Friday, May 6, 2016

Diet Untuk Elak Diabetes: Nasi Putih

Alhamdullillah baby dah tidur. Boleh la blog sikit tentang artikel yang share di facebook hari ni.

Gambar hiasan: Makan malam saya hari ni.

Tajuk artikel Straits Times Singapore ialah "Diabetes: Nasi yang dimakan adalah lebih teruk dari minuman bergula", boleh baca artikel dalam Bahasa Inggeris tu di sini.

Ini diikuti dengan perbincangan yang menarik yang saya post dan harap dapat kupas di sini:

Wan Maziah Wan Mohamed I do agree that carbs are culprits for diabetes but I do not think white rice on its own is worse than the sodas. There should be real evidence comparing white rice with sodas without other lifestyle confounding factors.
LikeReply411 hrs
Azura Aslar Agree. I dont think consume it in moderation can cause harmful effect.
LikeReply10 hrs
Mazlyn Mustapha

Write a reply...
Lisa Shah Saidin Can't wait for ur explanations
LikeReply11 hrs
Vincent Wong White Rice is pure carbohydrates i.e. Sugar. It is as bad as Soda. Soda has about 7 teaspoon of sugar per 325ml. A bowl of white rice is about 5 teaspoon of sugar. But not all white rice is equal- Basmathi Par-boil white rice has a lot lower carbo content almost as good as brown rice. If you really need eat white rice -- go for basmathi par-boiled - its expensive but worth it.
LikeReply110 hrs
May Kim Or mixed with ponni rice with flaxseed and chiaseed ..truly awesome great nutritions
LikeReply210 hrs
Mazlyn Mustapha

Write a reply...
Zul Helme While we're on the subject of carbs, is it true that potatoes are a better source of carbs than rice? Back when I was freelancing, I had a very poor diet (in my view) of instant noodles (mee sedap), but I've always added lots of potatoes and eggs with it (the instant noodle was for flavoring).

Now I'm eating properly (living with friends so proper home-cooked meals), but it feels like I have less energy than when I was eating the potatoes (especially since I play tennis, I get tired a lot quicker than usual).

LikeReply110 hrs
Vincent Wong Potatoes are a good source and has more fiber content compared to rice. Sweet potatoes are even better due to high content of fiber. Too much carbs will lead to high blood sugar which might trigger insulin resistance which then leads to the point of no return (diabetes type II). More importantly if you consume lots of carbs, if you can't reduce you need to increase your exercise level to burn those calories (blood sugar). Unprocessed blood sugar will turn into Triglycerides (blood fat) which will mess up your overall Cholesterol - prolong condition leads to clogging your arteries then becomes heart disease.
LikeReply110 hrs
Vincent Wong And once you are diabetic ... you can't get insurance. Because diabetes is the root of all diseases. So don't eat too much rice. I know its tough in Malaysia because everything is rice or noodles (processed rice).
LikeReply10 hrs
Zul Helme I know this a bit of a cliche, but I'm a skinny 165cm dude weighing around 50kg or so. Never had any trouble being overweight (tried my bit at weight-gaining, no luck), but had a medical checkup a few years ago and doctors said I had unusually low blood pressure (which explain a few fainting/blackout spells in the past).

Suppose I'm still at risk for clogged arteries if I consume carbs a bit more (as much as the average person anyways)?

