Tuesday, December 25, 2018

Telipot Medical Centre

Alhamdulillah bermula Ogos tahun ini (2018) saya berpeluang bekerjasama dalam menjayakan sebuah projek, hospital pakar swasta baru di Kota Bharu, Kelantan. 

Oleh kerana masih ramai kenalan tak tahu saya kini bekerja di sini, rasa perlu juga tulis sedikit supaya memudahkan orang ramai mendapat maklumat yang tepat.

Di bawah adalah gambar hospital "Telipot Medical Centre" atau nama ringkasnya TMC.

Image result for telipot medical centre
Hospital swasta baru di KB. 
Untuk datang ke sini mudah saja, boleh Waze "Telipot Medical Centre". Landmarks yang berdekatan termasuk Maktab Sultan Ismail (Sultan Ismail College atau SIC), Masjid Telipot dan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu.

Map seperti di bawah:

No automatic alt text available.
Jika dari HUSM atau Kubang Kerian, boleh datang dari Pasir Hor atau Jalan Yahya Petra. Jika dari Bandar KB, boleh datang dari Lembah Sireh.

Jika tak pandai guna Waze dan map tidak membantu, maka telefonlah 09-7474000 dan staff akan cuba bantu.

Waktu operasi pula adalah setiap hari termasuk hari cuti dan hujung minggu. Boleh walk-in untuk mendapatkan rawatan di Kecemasan. Untuk klinik doktor pakar pula, perlu membuat temujanji terlebih dahulu. No telefon untuk temujanji Klinik doktor pakar adalah 09-7474000.

Image may contain: text and outdoor
Doktor pakar semuanya dari HUSM maka perlu buat temujanji terlebih dahulu. Night clinic atau klinik doktor pakar waktu malam memang ada setiap hari dari 6petang hingga 10malam.
Ramai juga yang tanya saya, TMC ni milik siapa? Ok, TMC adalah hospital pertama milik koperasi USM.

Image result for telipot medical centre
Prof Mat (kiri) selaku president Koperasi HUSM, merupakan salah seorang yang memainkan peranan paling penting dalam menjayakan projek hospital koperasi pertama.

Selain koperasi USM, ada beberapa individu dan kumpulan doktor-doktor pakar yang merupakan tulang belakang dan pemilik bersama Telipot Medical Centre.

Izinkan saya perkenalkan beberapa doktor pakar yang bertugas di TMC.
Image may contain: 1 person, text
Doktor pakar sakit puan atau obstetrics dan gynaekologi, Dr Fauziah
Image may contain: Mohd Shafie Abdullah, text
Doktor pakar radiologi, Prof Shafie
Doktor pakar bedah plastik, Dr Arman
Image may contain: 1 person, text
Doktor pakar perubatan dan pakar buah pinggang, Prof Azreen

Ok, saya bagi contoh-contoh sahaja. Ada ramai lagi sebenarnya tapi nak upload macam lambat.

Perkhidmatan yang popular pula adalah:
Klinik mengandung ibu dan anak
Pakej bersalin
Klinik doktor pakar
Wad
Kecemasan
Pakej khatan
Pakej pemeriksaan kesihatan atau medical check up


Image may contain: indoor
Ada mesin x-ray, digunakan untuk pesakit kecemasan, pesakit di wad dan juga yang datang untuk medical check up atau pemeriksaan kesihatan.
Image may contain: indoor
Mesin ultrasound pun ada, kebanyakkan digunakan untuk melihat kandungan ibu mengandung, juga untuk memeriksa bahagian abdomen. Jika anda ada temujanji untuk ultrasound abdomen, pastikan anda berpuasa. Biasanya pesakit akan datang waktu pagi setelah berpuasa semalaman.
Image may contain: people sitting
Bahagian dalam ambulans yang selesa.
Image may contain: text
Mengandung dan ingin bersalin di Telipot Medical Centre? Pastikan anda buat temujanji untuk berjumpa doktor di TMC terlebih dahulu.
Image may contain: one or more people and people sitting
Ujian darah pun ada pelbagai, ada yang perlu berpuasa dan ada juga yang tidak perlu berpuasa. Tel 09-7474000 untuk maklumat lanjut.
Image may contain: 1 person, outdoor
Untuk pesakit yang perlu datang dengan segera atau memerlukan pengangkutan yang sesuai boleh telefon 09-7474000 bagi mendapatkan perkhidmatan ambulans.

