Wednesday, March 30, 2016

Tips Mencari Calon Suami

Ok lah, memandangkan sehari dua ni hot pasal isu kawin, mas kawin, hantaran dan sebagainya, saya pun terpanggil la nak share sikit tips mencari calon suami, memandangkan Alhamdulillah dah kawin hampir 16 tahun, boleh la kot nak bagi nasihat untuk adik2 di luar sana.

  • Tip no1, cari lah calon suami yang beragama.

Yang beragama ni macam mana? (bukan setakat tulis di IC agama Islam, bukan sekadar label tapi agama tu dalam hati, dan bagaimana kita menilai sebagai orang luar adalah bagaimana agama itu dipraktikkan oleh individu tersebut. Bak kata mat salleh, actions speak louder than words)

Yang solat, yang puasa, yang hormat wanita, yang menepati janji, yang bercakap benar. 

Ok tak? Susah ke nak cari lelaki macam ni zaman sekarang? 

Yang dah ada anak lelaki macam saya, jom kita didik anak kita supaya bila dewasa jadi lelaki macam ni.

  • Tip no2, cari lah calon suami yang matang. 

Kawin ni bukan main2. Especially untuk lelaki. 

Tanggungjawab nak bagi makan minum, tempat tinggal kat anak orang ni. 

Nanti dah beranak pinak, nak kena bagi makan anak & bini. 

Tak kira la isteri kerja ke, tak kerja ke, loaded ke, tak loaded ke, tanggungjawab suami tetap tanggungjawab suami.

  • Tip no3, cari lah calon lelaki yang ada matlamat dalam hidup. 
Tanya lah bakal calon, apa matlamat hidup dia, nak kerja apa atau bisnes apa, nak ada rumah yang macam mana, kereta yang macam mana, anak nak berapa ramai dan sebagainya.

Jangan risau, asalkan niat betul, dengan berkat usaha dan doa, insya Allah berjaya.

Sekian saja perkongsian hari ini.

Ni ada artikel menarik dalam bahasa Inggeris tentang cari calon sesuai.

Tuesday, March 29, 2016

Tips Memanah dan Bersukan

Hari ni saya nak tulis tentang memanah sebab petang tadi baru je dapat memanah lepas balik dari cuti Perth.

Seronok sangat akhirnya dapat beli set memanah dan boleh pergi memanah hampir setiap hari.

Saya tulis blog post ni ada beberapa sebab:

1) Nak galakkan semua orang bersukan
2) Nak promote sukan memanah
3) Suka menulis dan bercerita
4) Menghidupkan sunnah nabi SAW

Kali pertama cuba bow & arrow yang dibeli sebelum cuti di Perth

Masa kerja di BP Healthcare dulu, majoriti pesakit yang datang nak dapatkan nasihat macam mana nak elakkan sakit, atau gaya hidup sihat. Saya selalu nasihatkan pesakit, "kena exercise". Bila saya cakap macam ni, ada yang ketawa, ada yang air muka berubah, dan macam2 respons lagi. Alasan yang paling banyak saya terima "Takde masa la nak exercise. Saya kerja dari 5 pagi sampai 12malam, mana sempat". Begitu lah, lebih kurang.

Ya, saya faham. Saya pun pernah kerja yang teramat sibuk sampai hampir 70 jam seminggu. Bangun pagi, pegi kerja, lepas gelap baru balik, balik rumah, makan, mandi, tidur, sebab dah terlalu letih. Kalau oncall, kerja dari pagi sampai petang, sambung kerja sampai malam, sambung sampai esok pagi, orang lain datang kerja kita pun sambung kerja sampai petang, lepas tu baru balik rumah. Saya pun sibuk juga. Tapi kita mesti cari masa dan luangkan masa untuk senaman.

Tip no1: Pilih kerjaya yang memberikan masa dan peluang untuk bersenam.

Kelas memanah pertama di Damansara March 2013. Panjang intro nya, siap tunjuk jenis2 bow yang berlainan.

Untuk doktor, secara am, mungkin beberapa tahun masa mula kerja tu teruk sikit, tapi bila dah sampai takat specialist atau doktor pakar, sepatutnya kesibukan tu kurang sikit sebab dah ada 'pekerja' atau team yang tolong buat kerja2 untuk kita.

Ataupun boleh ikut langkah saya dan ramai doktor wanita yang lain, pilih bidang atau kerja yang memberi 'work-life' balance, supaya ada kelapangan untuk bersama anak2, dan juga untuk bersenam.

Tip no2: Pilih sukan atau senaman yang (kita rasa) seronok

Kawan2 baru masa kelas pertama memanah. 

Tips untuk mudah bersenam? Pilihlah senaman yang kita suka dan seronok nak buat, kalau boleh nak buat tiap2 hari. Macam2 dah pernah saya cuba termasuk swimming, belly dance aerobics, taewondo-boxing, dan sebagainya.

Yang kekal sampai hari ini ialah: berlari atau jogging untuk senaman kardio (atau senaman aerobik) dan angkat berat, canoeing/kayaking atau memanah. Sebenarnya angkat berat tak minat sangat tapi buat untuk kuatkan muscle. Canoeing pula suka tapi tempat kat sini tak ada yang dekat.


Tumpang main di sini sebab tengok macam tak ramai orang. Rupa2 nya dua orang pemanah ni professional, wakil negara. Hebat!
Tip no3: Cari tempat kita boleh belajar atau bersukan, kalau boleh, biarlah dekat dengan rumah

Saya memang dah lama minat sukan memanah ni, sejak anak sulung saya darjah satu (dah hampir 6 tahun yang lalu) dan dia yang mintak nak main. Masa tu tinggal di Petaling Jaya, di sana, sukan memanah ni tak sepopular di Kota Bharu. Susah juga nak cari. Akhirnya, jumpa seorang cikgu memanah di Damansara. Kena drive pegi tempat tu, kelas pula hanya untuk kanak2, waktu sekolah, jadi anak2 saya tak dapat ikut. Saya yang try dulu kelasnya. RM90 kena bank-in dulu, datang, dia sediakan semua alat. Kelasnya lebih kurang 2jam, pelbagai acara. Kena cari orang dan cukupkan orang, kalau tak cukup, kelas dibatalkan dan wang dipulangkan. Saya guna facebook untuk cari orang, nasib baik cukup.

Masa tu 7 Mac 2014, sehari sebelum MH370 hilang. Mula2 cikgu perkenalkan alat, dan betapa merbahayanya aktiviti memanah ni. Boleh menyebabkan kematian kalau tak berhati2.

Kedai peralatan memanah di Masjid Kubang Kerian
Tip no4: Practice makes perfect. Luangkan masa untuk memanah sekerap mungkin.