LikeReply10 hrs
Vincent Wong I am diabetic and skinny too. Diabetic does not automatically mean fat. Low blood pressure and thick blood may be a genetic predisposition. How would you know? Do a comprehensive blood test ... if your blood is thick you might need blood thinners....See More
LikeReply10 hrs
Zul Helme Seems I might need a more thorough medical checkup (late 20s but my body feels a bit creaky). Thanks for the clarification, its been quite helpful (and it feels too minor an issue to go bother a doctor with).
LikeReply9 hrs
Vincent Wong Zul Helme Don't think that .. a GP or physician will always welcome a patient whether healthy or sick. Go tell your regular doctor about your concern and if he/she says nothing to worry ... then okay.
LikeReply18 hrs
Mazlyn Mustapha

Write a reply...
Asiah Abu Bakar Dgr talk pakar..nasi tak pa dgn kuantiti yg berpatutan..tapi jgn direct ambik air soda atau air manisan lain.Boleh dr explain beza basmathi dgn beras perang yg mana lebih elok..Mazlyn Mustapha
LikeReply10 hrs
Jellene Eva i think we know by now that we need to take western scientist's words with a whole bag of salt. first they say nasi lemak is a superfood, now they say white rice (which is a main element in nasi lemak) is dangerous. I'm sure there is a political/commercial force behind this statement.
LikeReply110 hrs
Vincent Wong Superfood term is just being "politically correct". I would try not to eat nasi lemak everyday if possible maybe once or twice per week only. Takes a bit of will power initially, now i can go 1 week without rice ... eating other food, wheat based noodles and more "salads".
LikeReply8 hrs
Mazlyn Mustapha

Write a reply...
Ahmad Kamal Salleh For me raw water is better than air gas
LikeReply18 hrs
Ghazari Baharom Malaysian gonna eat rice like they gone work at the sawah bendang & contruction site. That whats wrong.
LikeReply18 hrs
Rizalina Bahari Nutritional content of white basmathi
LikeReply5 hrs
Rizalina Bahari And brown basmathi

Kandungan beras basmati perang

Sebelum tu, saya nak terjemah point2 utama dari artikel tersebut:
  1. Dalam melawan diabetes, nasi telah dikenal-pasti sebagai salah satu penyebab utama. Ia lebih merbahaya berbanding minum air bergas.
  2. Obesiti (lebih berat badan) dan minuman bergula adalah penyebab utama di negara2 Barat.
  3. Orang Asia mempunyai risiko diabetes lebih tinggi berbanding orang putih, jadi, orang Asia tidak perlu obes untuk ada risiko yang tinggi. 
  4. Makan nasi putih pula akan menyebabkan badan terlebih gula dan meningkatkan risiko diabetes.
  5. Kajian oleh Harvard yang diterbitkan oleh British Medical Journal menunjukkan setiap pinggan nasi yang dimakan setiap hari secara berterusan meningkatkan risiko diabetes sebanyak 11% berbanding populasi keseluruhan.
  6. Satu mangkuk nasi mempunyai kandungan karbohidrat sama banyak dalam dua tin air gas.
  7. Disyorkan menukar 20% nasi putih dengan brown rice atau nasi perang mengurangkan risiko diabetes sebanyak 16%.
  8. Tip: Rendam nasi perang selama 15 minit sebelum masak dengan nasi putih.
  9. Berjalan sebanyak 15 minit setiap hari (2000 langkah) mengurangkan risiko mati dari diabetes sebanyak 4%.
  10. Orang Asia pula makan nasi empat kali sehari sementara orang putih hanya makan nasi 5 kali seminggu.
  11. Kita digalakkan makan jenis nasi yang lebih menyihatkan. 
  12. Beras long grain (panjang) lebih baik dari beras short grain (pendek) kerana ia kurang menyebabkan gula dalam darah naik secara mendadak yang akan meransang insulin dihasilkan dari pankreas. Gula tinggi mendadak yang kerap akan menyebab berlakunya diabetes.
  13. Kos merawat diabetes di Singapore yang ditanggung kerajaan adalah $1 billion setahun.
  14. Diabetes penyebab utama buta, kegagalan buah pinggang dan kaki di potong di Singapura.
  15. Doktor pakar diabetes menasihatkan orang ramai supaya mengurangkan pengambilan nasi, makanan rapu dan minuman bergas. 
Kupasan komen rakan2 pula:

