan2 dan ahli keluarganya yang telah berjaya, tetapi ada juga jiran kami pada masa itu yang pakai kereta lambo hanya dari forex trading (tapi forex adalah tidak patuh syariah), cuma untuk tunjukkan contoh pendapatan lumayan hanya dari jual beli online dan tidak perlu makan gaji.

Selain dari kelas bersiri tersebut, saya juga mencari influencer social media dari youtube dan facebook di mana saya boleh aplikasikan teori yang telah dipelajari kepada pasaran saham semasa dan menjumpai beberapa individu. Setiap hari saya akan melihat video youtube dan dari situ ada juga yang berkongsi tentang harga emas serta kaitan geopolitik terhadap pasaran saham dan harga emas.

Semalam US secara tiba2 telah menyerang Iran selepas 9 hari (Jumaat 2 minggu lepas sehingga hari Selasa) perang antara Iran dan rejim Zionist yang dimulakan oleh rejim Zionist pada Jumaat 14 Jun 2025.

Saya menganggap masuk campur US adalah tanda perang dunia ketiga bermula dan menjangkakan harga emas akan naik sekali lagi.

Namun begitu, sebaliknya, harga emas turun.

Saya kongsikan dari whatsapp group Public Gold Misi 1kg Emas untuk pengajaran:



Analisis harga emas 24/6/2025.


Gais,


Kenapa harga emas jatuh semalam dan hari ini? 


Ramai di kalangan kita yang terkejut tengok harga emas jatuh mendadak sejak semalam dan hari ini.


Tak kurang juga yang tertanya-tanya:


💬 “Eh, bukan ke dunia macam nak perang dunia? Bukankah harga emas sepatutnya terus naik?”


Jawapannya: tidak semudah itu.


Saya nak kongsi sedikit analisis untuk kita semua faham logik di sebalik apa yang berlaku.


Sebelum ini, media arus perdana heboh melaporkan dunia kononnya di ambang Perang Dunia Ketiga.


👉 Israel serang loji nuklear Iran.

👉 Iran balas serang Tel Aviv.

👉 Dunia mula panik.

👉 US serang 3 loji nuklear Iran.

👉 Iran serang pengkalan tentera US di Qatar.


Akibatnya, harga emas melambung naik kerana permintaan melonjak.


Tapi… adakah perang dunia betul-betul nak bermula?


Jawapannya: tidak.


Kalau kaji dengan mendalam,  tindakan-tindakan Iran, Israel dan US sebenarnya penuh dengan pengiraan strategi.


✅ Iran tak mahu perang penuh dengan Israel + Amerika.


✅ Israel tahu dia tak boleh lawan Iran tanpa sokongan Amerika.


✅ Amerika pula tak berminat nak seret diri masuk perang besar kat Timur Tengah, sebab fokus utama mereka sekarang ialah China.


✅ China dan Rusia? Diam je. Tak ada tanda nak tolong Iran kalau perang meletus.


Faktor sebenar; semua pihak nak keamanan. 


Tak nak konflik merebak menjadi besar dan menjejaskan selurih rantau Timur Tengah.


Apa yang berlaku selepas itu?


✔ Israel lancar serangan, Iran balas sebagai simbolik (restore deterrence).


✔ Amerika tawar damai selepas tunjuk kekuatan.


✔ Kedua-dua pihak berhati-hati supaya tak terseret ke perang penuh.


✔ Dunia mula nampak risiko perang besar sudah menurun.


Inilah yang disebut sebagai de-escalation – ketegangan mula reda.


Dan bila risiko reda, pelabur mula jual semula emas. 


Kenapa? Sebab mereka tak lagi perlukan emas sebagai fungsi pelindung nilai.


Apa yang kita boleh belajar daripada krisis Iran, Israel dan US?


1️⃣ Jangan cepat percaya bila media kata “dunia nak perang dunia”. Dunia tak semudah itu nak terbakar.