Kemudian kami pun memanahlah. Saya pertama kali cuba memang semua tak kena. Sedih juga. Acara yang last sekali barulah mengena setelah banyak kali cuba dengan bermacam2 stail. Pelajarnya ramai, nisbah cikgu kepada pelajar agak tinggi jadi tak adalah one to one coaching.

Walaupun begitu. saya sangat teruja dan berhasrat nak cuba belajar lagi. Memanglah kali pertama 'disaster', normal la tu.

Alhamdulillah di Kota Bharu ni banyak tempat untuk belajar memanah. Nak beli alat pun senang.

Di masjid Kubang Kerian boleh walk-in saja, hari Ahad, Selasa dan Khamis petang, lepas solat asar sampai nak masuk waktu maghrib, memang ada kelas memanah. Di sini very informal. Starters atau orang yang baru nak belajar boleh start terus. Kalau tak silap poster kata 7 kali panah, RM5 tapi mereka tak berapa strict. Selalunya dia bagi main je, lepas dah puas tu bayar la seikhlas mungkin.

Kelas memanah di Masjid Kubang Kerian ni sesuai kalau nak cuba2 atau main suka2.

Hari ni pula (Selasa) kami pergi jalan2 di kampus USM dan nampak ada dua group memanah. Kami join group yang nampak macam tak ramai orang (ada 3 orang yang sedang memanah dan seorang guru). Setelah sembang2 dengan guru memanah tu baru tau, rupa2 nya group lagi satu tu pelajar USM.

Saya perhatikan sahaja cara cikgu memanah mengajar anak murid dia. Seorang budak ni lebih kurang baya anak saya. Kat sini, lain sikit. Pemanah mengambil masa yang agak lama (beberapa saat) untuk tembak.

Menurut Cikgu memanah di USM, umur 13 tahun ni sangat sesuai untuk mula belajar sukan ni. Minat dan personaliti juga penting dalam menentukan kesesuaian dan keserasian dengan sukan memanah.

Rupa2 nya budak kecil tu baru belajar. Yang lagi dua orang tu memang pro. Seorang wakil negara dan seorang lagi wakil Sukan Sea. Wah! Hebat! Boleh la tumpang belajar.

Menurut cikgu ni pula, kalau yang di masjid tu, cara memanah lebih kepada untuk 'hunting' atau memburu binatang, jadi dia lebih menggunakan 'instinct' dan tak perlu terlalu fokus kepada teknik. Cara ni adalah sesuai dan ok kalau nak memanah saja2 atau untuk suka2.

Sukan memanah ni bergantung pada minat, mungkin ada persamaan dengan golf, kena ada kesabaran dan ambik masa bukan macam sukan yang lain, banyak adrenaline.


Kalau niat untuk 'compete', sangat bergantung kepada 'accuracy' dan teknik hendaklah tepat. Alat dia pun harga beribu2.

Pada pendapat cikgu tu, lagi baik belajar cara yang betul dari belajar cara yang salah kemudian nak 'unlearn' atau 'relearn' tu lagi susah. Betul juga, walaupun saya hanya beberapa kali cuba memanah, ini memang betul untuk ilmu2 yang lain.

Hari Khamis pukul 5.30petang kelas memanah terbuka kepada semua termasuk orang luar. Jom, sesiapa yang nak cuba.

Sampai sini dulu, selamat memanah semua!


Selepas beberapa kali belajar dan berlatih, akhirnya dapat bulls eye! Seronok tak terkata.

PS: Nak jadi jutawan pun kena rajin exercise, baca artikel ni.

Sunday, March 27, 2016

Tips Untuk Pesakit Darah Tinggi

"Kenapa berhenti makan ubat?" saya tanya, nada bersahaja. Nak tau juga, terlupa ke, tak sengaja ke, sengaja ke, ada masalah ke, terlupa nak ambik ubat ke...banyak je sebab kenapa pesakit tiba2 berhenti ambik ubat yang doktor suruh ambik.

Setiap kali mengajar pelajar perubatan pun saya akan tekankan aspek ni, tak cukup untuk kita cakap "patient not compliant". Apakah sebabnya. Kalau tau sebab, baru kita boleh perbaiki keadaan.

"Sebab saya rasa ok dah masa tu".

Ya, walaupun saya takde darah tinggi (dan insya Allah minta dijauhkan sampai bila2), masa tu memang rasa la darah saya menyirap.

Gambar di salah sebuah klinik di Petaling Jaya. Saya pernah bekerja sebagai doktor locum di situ tak lama dahulu. Saya syorkan semua yang berumur 40 tahun ke atas pegi check tekanan darah di klinik.


"Encik, penyakit darah tinggi ni, memang selalunya kita tak rasa apa2. Kalau dah rasa sakit, tu tanda darah tinggi tu dah serius".

Saya tengok kat nombor menunggu di dinding. Ramai lagi patient kat luar tu.

Masa ni saya tolong cover klinik seorang rakan. Ya, saya bukan pakar family medicine. Bidang saya lain. Tapi sakit darah tinggi antara penyakit yang lazim saya rawati. Tapi kalau bidang saya, ada kalanya dah 'terlambat'. Pesakit dah kena sakit jantung, dah kena strok, dah lumpuh, dah tak boleh jalan, pegi bilik air pun kena pimpin, buah pinggang dah rosak, dan sebagainya. Ya, dengar memang menakutkan.

So macam mana ni, pesakit ramai lagi kat luar tu, ada budak kecil dan baby menangis, Yang dewasa tu tunggu je la. Saya kena buat keputusan, sama ada nak berleter atau tak.

Pesakit yang duduk depan saya ni muda lagi. Kalau tak silap umur dalam 40 tahun, lebih kurang umur saya. 

Tu yang membuatkan saya ambik keputusan untuk berleter/bagi lecture sikit.

Kalau nak senang, memang saya akan cakap "Ambik je ubat ni sampai bila2". 

"Next!" dan tekan butang panggil pesakit seterusnya. 

Saya pernah kerja di klinik yang sangat sibuk sampai tengok pesakit 2-3 minit seorang pun, masih 5-10 menunggu di luar.

Walaupun kalau ikut qualifications, saya hospital doktor, tapi saya minat juga nak cuba kerja di klinik. Kalau lah seronok jadi doktor perubatan keluarga, boleh je sambung belajar lagi di bidang tu. Lagi satu, saya tengah cari kerja part-time atau yang fleksibel supaya dapat menghabiskan lebih masa bersama anak2 yang sangat cepat membesar. Masa tu juga, saya tengah nak habiskan dissertation untuk MBA yang mana research saya tentang business klinik swasta di Malaysia. Jadi, banyak sebab kenapa saya pernah bekerja di klinik tak lama dulu, dari Julai/Ogos 2013-April 2015. 