  • Tidak adil membandingkan nasi dengan minuman bergas sebab tak ada orang yang minum air gas sebagai pengganti nasi: ya, saya setuju.
  • Nasi putih basmathi kurang kandungan karbohidrat dan hampir sebaik nasi perang. Nasi basmathi par-boiled adalah mahal tapi berbaloi - sila lihat komen dibawah "Mana lagi baik, nasi perang atau nasi basmathi?"
  • Cadangan makan nasi campur chiaseed atau flaxseed - ni pun kena kaji dulu baru boleh komen.
  • Makan nasi ok jika kuantiti berpatutan dan jangan minum dengan air manis. Ya, saya setuju, boleh refer artikel di atas "Potatoes vs Rice" di hujung artikel ada kupas tentang kuantiti pemakanan dan risiko diabetes.
  • Mana lagi baik, nasi perang atau nasi basmathi? Kalau tengok website ni (dalam bahasa Inggeris) Basmati vs. Brown rice, boleh klik sini untuk baca lanjut, nasi perang adalah yang terbaik, nasi putih basmati sedap tapi kurang khasiat. Nasi perang dan nasi2 berwarna yang lain adalah 'whole grain'. Basmati putih telah diproses dan kurang khasiat. Walaupun nasi perang tidak banyak serat, ia masih ada khasiat 'whole grain' iaitu bran, germ dan endosperm, yang memberikan khasiat. 'Whole-grain' basmati perang adalah pilihan yang enak.
  • Air kosong lagi baik dari air gas: ya, yang ni memang setuju.
  • Makan nasi ok tapi masalahnya kurang bersenam. Saya rasa dua2 penting, kena kurangkan nasi putih dan lebihkan senaman.
Itu sahaja perkongsian malam ni. Moga bermanfaat.

Thursday, May 5, 2016

Tips Memilih Kerjaya

Semalam saya pergi ke workshop mengenai cara mengolah soalan. Tahun lepas 2015 pun dah hadir satu workshop yang sama, tapi masa tu kerja di University yang lain, penceramah pun orang lain.

Workshop tu saya akan cerita di blog post yang lain insya Allah.

Kali ni nak share sikit tentang tips memilih kerjaya.

"Become the person you want to be"

Maklum lah, anak saya yang sulung dah masuk sekolah menengah. Saya dah mula la fikir nak tentang kerjaya dan masa depan anak2 semenjak mereka kecil, tapi sekarang kena la merancang dengan lebih serius.

Masa workshop tu ada la dapat freebies dari penaja. Dapat brochure dan beg. Balik rumah baru sempat belek brochure.

Medical Assistant
Tip #1: Pilih bidang kerjaya yang di minati.

Kerjaya ni sesuatu yang kita akan buat seumur hidup lepas habis sekolah. So, kalau panjang umur misal kata kerja sampai bersara 60, ada lah dalam 40 tahun kita bekerja.

Bayangkan la kalau pilih kerjaya yang tidak di minati, setiap hari kena buat benda yang membosankan (mungkin kerja tak bosan tapi kurang sesuai dengan pekerja tersebut)

Maka ambil lah masa, tengok benda yang anak2 minat, dan cuba tengok kerjaya yang berkaitan dengan minat tersebut.

Setiap kursus yang ditawarkan ada syarat minima.
Tip #2: Syarat kelayakan minima.

Setiap jurusan atau kursus yang ditawarkan peringkat university ada syarat kemasukan minima. 

Bagi saya, lagi baik pilih dulu bidang yang di minati, research tentang syarat kelayakan minima dan pastikan dapat supaya boleh pilih jurusan yang kita minat.

Jangan ambik SPM dulu, lepas dapat result baru nak cari bidang apa yang boleh belajar. Boleh juga, tapi approach tu macam terbalik.

Banyak jurusan allied health sciences yang ditawarkan...
Tips #3: Buat kajian tentang peluang pekerjaan.

Majority jurusan pengajian di peringkat university bukan bertujuan menghasilkan usahawan, tetapi pekerja.