2️⃣ Pasaran emas sangat sensitif dengan sentimen, bukan hanya fakta. Berita kecil boleh buat harga naik turun mendadak.


3️⃣ Pelaburan emas memerlukan kita faham geopolitik, ekonomi global dan psikologi pasaran.


Jadi bila harga emas naik atau turun, cuba kita baca cerita di sebalik angka, bukan hanya tengok carta harga emas semata-mata.


💬 Kalau rasa posting ni bermanfaat, kongsikan untuk kawan-kawan lain.


#NotaEmasSyukorHashim 

#publicgold

Kredit M***guru Emas

Membeli Emas Fizikal dari Bursa Gold Dinar vs Public Gold

 Alhamdulillah masa berpeluang menulis blog dan berkongsi sesuatu yang bermanfaat.

Nak share sikit pengalaman beli emas menggunakan Bursa Gold Dinar berbanding Public Gold.

Pernah tengok beberapa Youtube video tentang pilihan dari mana rakyat boleh beli emas, termasuk BGD dan bank.

Saya dah cuba semua buat masa ini tujuan nak buat perbandingan.

Bursa Gold Dinar app adalah senang untuk digunakan, user-friendly atau mesra pengguna. 

Lepas beli emas boleh "redeem" atau tukar kepada emas fizikal yang akan dihantar ke alamat yang diberikan.

Seperti biasa lepas download apps kena masukkan maklumat dan gunakan IC untuk sahkan. Tak silap proses pengesahan tu mungkin ambil beberapa hari. Dan tak silap adalah percuma untuk download.

Sekarang nak bandingkan kos pula.

Untuk redeem kena bayar: 

Courier Fee
RM10.00

Minting Fee
RM73.40

Takaful Fee
RM13.00

SST
RM0.00


Total Amount Paid
RM96.40

kalau tak redeem, simpan je tak perlu bayar yuran ni. Simpan emas dalam app sahaja. 

Price per Gram
RM465.87/g

Quantity
4.25000000/g

Total Amount
RM1,979.95

Purchase Fee
RM3.96

SST
RM0.00


Total Amount
RM1,983.91

Bila beli emas ada caj sikit. Sekarang nak bandingkan dengan harga Public Gold. Saya screenshot harga pada masa tersebut untuk buat perbandingan.  

Date
24 June 2025 10:10:36 AM


Harga Public Gold 10.08am 24 June 2025 adalah RM2,113.00 untuk 4.25gram emas 999.9, kos penghantaran adalah RM10 untuk Malaysia Barat.

Jadi jumlah kos adalah RM2123.00

Berbanding RM2080.31 untuk Bursa Gold Dinar.

Penjimatan oleh BGD adalah sebanyak RM42.69

Kenapa PG caj lebih? Yang saya faham dari Youtube seorang pelabur saham adalah PG mengenakan caj tambahan komisyen untuk setiap pembelian, kerana sistem seumpama multi-level-marketing.

Jika pembeli didaftarkan di bawah seseorang pengedar, maka setiap pembelian emas akan dibayar komisyen kepada pengedar tersebut.

Begitu lah.

Jadi sekiranya beli bawah PG, pastikan anda ada mendapat sesuatu manfaat untuk caj komisyen tersebut.

Semoga bermanfaat untuk pembaca.

Berdasarkan pengalaman, penghantaran oleh BGD adalah lebih cepat, dalam masa 1-3 hari berbanding PG yang ambil masa hampir seminggu.

Friday, June 20, 2025

SPM atau IGCSE? Berkongsi Pengalaman dan Pendapat Peribadi.

 

Alhamdulillah hari ni masih sempat menulis dalam blog.

Tertarik untuk jawab soalan:

Nak masukkan anak ke kurikulum Malaysia atau kurikulum United Kingdom?

Kalau pelajar kurikulum kebangsaan akan ambil SPM semasa tingkatan 5.

Pelajar kurikulum UK pula akan ambil IGCSE semasa tahun akhir sekolah menengah.