Bila difikirkan balik, banyak pengalaman dan pengajaran yang saya dapat, bukan sahaja  asas untuk dissertasi MBA. MBA saya akhirnya lulus akhir 2014, dan grad Mei 2015.

Saya pilih untuk berleter kepada pesakit tu kerana dia masih muda. Kalau dia jaga kesihatan, jaga pemakanan dan bersenam, makan ubat dan pantau/datang untuk check up seperti yang dinasihatkan, insya Allah boleh elak semua komplikasi darah tinggi yang ada sebut di atas. 

"Encik ni beruntung sebab dapat tau ada darah tinggi. Memang darah tinggi ni tak rasa sakit, cuma bila terlalu tinggi ada yang rasa pening kepala, penglihatan jadi kabur, rasa tak sihat". Antara simptom darah tinggi, ada banyak yang lain tapi ni antara yang paling penting, 

"Dan darah tinggi ni penyakit seumur hidup".

Pesakit tu ada juga nampak macam terkejut. Mungkin pertama kali dia dengar benda ni ataupun mungkin dia dah lupa. Saya yakin doktor yang merawatnya sebelum ni mesti dah bagi sedikit sebanyak maklumat.

Saya pun check blood pressure dia. Memanglah tinggi, dah tak makan ubat. Hardly suprising.

Saya pun ambil masa beberapa minit menceritakan kepada pesakit tu, tentang apa yang besar kemungkinan akan jadi kalau dia tak ikut nasihat doktor.  

Saya pun kerja di situ beberapa hari je, tak dapat follow up pesakit tersebut. Tapi saya harapla, dengan mengambil sedikit masa menceritakan apa sebenarnya darah tinggi, kenapa penting ambik ubat, kalau ubat tak serasi boleh cuba ubat yang lain, kena jaga pemakanan dan senaman, pesakit ni takkan jadi pesakit di hospital di masa hadapan.

Lepas habis tulis post ni, saya pun nak letak label. Saya pun google darah tinggi. Terkejutnya saya bila tengok link yang keluar hampir semuanya menjual vitamin ataupun air alkali yang katanya boleh mengubati penyakit darah tinggi. Ya Allah, lindungilah umat Islam di Malaysia dari penipuan. Marah & geram memang tak terkata.

Takpe, lepas ni saya akan tulis dengan lebih lanjut mengenai darah tinggi. Buat masa ni saya bagi link Mayo Clinic tentang penyakit darah tinggi atau hypertension dalam bahasa inggeris.

Mungkin ada yang bertanya, siapakah penulis blog ini, apakah bidang kepakaran dia, saya kongsi bisnes kad tempat kerja saya tahun lepas.


Saturday, March 26, 2016

Tips MRCP (Ireland) Part 2 Clinical

Baru-baru ni ada seorang rakan FB mesej minta tolong. Kawan dia nak ambik exam MRCP part 2 clinical, bahagian exam yang terakhir MRCP (the last part) di Ireland, so dia nak buat attachment kat mana2 hospital di sana, dan tanya sama ada saya kenal sesiapa yang masih kerja di sana.

Ada lah yang kenal, tapi tak seramai dulu. Yang masih duduk di Ireland ada yang medical specialty dan ada yang bekerja di bahagian kepakaran yang lain. So saya pun teringat seorang senior dulu yang bidang kepakarannya oncology. Boleh la mintak tolong.

Dia pun kebetulan kenal orang yang sama dan terus mesej minta nasihat.
Ini tips yang dia kasi:

Baik dia tanya terus ngan hospital admin Cari specific hospital yg dia nak gi in Dublin ni And kena ada letter from the hospital yg dia keje sekarang and ask about visa Boleh je la nak bagi my contact number

Tapi terus terang berdasarkan pengalaman, attachment hospital mungkin ada kelebihan untuk local grad, atau doctor yang grad di Malaysia dan tak pernah kerja di Ireland. Sebab keadaan di sana berbeza juga dari segi bahasa (walaupun berbahasa Inggeris, ada slanga yang unik untuk orang Ireland dan ini pun berbeza jika kita keluar dari Dublin ke Galway atau Cork contohnya), cara berinteraksi bersama pesakit (di Ireland bedside manners mereka berbeza dengan apa yang dipraktikkan di Malaysia, doktor lebih prihatin dan lemah-lembut dengan pesakit - pada pendapat saya), dan cara berinteraksi bersama examiner, selain pathology yang ada perbezaan sedikit, dan lebih kepada perbezaan differential diagnosis list (contohnya, sebab/differential diagnosis jaundice di Malaysia mungkin berlainan sedikit dengan sebab jaundice di Ireland).

Tetapi, saya rasa attachment sahaja tidak berapa membantu untuk pass exam MRCP part 2 clinical.

Ini berdasarkan pengalaman saya.

Bagi mereka yang membaca post ni dan bukan doktor, MRCP ni Membership of Royal College of Physicians, post graduate exam untuk perubatan yang recognised/diiktiraf di Malaysia sebagai 'specialist' exam. So sapa2 yang dah lulus exam ni (dan ada syarat tambahan kena buat 18 bulan gazettement lepas lulus) dah jadi pakar perubatan yang diiktiraf kerajaan Malaysia. Lain sikit dengan sistem di Ireland/UK. Lepas habis MRCP kena jadi specialist registrar untuk 4-5 tahun, tapi ni termasuk subspecialisation.

Kalau nak baca lebih mengenai boleh klik di MRCP Ireland dan MRCP UK.

MRCPI (MRCP Ireland) ada 3 bahagian:
Part 1
Part 2 Written/Bertulis
Part 2 Clinical

MRCP Part 1 exam MCQ, Ujian bertulis sahaja. Bukan saya kata senang. Banyak kali juga saya ambil dan fail exam ni, ada dalam 4-5 kali. Sebabnya, tak cukup masa untuk study sebab dah bekerja dan ada baby (masa tu anak pertama). Saya mula attempt Part 1 MRCP masa cukup syarat, lepas 18 bulan bekerja (termasuk housemanship), akhir 2003. Masa tu juga saya melahirkan anak yang pertama. Saya lulus part 1 sebelum melahirkan anak yang kedua, akhir 2004/awal 2005.

Setiap exam (part 1, part 2w, part 2c) diadakan 3 kali setahun. Lepas result keluar, kalau pass boleh terus apply next part. Kalau fail, boleh terus apply untuk ambik next exam (macam resit tapi sama je, ambik exam lagi sekali dengan orang lain dan orang yang tak pass dan kena ambik sekali lagi).