Ok, setakat ni dulu, nanti saya sambung lagi insya Allah.


Sunday, December 23, 2018

Tips Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM Tingkatan 4

Alhamdulillah, nak share sikit apa yang berlaku minggu lepas.

Results PT3 keluar di sekolah 13hb Disember 2018, hari Khamis. Malam tu juga kami bertolak dari KB ke KL. Balik kampung, pada masa yang sama ambil maid balik bercuti dari Indon di KLIA2. Itu sebenarnya tujuan utama. Alang-alang dah ke KL, ambil cuti seminggu sebab tahun ni memang takde ke mana, dah maid pun cuti kan.

Flight maid sampai KLIA2, Isnin pagi, 17hb Disember 2018. Kebetulan pula husband ada meeting pagi tu jugak, maka saya dah anak bungsu dua orang drive ke KLIA. Masa tengah drive tu, perasan ada emel, tapi tengah Waze tengok jalan, maka tak perasan la kandungan emel tersebut.

Petang tu baru teringat nak check balik emel, and guess what, ada Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM. Masa tu kami di KL, cuba teka exam tu di mana? Di MRSM Pengkalan Chepa. Adussss....baru je beberapa hari cuti di KL, belum habis cuti lagi, dah kena balik KB. Macam mana ni.

Pelan pula lepas dah ambil maid dari airport, esoknya nak ke Perak. Rumah mertua. Ye lah kan, cuti mesti dibahagi dua. Baru lah adil.

So pening kepala sekejap memikirkan bagaimana nak ambil exam di MRSM PC tu. Dok whatsapp suami yang masih belum balik kerja. Dia suruh book flight. Maka survey la flight Subang-KB return, Penang-KB return. Flight nya keesokkan hari maka harga pun, boleh tahan. Nak buat macam mana, dah takde pilihan.

Akhir sekali saya buat keputusan beli flight one way Subang-KB, dan return pula KB-Penang. Maka suami akan bawa balik the rest of the family sementara saya dan anak yang dapat offer ni, pegi ke KB berdua.

Bermalam lah kami di KB, sebab examnya 7.45am.

Keesokkan harinya Waze pula jalan ke MRSM Pengkalan Chepa. Saya suka sekolahnya, cantik. Tapi tengok setakat tu je la, mana yang nampak. Takde la tour.

Pagi tu baru tau Cikgu cerita, ada 4 batch yang nak ambil exam hari tu. Anak saya batch pertama. Exam selama satu jam setengah. Itu sahaja. Batch yang last sekali akan habis dalam pukul 4petang.

Lepas anak-anak dah naik ke komputer lab tempat exam, saya pun sembang dengan seorang lagi Mak yang duduk kat sebelah. Katanya, dia baru je habis holiday beberapa hari yang lepas sebab dah ada kawan warning bagitau exam ni akan berlangsung minggu ni.

Adohai....malangnya bagi kami, tiada yang beritahu tentang exam ni. So terpaksalah buat macam yang kami buat last minute plan.

Takpe lah, redha dan pastinya semua ada hikmah tersembunyi.

Ni anak saya cerita, examnya online. Ada dalam 40 soalan matematik, semuanya KBAT, dalam 30-40 soalan sains dan 30 soalan bahasa Inggeris. Lepas tu ada 70 soalan peribadi. Semua soalan objektif dan dibuat online.

Beberapa benda lain yang saya perasan: ramai pelajar perempuan. Saya terpaksa pulang ke rumah sebab ada hal dan datang balik masa jam hampir 9.30pagi. Batch kedua pun saya perasan, ramai pelajar perempuan. Dalam 40-50 orang, mungkin ada 5 atau kurang pelajar lelaki. Kenapa ya?

Dalam emel yang diterima dua hari sebelum tarikh peperiksaan, perlu bawa bersama:

1) IC
2) Salinan keputusan PT3
3) Print out emel surat jemputan
4) Elektronik kalkulator
5) Alat tulis

Apa pun, didoakan moga mendapat sekolah yang terbaik. All the best untuk semua.

Tuesday, December 18, 2018

Tips 10A PT3

Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Beberapa hari yang lepas, 13hb November 2018, saya dan suami bersama anak sulung hadir ke sebuah sekolah menengah kebangsaan di Kota Bharu, sekolah harian, untuk menerima keputusan PT3 anak sulung kami.