Kebetulan, secara tak sengaja, anak-anak saya yang kini di universiti ada yang berjaya menjadi best student sekolah untuk SPM 2020 dan ada yang berjaya menjadi best student sekolah IGCSE 2021.

Ayah mereka mengamalkan prinsip sekolah kerajaan yang paling dekat dengan rumah adalah sekolah pilihan untuk anak-anak kami.

Maka semua anak-anak saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan yang dekat dengan rumah, memudahkan urusan ambil dah hantar setiap hari.

Secara tidak sengaja, anak saya telah berpeluang ambil IGCSE kerana mendapat tawaran belajar di MRSM IGCSE semasa tingkatan 1.

Ini adalah lebih dari 5 tahun yang lepas maka keadaan mungkin telah berubah sekarang. Pada masa itu, MRSM IGCSE lebih mudah untuk masuk kerana tidak menjadi pilihan utama golongan B40 atas sebab bayaran lebih yang dikenakan untuk peperiksaan Checkpoint semasa Tingkatan 2 dan IGCSE semasa tingkatan 4.

Yuran Checkpoint RM400
Yuran IGCSE RM2000

Anggaran dari memori sahaja, harga lebih kurang begitu dan MARA atau pihak sekolah tidak menyediakan bantuan kewangan, cuma ibubapa digalakkan menabung dari form 1 untuk membayar yuran tersebut (ini adalah sharing atau luahan dari ibu B40 yang lain).

Sekolah kebangsaan, sekolah berasrama penuh, MRSM premier/ulul-albab tidak ada pilihan untuk ambil IGCSE.

Satu lagi point saya nak tambah, pelajar MRSM IGCSE dikehendaki mengambil kedua-dua peperiksaan IGCSE dan SPM.

Namun begitu, beberapa tahun yang lepas, pelajar MRSM yang mendapat keputusan cemerlang IGCSE boleh memilih untuk berhenti sekolah dan sambung belajar di university (boleh ambil A-levels atau foundation dan sebagainya) tanpa mengambil SPM.

Baru-baru ini saya berjumpa seorang ibu yang memberitahu bahawa sekarang, pilihan ini tidak lagi dibenarkan dan semua pelajar MRSM IGCSE mesti ambil IGCSE dan SPM.

Ok, jadi nak pilih yang mana?

Kalau tak masuk MRSM, hanya sekolah swasta dan homeschooling menawarkan peluang untuk ambil IGCSE.

Saya tak pasti kalau ada pelajar SK/SMK yang ambil IGCSE sebagai private candidate, secara teorinya boleh tetapi kenapa nak bebankan diri sendiri?

Semasa anak dah mula belajar di MRSM IGCSE, saya membuat detailed analysis untuk membandingkan IGCSE dan SPM. Selepas itu, saya memutuskan strategi terbaik adalah pilih satu dan fokus kerana walaupun mungkin ada overlap syllabus dalam beberapa subjek seperti sains - bio, kimia, fizik, maths dan addmaths, namun begitu, cara scoring markah dan juga sistem peperiksaan agak berbeza.

Secara amnya, IGCSE adalah konsisten dari segi soalan dan content syllabus, jarang berubah berbanding SPM yang sentiasa ada perubahan, dari anak sulung saya sehingga yang bungsu, kurikulum dan format peperiksaan telah bertukar untuk setiap anak.

Maka dari segi ini, IGCSE adalah lebih senang untuk score. Sama seperti Irish leaving yang saya dan suami duduki sebelum memasuki university di Ireland dahulu, fokus setelah habis belajar syllabus adalah practise past year questions.

SPM pula setiap 5 tahun berubah syllabus, ubah format soalan, waktu peperiksaan pun masih belum kembali kepada bulan Disember seperti sebelum pandemik.

Maka guru-guru dan pelajar perlu mengadaptasi setiap lima tahun. Untuk pelajar cemerlang, mungkin tiada masalah besar. Bagi la syllabus dan format soalan susah mana pun mereka akan cemerlang juga tetapi ini mungkin akan menjadi cabaran hebat untuk pelajar yang average, sederhana dan pelajar yang lemah.