Kesemua part 1, 2w dan 2c mempunyai passing rate 33%, satu dari 3 orang yang ambik sahaja akan pass jadi failure tu bukan la abnormal. Ramai yang fail dari yang pass. Ada juga kawan2 yang pass kali pertama ambik exam tapi tak ramai. Majoriti ambil lebih dari sekali.

Untuk part 1 saya study guna buku yang direkomen oleh kawan yang pass dan ada juga subscribe onexamination, buat soalan MCQ online. Pernah fail satu markah dan kurang satu markah dari passing mark tapi redha dan teruskan perjuangan. Alhamdulillah akhirnya pass. Saya ingat lagi ada bawa pump susu sebab nak pump masa nak exam. Biasa lah tu.

Masa kami di Ireland, budaya di sana berbeza sedikit dengan di Malaysia, mungkin kerana ada training grant sebanyak Euro1800 setahun (atau enam bulan, saya pun tak berapa pasti sebab dah lama). Menggunakan training grant tu, setiap doktor (yang bekerja di 'a recognised training post') boleh claim balik yuran peperiksaan dan certain associated expenses macam tiket penerbangan, dan kursus persediaan, buku, alatan yang berkaitan dengan persediaan menghadapi exam (post graduate yang 'recognised' dalam list yang diberi). Maka majoriti doktor memang akan attempt exam, bersedia atau tak tu soal lain. Cuba dulu, perbaiki kemudian. Lagi satu kelebihan ambik exam, dapat cuti study. Semua doktors in training cuti 3 minggu setiap 6 bulan, kalau ambik exam dapat lagi 2 minggu study leave so total 5 minggu cuti untuk 6 bulan atau 10 minggu cuti setahun. Cuma masalahnya kalau dah ramai nak exam mungkin susah nak dapat cuti masa yang ideal untuk study - masa dekat peperiksaan so kena la rebut/negotiate dengan team/kawan2.

Kat Malaysia, MRCP ni dipanggil alternative pathway sebab semua kena tanggung sendiri. Di Malaysia, kalau nak jadi specialist kena ikut program MMED atau masters program mengikut kepakaran yang diminati. Kelebihan MRCP berbanding MMED, MRCP diiktiraf diseluruh dunia, MMED hanya di Malaysia, MRCP hanya 1.5 tahun (kalau tak fail) campur gazettement, total 3 tahun, MMED 4 tahun, MRCP takde dissertation (kebanyakkan clinician yang suka practice kurang minat untuk melakukan research, apa lagi dissertation untuk masters). Begitu lah lebih kurang. Kalau MMED, masters ditanggung oleh Universiti dan ada bond lepas tu. Kerja sambil belajar, dapat elaun dan gaji. Kalau alternative pathway memang kena ambik cuti untuk exam dan cuti untuk pergi kursus dan sebagainya.

Part 2 pula ujian bertulis juga tetapi bukan MCQ, semua jawapan kena tulis/isi tempat kosong. Format dia berbeza untuk bahagian yang berlainan, dan exam ni lebih clinically oriented berbanding part 1 yang menguji lebih kepada basic sciences. Part 2 written ada soalan berdasarkan pesakit, yang saya ingat lagi sampai sekarang, soalan tentang pesakit yang ada gout, tapi diagnosis tidak diberi, dia hanya describe lesion di jari dan kalau pecah keluar 'white coloured tooth paste like material' dan soalan2 seterusnya mengenai gout management. So kalau initial diagnosis salah, jawapan seterusnya pun akan salah juga.

Alhamdulilllah saya lulus part 2 written pada kali pertama. Persiapan untuk part 2 written saya suka buku Sanjay Sharma dan juga pergi ke kursus persediaan Sanjay Sharma untuk part 2 written. Hebat sungguh doktor dari UK ni mengajar.

Part 2 Clinical pula lagi satu kisah yang panjang dan memeritkan untuk saya. Pada mulanya saya sendiri tak faham kenapa saya fail. Saya pernah dua kali pulang ke Malaysia untuk ambik exam ni di Hospital Kuala Lumpur. Lepas pass part 2 written, maksimum boleh attempt part 2 clinical hanya enam kali. Kalau tak pass juga lepas enam kali, kena ambik part 2 written lagi sekali (kira dah expire).

Percubaan ke-empat part 2 clinical saya di HKL (exam kedua disitu, ada juga dua kali saya ambik di Ireland, di tempat2 yang berbeza disana). Masa tu kami dah balik Malaysia for good. Exam di KL biasanya September dan saya ingat lagi September 2006 tu, betapa saya menangis sepuas2nya lepas dapat tahu yang saya fail. Masa tu saya hanya tinggal 2 lagi peluang memcuba, dan kena kembali ke Ireland untuk ambik exam sebab kalau tunggu next exam di Malaysia, memang tak sempat. (Di Malaysia exam ni hanya sekali setahun, di Ireland lebih kerap, 3 kali setahun).

Lepas diskus dengan suami, kami ambil keputusan buat juga exam ni sebab sayang, tinggal last part sahaja. Kali ni, saya terpaksa terbang semula ke Ireland dan ambik exam semua guna duit sendiri, sebab dah balik Malaysia, takde yang ditanggung kerajaan Ireland dah.

Nasib baik suami masih ada duit di Ireland dalam Euro. Saya punya account semua dah tutup sebab malas nak involve dengan riba since kami pun dah balik Malaysia dan tak perlu lagi berurusan dengan bank disana.

Duit satu hal, lagi satu saya terpaksa meninggalkan anak2 yang masih kecil di Malaysia bersama keluarga suami di Perak. Suami dah mula kerja di Kelantan. Dia sangat sibuk jadi anak2 kami hantar rumah mak dia selama sebulan. Yang kecil masa tu setahun setengah dan masih menyusu. Lepas balik dari exam susu pun dah kering so tak dapatla habiskan dua tahun. Takpe, pengorbanan ibu sebagai doktor.

Alhamdulillah saya dapat tempat tinggal 'percuma' selama sebulan duduk UK & Ireland, Arwah Ayah yang masa tu masih hidup, bagi keahlian Berjaya Vacation Club kepada kami dan masa tu ada lagi hotelnya di London. Saya gunakan masa menghadiri kursus MRCP part 2 Clinical oleh PASTEST. Empat atau lima kali saya ambik exam part 2 clinical, semuanya fail kecuali kali terakhir, yang membezakannya pada pendapat saya ialah, kali terakhir tu, saya menghadiri sampai 3 kursus persediaan, PASTEST, Hammersmith dan yang di Manchester. PASTEST saya ambil yang 4 hari, Hammersmith dan Manchester memang kursus 2 hari setiap satu.