Pada saya, keputusan tidak dijangka.

Apa pun, saya hendak mengucapkan ribuan terima kasih terutamanya kepada guru-guru yang mendidik anak saya dari sekolah tadika, sekolah rendah dan kini di sekolah menengah rendah, juga guru-guru tuisyen dan kumon.

Terima kasih juga kepada anak saya sendiri yang berusaha sebaik mungkin, suami yang memberikan sokongan dalam pelbagai bentuk, ibu saya, adik saya yang banyak membantu sebelum ini, pembantu rumah, dan ahli keluarga yang lain. Rakan-rakan anak saya yang sekelas dan satu sekolah, yang sama-sama di pusat tuisyen dan sebagainya.

Kejayaan mungkin pada nama individu, tetapi tiada manusia yang boleh berjaya tanpa bantuan serta sokongan dari "team" yang hebat.

Tahun 2018 akan membawa banyak kenangan manis sampai bila-bila untuk keluarga kami.

Selama ni saya mencari-cari juga tips bagaimana untuk membantu anak mendapat keputusan cemerlang dalam PT3. Penat juga cari dan tanya pelbagai pihak tetapi tiada jawapan yang konkrit.

Jadi saya hanya dapat beri tips apa yang kami sendiri buat sebagai ibu bapa. Yang lainnya adalah usaha dan komitment dari anak itu sendiri.

1) Pilih sekolah yang sesuai

Tiga tahun lepas kami membuat keputusan untuk pindah dari Petaling Jaya ke Kota Bharu, maka pada masa itu, saya dan suami ada buat perbincangan sama ada untuk masukkan anak ke sekolah kawalan atau tidak. Dan saya ada buat post tentang sekolah-sekolah menengah yang ada di KB sebelum ini, bukan hanya hasil maklumat dari rakan kenalan tetapi sendiri pergi melawat sekolah-sekolah tersebut. Akhirnya kami buat keputusan hantar ke sekolah harian sahaja setelah suami buat solat sunat istikharah dan saya pun terima keputusan tersebut walaupun ada juga di hati ingin hantar anak ke sekolah kawalan.

We plan, but Allah's plan is best.

Rancangan Allah lebih baik.

Hari ini saya boleh tulis bahawa di sekolah harian biasa juga, pelajar berpotensi boleh mencapai keputusan yang cemerlang.

2) Hantar Tuisyen

Kami tanya-tanya kawan juga, berkenaan tuisyen. Ada pusat tuisyen yang famous di Kota Bharu yang dikenali sebagai Pusat Tuisyen Al Amin. Jadual waktu ada pilihan. Suami bagi anak pilih jadual yang sesuai dengannya. Ada enam subjek sahaja yang ada tuisyen. Yuran dalam RM220 sebulan. Kelas boleh pilih sama ada kelas malam atau kelas hujung minggu. Beri anak pilih jadual yang sesuai dengannya.

3) Kumon Untuk Matematik

Selain kelas tuisyen, anak-anak kami semua memang ikuti program kumon untuk maths. Kumon maths ada dua kelas seminggu. Dalam sejam satu kelas. Yuran dalam RM150 sebulan.

Apa yang saya suka tentang program Kumon adalah melatih untuk belajar secara konsisten setiap hari walaupun dalam bilangan atau waktu yang sedikit.

Consistency is the key.

Tak perlu belajar terlalu lama, biasa dalam 15 minit-satu jam sahaja sehari. Tetapi jika dibuat setiap hari maka pelajar akan jadi mahir dalam bidang tersebut.

4) Kelas Tambahan Sekolah

Jika tak silap saya, bermula bulan Jun atau selepas cuti raya aidilfitri, guru-guru di sekolah anak saya ada buat kelas tuisyen atau kelas tambahan. Waktu pulang sekolah bertukar menjadi sejam lebih lambat dari biasa untuk tiga hari dalam seminggu.

Anak kami ikut sahaja kelas-kelas tambahan yang dibuat oleh pihak sekolah.

5) Dapatkan Jadual Peperiksaan Pada Awal Tahun

Pada awal tahun boleh dapatkan jadual peperiksaan dari Minitry of Education/Menteri Pendidikan Malaysia.

Kami dah take note tarikh ujian lisan, ujian mendengar untuk bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Tak silap pada bulan April.