Jika pelajar menguasai BI maka ada kelebihan untuk pilih IGCSE kerana semua subjek diajar dalam BI, dan semua subjek menggunakan BI dalam peperiksaan kecuali Bahasa Melayu, Mandarin dan bahasa lain.

IGCSE juga tiada subjek sejarah tanah air, setahu saya dari ibu lain yang anak mereka ambil IGCSE di sekolah swasta. 

Untuk MRSM IGCSE, subjek dah ditetapkan, BI, Maths, Higher Maths/Add Maths, Fizik, Kimia, Bio, 6 subjek sahaja tapi di sekolah swasta ada yang ambil sampai 9 atau lebih subjek, boleh pilih subjek mana dan berapa banyak subjek nak ambil.

SPM pula setahu saya pilihan subjek adalah berdasarkan streaming; sastera/sains tulen/dan sebagainya.

SBP tertentu pula tiada pilihan selain sains tulen sahaja, wajib ambil bio, tidak boleh ambil akauns seperti di MRSM premier/PKP.

Sebagai rumusan: 


Antara kelebihan IGCSE

-format jarang berubah

-silibus jarang berubah

-fokus past year questions

-medium BI kelebihan jika pelajar menguasai BI dengan baik

Kekurangan IGCSE

-memerlukan dana yang lebih - sekolah swasta/MRSM IGCSE


Antara kelebihan SPM

-dalam bahasa Melayu kecuali DLP

-belajar tentang sejarah tanah air

-perlu untuk kerja kerajaan (jika memilih kerjaya seperti perubatan, mesti ada SPM kecuali nak kerja luar negara sahaja, sebab semua doktor akan lalui servis wajib kerja kerajaan sekurang-kurangnya 2 tahun)

-membuka peluang untuk mendapat biasasiswa JPA/MARA

-majority rakyat Malaysia mengambil SPM kerana percuma/subsidized

-jika berminat sambung belajar di university di US, boleh sambung STPM yang yuran sangat minima berbanding kursus pra-uni yang lain


Itu sahaja setakat ini, moga membantu.
Jangan lupa istikharah untuk pilihan yang terbaik.


Saturday, June 14, 2025

PAJSK Untuk Sekolah Rendah

 


PAJSK = Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum


PAJSK Total 110 marks: 

- 30 mata Segak


- ⁠kokurikulum 70 mata (40 mata utk  kehadiran) ( jawatan, peringkat, tahap pencapaian, komitmen, Khidmat sumbangan total 30 mata)

- ⁠-  sukan

- ⁠-  kelab/ persatuan

- ⁠-  badan beruniform


- ⁠extra kurikulum 10 mata (anugerah khas - aktiviti tambahan eg pertandingan)

- ⁠- Inc NILAM 



Kalau masuk pertandingan, markah akan masuk 2 kategori. One in koku. One in anugerah khas




PAJSK marks counted from Std 4-6

Cikgu akan amek 2 highest marks (either sukan/ badan beruniform/kelab) = Std (4+5+6)/3

2 highest marks from 3 groups koku tu. Tp counted from std 4-6, Akan amek purata



Slide terakhir relevan untuk ibubapa yang berminat memohon SBP/MRSM untuk anak2.

PKSK 40%

Socioeconomi 25%

Kokurikulum 20%

PBD 10%

Kepimpinan 5%

***

Pn Anita ckp yg pergi Korea ni nnt tak dpt PAJSK marks. Tp boleh dpt marks from webinar dgn other countries mcm dlm IFCC

But the trip is beneficial for the kids. Exposure, experience, etc

F2f kena minimum 3 countries. Kalau dpt another country (eg Pn Ong invite Indonesia here) then dah 3 countries Msia, Korea, Indonesia. Then can try to apply for PAJSK. 

Kalau online kena at least 5 countries. So far IFCC buat Malaysia, Korea, India, need 2 more countries. 