Nak baca lebih pasal kursus PASTEST untuk part 2 clinical boleh klik sini.

Memang mahal kursus nya, dan saya tak pegi dulu sebab masa duduk Ireland, tak nak tinggalkan anak2 untuk pegi UK untuk ambik kursus ni. Agak ironic kerana akhirnya saya datang dari Malaysia, meninggalkan anak2 untuk sebulan, supaya boleh ambil kursus-kursus ni dan terus ambik exam. Memang jarak kursus dengan exam hanya selang 3-4minggu supaya candidates dapat optimal revision and feedback. Kalau jarak terlalu lama dah lupa apa yang belajar, kalau terlalu dekat, tak sempat nak practice.

Masa kursus2 ni, memang dia sediakan ramai pesakit yang similar dan seakan-akan pesakit yang dipilih untuk exam sebenar. Berbaloi dengan yuran yang dibayar.

Pesakit2 ni pesakit 'professional', mereka dah biasa terlibat dalam kursus ni dan dalam peperiksaan perubatan, jadi mereka tahu apa yang dicari oleh exam candidates dan memang mereka akan sengaja cuba menyembunyikan apa yang perlu kita cari. Bukan nak menyusahkan, tapi nak latih supaya kita akan cari physical signs tu dan bukan menjumpainya secara tak sengaja (just lucky). Dan kita akan dilatih bertubi-tubi dari 9pagi hingga 5petang berjumpa pelbagai jenis pesakit dan penyakit dalam keadaan exam simulation, seolah-olah kita sedang menghadapi peperiksaan masa tu.

Cuma bezanya, kita boleh lihat performance rakan2 kita yang lain, dan itu boleh jadi kayu pengukur sama ada kita dah 'competent' atau memerlukan lebih latihan. For me, it was a confidence builder sebab saya dah habiskan banyak masa mempelajari teori dan ini cuma masa untuk mempraktikkannya, tapi tak semudah itu kerana exam MRCP ni, expectation lain sikit dari kerja seharian.

Sebab tu saya sangat menggalakkan sesiapa yang akan ambik exam part 2 clinical MRCP, invest sikit lagi dan pegi lah salah satu kursus persediaan yang ada. Kalau mampu, pegi lah lebih dari satu kursus. Kalau bajet cuma cukup satu kursus, saya rekomen PASTEST 4 hari. Kalau exam di Ireland/UK, pegi join kursus di sana. Kat Malaysia pun ada kursus persediaan MRCP, mungkin lebih sesuai untuk exam di sini.

Saya ada kawan yang fail exam di UK, lepas tu pass exam di Malaysia. Dia memang trained in Malaysia. Saya pula trained in Ireland, fail exam di Malaysia dan akhirnya pass exam di Ireland. Jadi, ada kelebihan ambik clinical exam ni di negara yang kita dilatih.

Trick untuk MRCP part 2 clinical yang diajar masa kursus2 ni ialah untuk 'make the link' antara all the signs and the diagnosis. Contohnya, masuk je bilik yang digelapkan kita dah tau ni station funduscopy dan kebanyakkan kes adalah diabetes & hypertension. Ada juga kes lain seperti optic atrophy dan hyperpigmentation (retinitis pigmentosa) tapi rare atau jarang.

Kesimpulannya, dalam masa tak sampai 5 saat dan tanpa menyentuh atau berkata apa2 dengan pesakit, kita dah tau diagnosis. Sebelum pegang funduscope kita dah tau apa yang kita cari. Macam tu lah kita kena confident dengan clinical skills dan clinical acumen kita sendiri. Bila dah sampai tahap tu, guarantee pass insya Allah.

Lagi satu contoh yang saya suka, ni berlaku pada kawan, dia examine patient yang ada all the signs of chronic liver disease. Masa tolong patient tu buka baju, dia perasan shoulder patient tu ada arthritis. Maka diagnosisnya haemochromatosis, bronze diabetes.

Senang bukan? Tak senang, sebab tu namanya MRCP......

Alhamdullillah. Menitis air mata gembira lihat nombor keluar di skrin komputer masa lulus. Tak dapat pegi graduation sebab jauh maka dia orang pos je scroll ke rumah. 

Cukuplah perkongsian setakat ini. Harap tips ni berguna untuk semua. Sesiapa ada apa2 soalan boleh komen di bawah, tetapi paling mudah adalah dengan mesej di FB saya.

I decided to add this post here by a colleague Dr Syikin, additional notes on MRCP (with permission)