Untuk ujian lisan, ada beberapa topik yang tersenarai dan boleh la praktis atau buat latihan dengan anak supaya mereka biasa berfikir dan menjawab dengan spontan. Latihan bukan bertulis tetapi latihan juga mesti dalam bentuk perbincangan/percakapan.

Tidak perlu lama, dalam 15 minit sehari atau 2-3 topik sehari.

Untuk geografi dan sejarah pula ada kerja kursus/course work.

Markah adalah 100% dari projek. Guru subjek akan terangkan dan boleh bawa kertas kerja balik ke rumah.

Dalam kertas ada diterangkan objektif dan kaedah.

Secara amnya, anak-anak perlu jalankan siasatan. Contoh untuk sejarah, buat kajian tentang sejarah kawasan tempat tinggal mereka. Jadi perlu hasilkan borang temuduga dan pergi temubual jiran tetangga untuk kumpul maklumat berkaitan sejarah perkembangan taman perumahan Petaling Jaya, contohnya.

Jadi masa bulan puasa anak saya pergi berjumpa beberapa orang jiran, yang terbaik adalah yang tinggal lama di situ dan ada maklumat tentang sejarah perkembangan kawasan tersebut.

Oleh kerana sejarah adalah projek yang pertama, anak memerlukan lebih banyak bantuan dan tunjuk ajar untuk laksanakan projek tersebut.

Bila tiba giliran projek geografi pula, anak dapat aplikasikan apa yang dia belajar dari projek sejarah maka tidak perlu banyak sangat input dari ibu bapa.

Maklumat yang dikumpul, anak akan persembahkan kepada guru dan rakan-rakan sekelas dalam bentuk poster presentation/persembahan poster.

Semua maklumat perlu ditulis tangan (saya rasa untuk elakkan plagiarism/copy paste) dan secara amnya maklumat tidak mudah untuk diperoleh di internet maka hasil kajian adalah unik dan authentic atau tulen.

Ibu bapa boleh la bantu sikit-sikit dalam mencipta borang temuduga, mengumpulkan data, membuat kesimpulan/conclusion dan sebagainya.

6) Doa

Sesungguhnya selepas segala usaha, berdoalah dan percaya doa ibu itu mustajab.

7) Hubungan yang rapat dan baik dengan pihak sekolah

Ok, yang ni saya ada dapat dari kawan-kawan secara langsung dan tidak langsung. Ada yang kata cuba offer belikan cat untuk cat bilik darjah anak awal tahun. Ini contoh sahaja. Seperti yang kita semua maklum, bajet untuk sekolah cukup-cukup sahaja cover operational cost.

Nak buat apa-apa aktiviti lebih semua perlukan dana dan takkan lah cikgu sahaja yang keluarkan duit. Bagi saya ini logik.

Jika tak dapat bantu sekolah dari segi kewangan, apa kata bantu dengan skills atau kemahiran yang ada. Atau bantu dengan kenalan atau masa dan tenaga. Ada bermacam cara untuk bantu sekolah dan jangan hanya harapkan ibu bapa atau orang lain untuk bantu, bagi yang mampu.

Akhir kata, saya pun tak tahu mana satu usaha yang membawa kepada keputusan peperiksaan yang baik atau adakah kombinasi semua tips yang dikongsi.

Saya minta juga ibu bapa yang lain kongi tips/petua untuk manfaat ibu bapa dan para pelajar yang lain.

Pada hari keputusan PT3 diumumkan, Pengetua berpesan, PT3 hanya kayu ukur pencapaian di tahap sekolah atau school based assessment, oleh itu, kita tidak boleh membandingkan keputusan satu sekolah dengan sekolah yang lain. Sekolah-sekolah juga mendapat set kertas peperiksaan yang berbeza.

Tetapi PT3 penting kerana ada pelajar yang ingin masuk ke sekolah asrama tingkatan empat, dan masa ini juga pelajar akan memilih jurusan sains atau sastera.

Bagi pelajar contohnya yang telahpun berada di sekolah berasrama penuh atau MRSM mungkin tiada tekanan untuk keputusan cemerlang kerana mereka telahpun mendapat tempat yang dikehendaki.

Itu sahaja tulisan saya kali ini. Moga bermanfaat.

No automatic alt text available.
Alhamdulillah 10A untuk PT3

Image may contain: 6 people, including Arman Z Mat Saad, Sofea Mohamed Nor and Yus Aniza Yusof, people smiling, people standing and indoor
Kenangan 2018, terima kasih kepada semua guru-guru.