Saya sebenarnya amat menggalakkan dan meminati bidang keusahawanan. 

Boleh juga ceburi bidang keusahawanan lepas bekerja beberapa tahun atau sejurus selepas habis university jika ada modal yang mencukupi. Kita cerita perihal bisnes di blog post yang lain insya Allah.

Berbalik kepada topik tips memilih kerjaya, lepas dah tahu bidang mana yang di minati dan syarat kelayakan, kena la tau, peluang pekerjaan macam mana. 

Kalau mula study 2017, grad 2020, apa peluang pekerjaan bidang yang dipilih nanti. Bergantung juga nak kerja di mana. Malaysia? Luar negara? Negeri mana di Malaysia? Dan sebagainya.

Kalau peluang pekerjaan sangat tipis atau terlalu kompetitif, dan kita pula amat memerlukan cash flow atau aliran wang tunai (mungkin ada hutang ke dan sebagai nya), mungkin kena pilih kerjaya lain bergantung kepada situasi kewangan peribadi dan ekonomi negara.

Banyak pilihan...

Tip #4: Pilih institusi pengajian.

Lepas dah pilih bidang kerjaya, kena la tau nak belajar kat mana. Ni semua bergantung kepada kewangan. 

Kalau ada sumber kewangan yang cukup, pilihan banyak. Boleh pilih dalam dan luar negara. Buat la survey, baca, pergi lawat, tanya orang dan sebagai nya.

Kalau sumber kewangan bergantung kepada pihak lain (contoh nya biasiswa dan sebagainya) pilihan institusi pengajian mungkin terhad.

Foundation courses...
Tip #5: Kewangan

Sumber kewangan ada banyak. Dapatkan informasi tentang biasiswa, pinjaman pelajaran, dan bermacam2 insentif lagi bergantung kepada keadaan.

Iklan 'career pathway'.
Tip #6: Rancang dari awal.

Jangan tunggu SPM. Dari tingkatan 1 atau bila dah mula nampak minat anak, ibu bapa boleh mula kajian tentang pilihan kerjaya yang sesuai.

Pilihan di tangan anda...
Tip #7: Pilihan di tangan anda.

Saya sangat menggalakkan semua ibu bapa meletakkan wawasan yang tinggi untuk anak2 mereka. Mana tau mungkin anak mereka akan menjadi ahli keluarga pertama yang belajar di peringkat university.

Boleh baca tentang impak belajar di peringkat university ke atas keadaan socio-ekonomi sesebuah keluarga dan bagaimana pelajaran dapat mengatasi masalah kemiskinan di artikel ini: "Education and socioeconomic status" dan kajian dalam bahasa Melayu bertajuk "Kemiskinan dan Pendidikan: Perubahan Minda Orang Melayu Ke Arah Kecemerlangan Pendidikan Akademik" di sini.

Saya memetik dari artikel "Kemiskinan dan Pendidikan" di atas...

"Kaitan Kemiskinan Dengan Pendidikan 

  • 1.10 Jurang perbezaan kemiskinan yang masih wujud adalah membimbangkan kerana kemiskinan akan terus menjana kemiskinan dalam satu kitaran ganas (vicious cycle of poverty). 
  • Dalam kitaran ini, kemiskinan dan persekitaran menyebabkan pencapaian pendidikan yang rendah dan seterusnya mencambahkan kemiskinan. 
  • Kajian-kajian kemiskinan dan pembangunan desa sering menunjukkan tahap pendidikan keluarga miskin adalah rendah (Fong Chan Onn dalam INTAN 1991; Unit Penyelidikan Sosioekonomi Rakyat, 1990). 
  • Contohnya, Kajian Sosioekonomi Rakyat Termiskin (Chamhuri, 1994 dalam Chamhuri, 2001) mendapati tahap pendidikan keluarga termiskin adalah lebih rendah berbanding bukan miskin iaitu antara 65-92 peratus ketua isi rumah termiskin cuma tamat sekolah rendah dan hanya 1-16 peratus tamat sekolah menengah rendah. 
  • Ahli isi rumah termiskin juga mempunyai tahap pendidikan yang rendah iaitu antara 29-77 peratus tamat sekolah rendah. 
Oleh itu, apa2 langkah yang boleh diambil untuk menggalakkan semua rakyat Malaysia berpeluang belajar di peringkat University, mesti dibuat oleh semua pihak.