Syikin YunusMarch 24 at 7:33amOn the question whether it is feasible to do Part 1 (of alternative pathways eg MRCP/MRCS/MRCOG etc) while waiting for housemanship placement,
this is what I answered:
From my personal experience & others' experiences,
I would NOT recommend sitting for your Part 1 before u have finished at least 1 year of housemanship.
1) Sitting for Part 1 of either MRCP/MRCPCh/MRCOG/MRCS means that you have committed yourself into the field ie Medicine/Paediatric/O&G/Surgery
- Most of med graduates do not have a clear idea of the specialty that they want to commit the rest of their life to.
More than a few housemans who i sat down and interviewed proclaimed they wanted to do a certain field But was shocked when i told them about the nature of work in that field
e.g a houseman said he wants to be a cardiothoracic surgeon but didnt know that he needs to do Master of Surgery first then subspecialise in Cardiothoracic all together a minimum of 8 years (if superbly excellent)
** EDITED:
The example given was based on last year's scenario.
Latest info: certain specialties eg Cardiothoracic and Neurosurgery will not require Master of Surgery first however will still require some period of training in General Surgery.
(thank you for those who corrected me)
- in order for you to have a clear idea- you need to experience the posting/specialty as a working person: attachment during med student does not count.
- Being in a particular field requires you to be committed to all aspects of the field including the pros & cons
e.g if you want to be in O&G but you hate doing the operations then you must really question yourself "am i suitable for this field ?" cos you are going to spend the next 5 years trying to master the field and it will involve a lot of operations
2) The time spent studying if you were to take Part 1 is better off being spent on polishing basic skills of being a doctor ie spending extra time doing procedures/mastering phlebotomy/learning the multiple basic emergencies and how to handle.
You only have 24 months to be the jack of all trades & to learn the tricks & tips of each posting.
3) Expense
Alternative pathway of exams are not cheap. Period.
Take it from somebody who had spent nearly 20+K for MRCP
4) Once you have completed Part 1 - you will have a certain allocated years/period to complete all 3 parts.
Calculate carefully.
5) Recently the Royal College of Physician and our KKM has discussed and revised certain rulings which will take into effect in near future / some rules have already taken effect:
- you cant be outside that specialty if you already attain Part 1
means no more sitting at Klinik Kesihatan / District Hospital and attain your part 2A/PACES then comes for gazettement.
- you will be required to fill up a logbook during your MOship which will be used to support your part 2A/PACES
- you will be required to do rotations for subspecialities in the field
(more similar to Masters programme with the exception of thesis)
- there are hints that they will also look into journals publications that you have done/research that you are involved in
6) Part 1 is theory, yes.. Anybody who has a good grasp of their basic sciences & able to memorise well/able to do a lot of MCQs can pass.
Granted about that.
But when you have passed your Part 1,
you will be regarded as having a certain level of knowledge & experience.
I would suggest at least a year of experience working as a doctor to "compliment" your Part 1 certificate as it will give you more confidence when you interact with patients & peers.
More than a few occasions whereby I had the chance of working with a person who has Part 1 and the lack of his/her experience/common sense about medical situation is embarrassingly blatant - it can be damaging for you professionally.
P/S: (some eye - opening facts, *EDiTeD : for further details pls ask each specialties/field )
💪Physicians: a lot of hospitals now adopting "stay-in" on calls
Dealing with ill dengues can really make you want to puke. Endless ward rounds, endless number of patients (you get the idea)..
💪 Surgeons have to go through some gruelling ops - some lasted 8-10 hours.
some of my colleagues participated in 12-14 hours op and afterwards still have to do rounds.
💪 Obstetrician have to deal with Maternal Mortality inquiries /stay in on calls /high medicolegal scenes...
💪 Paediatricians have to have a "solid heart" dealing with very ill babies with tubes coming out from everywhere in NICU / they also have to deal with a lot of parental pressures
💪 Orthopedic surgeons have to risk their balls doing a lot of surgeries guided by I/I ( and the lead vests are soo heavy)
💪 Ophthalmologist must be really good in using one eye with a lot of machineries and has to have excellent fine motor skills
💪 Emergency physician must be able to handle stress well & also have strong stamina with all the trauma cases/CPR going on
and the list go on..
😬cheers
LikeShow more reactionsCommentYou, Hana Hadzrami, Feroza Sulaiman and 765 others
401 shares

Thursday, March 24, 2016

Tips Menunaikan Haji 2012

Sudah lama saya ingin berkongsi kisah pengalaman menunaikan haji pada tahun 2012. Sebenarnya, hajat untuk pergi haji dah lama terpendam sebelum tu.

Sepuluh tahun lepas, 2006, saya, suami dan anak-anak (masa tu baru dua orang anak), pulang ke Malaysia selepas lebih 11 tahun di Ireland. Kami pindah dan tinggal di Kota Bharu sebab suami kerja HUSM pada tahun 2007. Tahun tu juga saya register untuk pegi haji dengan Tabung Haji.

Masjid Nabawi, Madinah. Sejuk waktu pagi. Solat subuh mesti kat dalam masjid dan kena pakai seluar extra.

Dah lama arwah Ayah nasihatkan kami pegi haji. Masa tinggal di Dublin, kami ada jalan2 di Eropah bercuti, pergi Paris dan Eurodisney tahun, Italy; jalan ke Rome, Venice, Florence, dan pegi ke Paris buat kali kedua. Masa student, pegi London jumpa kakak saya yang bekerja di sana lepas habis PhD, lepas suami grad, bawa mak dan ayah suami tengok Ireland dan Belfast. Pernah juga pegi Belgium, saya ingat lagi lawat Mannekin Pis, beli coklat dan lace di sana. Pada yang berminat, insya Allah saya akan kongsi pengalaman ni di blog post yang lain.

Memang seronok jalan2 di Eropah sebab masa tinggal di sana, wang gaji pun Irish pound/Euro, tiket penerbangan murah sebab Ryan Air dah muncul, dan tempat semua dekat2. Malang sekali, takde hidayah untuk pegi haji. Masa tu, minda masih fokus kepada sambung belajar selepas habis kerja. Maklumlah, kerja doktor memang tak habis belajar. Sambung dan sambung lagi.

Kami pulang ke Malaysia kerana mengejar cita2 suami untuk menjadi pakar bedah plastik. Dia mendapat tempat di HUSM untuk sambung belajar. Anak2 pun masih kecil, umur 4 tahun & 2 tahun setengah, saya rasa didikan agama untuk anak2 lebih senang dipelajari di Malaysia, jadi kami pulang ke Malaysia tahun 2006. Agak terkejut saya melihat Kota Bharu buat kali pertama. Cerita tu pun menarik dan sesuai untuk blog post yang lain.

Saya pula lulus ujian MRCP (Ireland) part 2 clinical pada Januari 2007. Lagi satu cerita yang akan saya kongsi di post lain insya Allah. So, buat masa tu, kareer kami agak stabil. Saya mula memikirkan untuk pegi haji. Tetapi masih tiada kelapangan sebab suami pula sibuk dengan masters atau MMED plastik surgeri. Saya masa tu lebih fokus kepada belajar tentang perniagaan sambil menjaga anak2 kecil dengan bantuan maid Indon. Kami berdua bukan orang Kelantan dan tak ada extended family support, bukan macam kebanyakkan kawan2 lain di sini yang majoriti orang Kelantan.

Setiap hari sama ada pagi atau petang, ada pengisian dari Ustaz Halim Nasir. Ustaz kata, dah banyak kali bawa jemaah pegi haji, tapi tahun 2012 tu pertama kali dia dapat buat haji ifrad. Rezeki. Alhamdulillah.

Maka hasrat menunaikan haji terpendam sampai tahun 2011. Pada tahun itu, suami berjaya menghabiskan masters plastik surgeri dengan mendapat hadiah pelajar terbaik. Saya pula, lepas suami dah habis belajar, nak sambung buat MBA yang dah lama minat tapi belum kesampaian. Lagi satu cerita untuk blog post yang lain.

Mukaddimah yang agak panjangkan? Ya, sebab saya faham, begitulah keadaan semua orang. Walaupun ramai kawan2 yang 'mampu' dari segi kewangan untuk tunaikan haji, mungkin halangan dari segi kesibukan dengan kehidupan seharian sebab utama masih belum pegi haji.


  • Tip #1 yang paling penting ialah mempunyai niat, dan hasrat atau keinginan yang kuat untuk pegi haji.

Ni gambar yang saya ambik sendiri. Tak dapat nak ungkapkan dalam kata2, perasaan bila dapat tengok Kaabah kali pertama dalam hidup depan mata.