***


Kalau nak tau program tu diiktiraf tak. Check sini: Pengiktirafan Program

Terima kasih Dr Melisa dan Cikgu Anita untuk salinan slides & nota.

Pentaksiran Bilik Darjah PBD Sekolah Rendah

 PBD :- 

- class work eg group work. 

- kerjasama murid dlm kelas. 

- kerja bertulis. 



Cikgu akan bg ruang & peluang utk murid dpt markah minimum TP4 ke atas


Low TP:

- selalu ponteng sekolah

- ⁠homework tak siap

- ⁠not confident in responding in class

- ⁠tak hantar PSV/music/RBT assignments 

- ⁠homework copied from chatGPT

- ⁠iqra/Quran tak lancar - need to read at home too















Terima kasih kepada guru sekolah dan Dr Melisa untuk salinan slide.

Penilaian Psikometrik Sekolah Rendah Kebangsaan

Semalam sekolah anak ada buat mesyuarat muafakat dengan ibubapa berkenaan dengan ujian psikometrik, PBD dan PAJSK.

Saya cuba ambil nota untuk rujukan diri sendiri dan kawan2 yang tak dapat hadir.

Di sini saya kongsikan slides dan nota.




Tujuan untuk kegunaan masa depan - bidang pelajaran peringkat university dan memilih pekerjaan.






Pernah baca buku "multiple intelligence" berkenaan jenis kecerdasan/kepintaran.








1.  Verbal linguistik - good w language 

2. Logik matematik - good w numbers 

3. Intrapersonal - kenal diri

4. ⁠visual ruang (visuospatial) - good imagination with spatial area. 

5. ⁠naturalist - nature-lover

6. ⁠interpersonal - good relationship with others.

7. ⁠kinestetik - good with movement

8. ⁠music 

9. ⁠eksistensial - spiritual



Visuo-spatial











Terima kasih kepada pihak sekolah, Dr Melisa dan Dr Wani untuk salinan slides dan nota2.

Friday, June 13, 2025

Tips Anak Berjaya dalam Sistem Pendidikan di Malaysia

 Alhamdulillah, malam ni nak buat coretan sedikit tentang petua dan strategi kejayaan anak-anak dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Semua anak-anak kami masukkan ke tadika seawal mungkin (4 tahun), ada juga yang masuk ke daycare/pusat jagaan harian walaupun kami ada maid/bibik Indonesia kerana:

1) Ibubapa kerja sepenuh masa

2) Tiada keluarga atau sedara-mara berdekatan yang dapat membantu

3) Untuk anak bungsu, di rumah tiada kawan kerana semua adik-beradik telah bersekolah.

Bagi saya, tiada cara yang betul atau salah untuk dapatkan pendidikan anak-anak, pilihlah yang sesuai dengan keadaan setiap keluarga.

Saya hanya berkongsi berdasarkan pengalaman sendiri. Alhamdulillah dua orang anak telah berjaya mendapat tempat sebagai pelajar terbaik SPM di MRSM Taiping pada tahun 2020 (promax) bersama 5 pelajar yang lain (8A+,1A) dan seorang lagi anak menjadi pelajar terbaik IGCSE 2021 MRSM KKB.

Anak yang ketiga masih di asrama semasa entri blog ini ditulis dan anak bungsu pula masih di sekolah rendah.

Kalau boleh, pilih tadika yang terbaik dan dekat dengan rumah. Cara memilih tadika terbaik adalah, semasa anak sulung, saya lihat kawan2 sebaya yang cemerlang akademik dan bertanya ibu mereka di mana tadika yang mereka pergi sebelum ke sekolah, dan menghantar anak no2 & 3 ke tadika tersebut.

Kalau boleh pastikan anak dah pandai membaca sebelum masuk darjah 1 untuk mengelakkan masuk ke kelas pelajar lemah/pemulihan (saya tak pasti sama ada masih ada sistem ini atau tidak kerana mengalaminya pada tahun 2010.