Itu saja perkongsian pagi Jumaat ni. Moga bermanfaat.

Tuesday, May 3, 2016

Tips Kerja Tanah Merah

Alhamdulillah, dah tiga kali pergi Hospital Tanah Merah dari Kota Bharu.

Dewan Mas Merah
Senang je drive guna Waze. Terima kasih la kepada pencipta Waze. Banyak jasa yang tak terbalas especially masa kerja HKL tahun 2015.

Sejam juga la nak sampai. Maklum lah, takde highway. Jalan ok, takde luas atau sempit. Cuma banyak bergantung budi pekerti pengguna lain. Yang sporting ada je bagi jalan tengok kita nak bawa laju sikit. Ada yang tak nak ke tepi langsung. Terima je lah.

Gambar hiasan.
Kali pertama sampai Tanah Merah dua bulan lepas, Februari 2016. Masa tu masih terkejut lagi sebab baru je dapat tau kena pegi sampai Tanah Merah. Sebelum ni tak tau pun. Kalau tahu, ada kebarangkalian tak datang. Tak ape lah, buat masa ni terima je dulu. Ada hikmahnya Insya Allah.

Bird's eye view.
Saya pula ada baby kat rumah yang masih menyusu, so datang kerja sini kena maximise usage of time. Takde masa nak sembang2 atau lepak break ke apa. Teruskan dan habiskan kerja secepat mungkin supaya boleh balik KB as soon as possible. Ni tak bermakna kualiti kerja kurang, cuma, fokus dan intensif lain berbanding kalau kerja 9-5. Maklum lah, saya kerja fleksibel hours.

Yay, jumpa tempat untuk kitar semula.
First time sampai memang blur, parking je kat kuarters atas bukit. Ok juga. Ye lah, hospital, tak nak la kena clamp atau block tempat laluan ambulans. Kali kedua datang ada driver hantar dan ambik so tak yah pikir parking. Hari ni parking tempat sama tapi dah jumpa laluan pejalan kaki yang best untuk exercise.

Turun ok, naik sesak nafas sikit.
Lunch senang, pegi je secret recipe. Then afternoon ada lecture and student presentation di campus Tanah Merah.

Secret recipe Tanah Merah senang je nak dapat ice blended chocolate drink - my absolute favourite drink 
Secret recipe favourite meal fish & chips plus ice blended chocolate drink, iklan secret recipe la pulak.

Malaysia Darul Makan.
Lepas tu rush pegi afternoon lecture & seminar.

Student seminar.

Terkejut pagi tadi ramai student yang masih cuti. Masa medical student dulu jarang sangat ponteng kelas. Memang sama ada sakit, atau cuaca ribut gale yang dahsyat, atau terlambat (pernah sekali kot). 

Di posting yang lain nak share pula pengalaman medical student di Ireland dulu, jalan kaki/naik bas/basikal je pegi hospital/uni. Malam kena masak sebab makanan luar mahal & susah nak dapat yang halal. Nak study kat rumah pulak sejuk gila, sebab save duit tak nak pasang heater, so pegi la study kat library atau Malaysia Hall.

Topik lecture pulmonary TB, seminar pula ada bincang tentang lung cancer. Pagi tadi diskus tentang history & physical exam for respiratory system & fokus short cases. Ya, saya sangat minat mengajar short cases berbanding long case.

Ok, itu je nak share hari ni.