Tahun 2011 juga, adik ipar bersama isterinya, yang dua2 lebih muda dari saya dan suami, pergi menunaikan haji. Itu antara motivasi dan mungkin juga peringatan dari Allah. Terus saya dan suami meletakkan hasrat untuk pegi haji tahun berikutnya, begitu juga abang dan kakak ipar kami yang sama2 menunaikan haji pada 2012. Alhamdullilah.

Masa register haji tahun 2006 dengan Tabung Haji 2006, dapat pegi haji tahun 2016. Saya amat terkejut, wah, sampai sepuluh tahun ke nak tunggu. Saya bayangkan mungkin 5 tahun. Staff kaunter TH tu nampak air muka saya berubah walaupun saya tak cakap apa2. Dia terangkan, kalau 2012 tak dapat lagi, boleh buat surat rayuan.


Saya pula masa awal 2012 tu kerja agak sibuk dengan private company yang sedang expand. Nak dapat cuti untuk pegi haji pun belum tentu boleh dapat. Jadi kami buat keputusan pegi secara pakej dengan travel agent sama seperti adik ipar tahun lepas. Tak buat pun surat rayuan TH.


  • Tip #2 ialah cari kelapangan masa dan kewangan yang mencukupi.

Keadaan kewangan masa tu Alhamdulillah kukuh, sebab tu kami pilih pakej swasta. Masa tu pakej paling murah, 4 orang sebilik dalam RM22k. Kami ambik 2 orang sebilik, suami isteri, RM36k seorang, lebih kurang.

Semasa di Masjidil Haram, saya ada bersembang dengan seorang Makcik. Memang ramai jemaah haji yang pegi yang sudah berumur, samalah macam Makcik ni. Dia pegi dengan TH muassasah. Tak sampai RM10,000 pun kosnya, kalau tak silap saya dalam RM9k seorang.

Makcik tu cerita macam mana dia simpan duit dari kecil lagi nak bagi cukup RM9k tu untuk pegi haji, dan akhirnya dapat pegi tahun 2012. Masa tu barulah saya faham kenapa ramai jemaah haji yang berumur baru nak pegi haji, kerana ramai yang mengambil masa nak cukupkan bekalan kewangan. Kawan2 yang mampu, saya nasihatkan, pegi tanpa guna TH. Saya galakkan ambik pakej supaya kita beri peluang orang lain yang kurang mampu untuk ikut TH muassasah.

Adik ipar pegi tahun sebelumnya takde masalah. Bayar, buat visa, pegi. Tahun 2012 pula timbul isu quota kerana Masjidil Haram tengah renovate dan kerajaan Saudi tak nak terlalu ramai orang. Jadi kami terumbang-ambing, tak tahu dapat pergi ke tak sampai the very last minute. Syarikat yang menguruskan haji pun rugi tahun tu, tapi tuan punya kompeni kata tahun2 sebelum tu memang untung juta2.

Saya pernah dengar cerita orang lain tentang pegi haji ikut pakej. Macam2 cerita ada. Kesimpulan yang saya ambil, kita bersedia je, buat2 macam dapat pegi. Dapat ke tak, lain kira.


  • Tip #3: Persiapan sebelum pergi haji.
Gambar ni saya ambik dalam klinik masa nak vaksin. Saya ambik ketiga2 vaksin walaupun yang wajib hanya satu, vaksin meningitis C.


Kena sediakan:
passport (kena ada 6 months minimum rasanya)
gambar (untuk visa)
pergi kursus (yang ni persiapan paling awal, awal tahun kena tahu kat mana ada kelas dan kena pegi)
kemas beg (beberapa minggu sebelum pegi kami dah mula kemas barang dalam beg besar)
Pegi vaksin (klinik kena bagi buku oren, ni sangat penting, kalau tak buat memang tak boleh pegi)

Dua atau tiga hari sebelum bertolak, barulah kami dapat sms tahniah, anda dijemput sebagai tetamu Allah, jumpa di KLIA 23 Oktober 2012. Masa tu Agong pun dah bertolak dan airport Jeddah pun dah tutup.

Kawan2 kami yang confirm pegi dah sampai ke Tanah Haram dan semua kami minta doakan supaya kami pun dapat ke sana tahun tu.

Barang yang kami bawa:
Baju yang senang nak basuh dan senang nak kering, dan tak perlu gosok.
Bawa pakaian untuk lebih kurang seminggu (tujuh pasang pakaian).
Saya ada beli telekung umrah yang sangat berguna (macam telekung biasa tapi pendek sikit dan bahagian muka memang muat2 je, tak perlu anak tudung
seluar saya beli tapi tak pakai sebab kurang sesuai.
Stokin saya beli stokin umrah yang boleh gulung ke atas masa wudhu tanpa buka, tapi ada lubang sikit di bahagian ibu jari jadi saya rasa guna stokin biasa pun takpe.
Hanger baju memang kena bawa, beli dua jenis, yang biasa dan yang boleh pusing bahagian gantung tu. Setiap hari memang aktiviti basuh baju.
Tisu
Ubat, kami bawa lebih, bawa panadol/ubat demam, antibiotic (augmentin), ubat batuk, vitamin C. Kalau asthma jangan lupa inhaler
Untuk wanita bawa panty liner sebab kat sana susah nak dapat
Suami bawa selipar extra dan memang selipar dia ada hilang sekali. Saya pun bawa satu pasang extra dan memang guna sebab banyak jalan.
Sabun yang tak wangi untuk guna masa ihram, kami beli sabun simple je, dengan krim simple.
Masa ihram kami gosok gigi tanpa ubat gigi.
Makanan bawa kopi 3in1 sebab suami suka, serunding dan mee segera. Mee segera habis.

Makanan kami bawa macam-macam, serunding (sampai lebih dan bawak balik ke Malaysia sebab tak habis), maggi mee, cuma berguna masa hari-hari wukuf dan melontar sebab makanan travel agent ni sedap, so tak perlu nak makan benda-benda lain.

Saya potong rambut pendek supaya senang masa ihram nanti. Saya juga ambil pil perancang supaya dapat menghabiskan haji secepat mungkin dan boleh bertahalul. Saya tak rekomen pada semua, cuma ia memudahkan dan memang masa tu saya mengambil pil untuk merancang dari segi perubatan.

Selesai tawaf ifadah 31hb Oktober 2012, Alhamdulillah. Antara pencapaian yang paling bermakna dalam hidup ini.

  • Tip #4, uruskan anak2, rumah, kerja, bisnes, exam dan sebagainya. 
Jangan risau tentang hal dunia.

Saya sebenarnya meletakkan jawatan kerja saya pada masa tu, ada juga salah satu kaitannya kerana susah nak dapat cuti untuk pegi haji. Bukan saya galakkan orang lain berbuat demikian, tetapi cuma nak tunjuk yang pengorbanan tu kadang2 perlu.