Boleh beli atau dapatkan buku khas membaca jika anak perlukan bantuan.

Untuk pilihan sekolah rendah pula boleh pilih yang paling dekat dengan rumah untuk memudahkan urusan. Jika ada pilihan sekolah berprestasi tinggi atau kluster kecemerlangan, sekolah ini lebih baik dari sekolah biasa.

Jika ada kelapangan, bantu la sekolah sebanyak mungkin. Boleh jadi AJK PIBG, sekarang ada kumpulan sokongan ibubapa, sukarelawan, dan boleh juga sumbangkan wang atau kepakaran. Yang pastinya sekolah amat memerlukan dan menghargai sokongan ibubapa.

Ibubapa perlu kenal guru kelas anak masing-masing.

Semasa anak sulung, memang saya survey habis semua sekolah termasuk sekolah private dan juga homeschooling. Keputusan dibuat berdasarkan nasihat seorang kawan yang juga guru sekolah: hantar lah ke SK terdekat dengan rumah. Jika anak ada masalah atau lemah mana-mana subjek maka hantar lah tuisyen, maka ini pendekatan yang kami guna sampai sekarang.

Ini sebenarnya adalah penghargaan kepada standard pengajaran dan pembelajaran sekolah kerajaan di Malaysia buat masa ini.

Jika sekolah ada locker berbayar, kami sewakan untuk memudahkan anak-anak supaya tidak perlu membawa beg yang terlalu berat.

Dulu semasa ada UPSR, kami akan menghantar anak ke kelas tambahan yang diadakan oleh sekolah.

Kami juga menghantar semua anak ke KAFA dari darjah 1 (Selangor) atau darjah 2 (Kelantan) sehingga darjah 6, mereka mengambil peperiksaan UPKK semasa darjah 5 (6 semasa covid) dan PSRA di Selangor semasa darjah 6.

Untuk anak bungsu, lambat sedikit mula Tahsin pada September darjah 2 kerana covid serta masalah transport. KAFA di darjah 4 kemudian berhenti sementara untuk fokus kepada SK. Jadi pendekatan untuk setiap anak mungkin berbeza mengikut keadaan masing-masing.

UPKK dan PSRA adalah penting jika anak nak masuk sekolah agama/MRSM ulul-albab. Jika tidak, pengetahuan itu berguna untuk hidup seharian insya Allah.

Selain itu, kami juga memastikan anak-anak mengaji secara one-to-one bersama ustazah yang dapat datang ke rumah sekali seminggu. Ada ustazah dari KAFA, yang jumpa online dan juga ustazah dari SK, mengaji sehingga khatam Quran sekali.

Semasa di sekolah rendah, kami memastikan semua anak pergi kelas berenang sampai pandai berenang. Biasanya ada sekali seminggu di mana-mana tempat berdekatan.

Untuk aktiviti koko sekolah, anak bebas memilih mengikut selera masing-masing namun begitu semua akan masuk taekwondo selama 6 bulan. Buat masa ini tiada yang berminat untuk sambung selepas 6 bulan tersebut.

Selain itu, untuk mendapatkan study habit yang baik dan konsisten, semua anak kami masukkan dalam program Kumon untuk subjek matematik, sama ada satu atau dua kelas seminggu. Latihan tubi di rumah 10 minit setiap hari. Pernah juga cuba untuk subjek bahasa Inggeris tetapi tidak sama keberkesanan berbanding program matematik.

Untuk sekolah menengah pula semua berpeluang memasuki sekolah berasrama penuh sama ada MRSM/SBP dari tingkatan 1 atau 4. Alhamdulillah.

Jika anak masuk SMK dan prestasi akademik kurang memberangsangkan, cari lah pusat tuisyen berdekatan yang mempunyai track record yang baik dan hantar lah anak untuk kelas tambahan.

Bagi anak yang di asrama penuh, jika memerlukan bantuan boleh la hantar tuisyen semasa cuti sekolah.

Itu sahaja coretan setakat ini.