Thursday, December 6, 2018

What to do if withdraw money from ATM but no money comes out

So this morning I went to the bank to get some cash. The usual, nothing unusual about it.

Put in card, everything as usual.

Then machine said remove card and wait for money, I removed my card and waited quite a long time. Longer than the usual time and most of the time by then could hear the machine counting the money before it is presented for collection, BUT THE MONEY NEVER CAME.

Ok I thought, don't panic. Looked at the receipt, its as if the transaction actually went through.

Ok, now I was a bit angry.

So I tried to withdraw again but a smaller amount of money, and ok, the money came. And I tried again. Ok.

So I got in the car and checked my online banking and guess what, yes, money recorded as withdrawn. So I immediately called the number on the card.

It was a bit frustrating, first a machine. Select this and that number. Finally got through to a human.

I didn't realise how exasperated I sounded until the lady said "ok, don't worry, we will check it out and refund the money if it happened".

So after hearing that I pun ok sikit, not so stressed so early in the morning. Yes, it has been a pretty rough 2 weeks with no maid, me working, hubby working, part time helpers coming in and out. The house is a mess and then this.

So after giving some details and they checked the location etc. Report made but will take about 7 working days for the money to be refunded.

Ok lah.

Will be keeping a tab.

Update: One day later I received an sms saying that the money had been refunded. Checked my account and yes, confirmed. Refund gone through. Thank God.

Image may contain: indoor
Picture for illustration purposes only

Surviving Without A Full Time Live In Maid

Ok, dah lama tak blog and sebenarnya nak tulis tentang maid. Macam mana survive dua minggu kerja tanpa maid dan hubby and kita pun kerja.

Sebenarnya a few weeks ago ada seorang kawan datang visit di Telipot Medical Centre. Lama juga kenal dentist Dr Nasiha Sakina ni dari masa anak kedua sekolah tadika di PJ. Dia pernah datang rumah kita orang kat KB nak tanya advice kalau buka klinik dentist macam mana.

Masa datang TMC as social visit, klinik dentist dia dah pun berjaya, Alhamdulillah in my opinion dalam masa yang singkat juga. Since saya pun kerja private, nak share rahsia kejayaan dia yang saya akan tulis dalam post lain sebab hari ni tak sempat.

Maid kami memang every two years akan balik holiday untuk sebulan. So sebelum dia nak cuti tu saya ingatkan saya dan suami akan cuti bergilir-gilir untuk jaga anak kat rumah. Tapi keadaan kerja saya dan suami kurang mengizinkan jadi saya ambil keputusan cari pembantu rumah sementara.

Idea datang dari Dr Nasiha Sakina. Dia buat post dalam group "kerja kosong Kota Bharu". Saya pun nak join group tersebut, ada vetting proses tau, jangan main-main. But for me this is a good sign. Quality control so insya Allah ada yang pantau.

Minggu sebelum maid nak balik Alhamdulillah saya diterima masuk group dan post mencari maid ada sambutan. Saya pun terus contact orang yang pertama sekali respond. Ajak interview di TMC. Lepas tu bila naluri hati kata ok, bawa ke rumah untuk tagging bersama maid. Maid pun kata nampak ok.

Lepas tu next day yang dia sepatutnya mula dia nak pergi rumah majikan lama ambil barang dulu. Saya pun rasa tak sedap hati. Ok je dia nak pegi rumah majikan lama, takde issue, cuma terfikir, kalau lah tetiba part time helper ni sakit ke, cancel ke, tak datang ke, susah juga.

So saya pun tengok post tersebut dan interview candidate kedua. Sama, jumpa di office dahulu kemudian kalau ok baru bawa balik rumah dan maid tolong train. Yang helper kedua pula ada satu hari dia tak dapat datang pagi maka saya minta helper pertama ambil shift pagi dan helper kedua shift petang.

Alhamdulillah untuk dua minggu, semua berjalan lancar.

Maid kedua jatuh sakit lepas seminggu, maka weekend kedua, maid kedua pula yang datang.

Terima kasih kepada helpers. Masa mula-mula buat la agreement dalam whatsapp tentang masa bekerja dan bayaran.

Mereka minta gaji setiap minggu, ok lah.

Apa pun alhamdulillah dan kalau orang lain nak cuba cara begini pun insya Allah saya rasa saya berani rekomen.