Masa tu juga saya tengah mengikuti kursus MBA, saya minta kelongaran dan exemption dari exam. Alhamdulillah, dapat kebenaran dan lepas balik saya ambik exam dan lulus.

Pada masa tu kebetulan saya dan anak2 tinggal di rumah mak, jadi maklah yang tolong supervise maid Indon jaga anak2 masa kami pergi Haji. Anak2 masa tu darjah 4, darjah dua dan yang bongsu belum tadika lagi. Bagusla takde yang ambik exam macam UPSR/PT3 atau SPM. Pegi balik sekolah pun Pakcik van dah biasa hantar dan ambik. Keadaan takkan perfect tapi banyak perkara yang dipermudahkan insya Allah. Jangan jadikan apa2 alasan kalau syarat dah cukup.

Kursus haji pun banyak kelas yang saya tak dapat pergi. Ada la dua tiga kali pegi Masjid Batu Tiga Shah Alam untuk ikuti kursus haji. Secara amnya, teori haji ni tak susah, tak ada bacaan yang perlu hafal atau specific, cuma, ada ilmu yang kena tahu supaya haji sah, dan yang lainnya lebih berbentuk persiapan mental dan fizikal untuk menghadapi suasana haji dan cabaran-cabarannya.

Bagi saya, tetapkan mindset yang haji ni bukan holiday tapi ibadat. Itu yang paling penting. Kenapa kita tunaikan haji. Yang lain cuma doa banyak2 minta dipermudahkan.


  • Tip #5 pergi kursus haji, baca buku2, internet, dan minta nasihat dari orang yang dah pergi haji. Dapatkan sebanyak maklumat yang boleh.

Ni gambar suami ambik. Di Masjidil Haram ada tempat-tempat khas untuk lelaki dan perempuan solat tapi umumnya campur sebab nak tawaf dan saie. Di Masjid Nabawi memang tak campur langsung.

Kursus haji, ada praktikal yang sangat berguna.



Masa tawaf, ada banyak tips yang orang bagi supaya ingat jumlah pusingan. Boleh baca tasbih atau surah2 berbeza setiap pusingan, ada juga orang bagi alat kiraan macam tasbih yang ada tujuh biji. Suami guna apps jadi check je kat situ.

Mula2 kami niat nak buat haji tamattuk, tapi kebetulan bertolak sehari sebelum hari wukuf, jadi last2 dapat buat haji ifrad. Itu contoh ilmu yang kena ada sebelum pegi haji.

Saya rasa tips paling penting masa di sana ialah menjaga segala percakapan kita, termasuk yang dalam hati. Sebab memang di sana Allah bayar cash. Ada yang bas rosak sampai berjam2 sebab jemaah kata seronoknya dapat naik bas dengan ustaz. Semua cerita2 ni susah nak sampaikan melalui buku atau internet. Sebab tu penting pegi kursus haji.


  • Tip #6: Pergi tunaikan haji secepat mungkin semasa usia muda


Satu sebab kenapa saya rasa sangat perlu tulis post ini kerana setelah pegi haji pada usia muda (masa tu 35 tahun, selalu jemaah lain tegur ingatkan kami pengantin baru...!), saya galakkan semua orang berbuat sama. Dalam group 203 kami, ada juga jemaah yang lebih muda, ada yang belasan tahun, rezeki dia orang dapat sempurnakan rukun Islam pada usia muda. Lagi mudah, tak perlu pikir pasal anak, kerja, dan sebagainya.

Kali pertama tengok buah tamar tumbuh di pohon tamar.

Nak kata ibadat haji ni mudah, tak juga. Pada yang biasa berjalan dan melancong keluar negara. mesti tahu yang bermusafir ni memenatkan dan ada physical dan mental stress. Samalah dengan ibadat haji. Walaupun muda dan pada mulanya sihat, pada malam kedua melontar saya demam dan batuk. Memang kami dah bersedia bawa ubat batuk, ubat demam dan antibiotics dari Malaysia. Saya makan ubat2 dan Alhamdulillah dapat meneruskan melontar. Tetapi, ada jemaah haji lain yang berumur dan sakit yang terpaksa masuk hospital disana. Di sinilah kita lihat kelebihan pegi haji masa muda. Selang dua atau tiga hari lepas tu, suami pula batuk dan demam, dia pun makan buat dan teruskan sahaja.

Masa wukuf di Arafah, bilik air dia kena naik tangga sikit, takdelah tinggi sangat, mungkin dalam 5-10 anak tangga. Untuk yang berbadan sihat cergas memang takde masalah. Tapi saya lihat jemaah yang naik kerusi roda, cabaran dan dugaan besar untuk mereka setiap kali hendak ke tandas sebab kena juga naik tangga tu, tak ada wheel chair access. 

Jadi kawan2, jangan tunggu2 lagi. Yang belum register TH, daftar segera. Yang mampu, boleh guna pakej. Anak2 pun boleh daftarkan untuk haji.
Tahun lepas (2015), anak sulung kami menduduki UPSR, dan seperti yang dijanjikan, kami akan bawa semua anak2 melancong ke luar negara sebagai balasan usaha belajar. Tempat pertama suami bawa mereka ialah untuk menunaikan umrah Disember 2015. Alhamdulillah. Saya tak dapat ikut kerana masalah kerja dan ada bayi kecil, jadi ibu mertua tolong temankan dia orang.


Monday, March 21, 2016

Tips Mendidik Anak

Hari ni saya nak kongsi satu kisah masa saya darjah 2. Saya ingat lagi sampai sekarang. Exam English saya dapat 98%. Memang saya mengaku cuai masa jawab soalan. Soalan jenis gariskan jawapan yang betul dan ada 2 pilihan jawapan.

Masa menjawab tu kebanyakkan jawapan yang betul belah kanan, jadi saya terus gariskan semua kanan dan mungkin nak cepat punya pasal, saya tergariskan "The grass is black" instead of green.

Masa dapat balik kertas jawapan saya pun check dulu mana yang salah. Kecewa juga kalau tak dapat la 100%.

Yang buat saya ingat sampai hari ini ialah, masa bagi kat mak bapak, dan saya telah memaafkan mereka tentang hal ini, cuma nak jadikan pengajaran buat ibu bapa yang lain, sebab baru2 ni exam result dah keluar. Cikgu kelas darjah satu pula buatkan WA group, yang saya rasa memang bermanfaat. Tapi saya tengok parents ada yang komen pasal kesilapan anak2, sedangkan kelas tu kelas terbaik di sekolah BT, jadi students pun mesti dahsyat2. Saya pun bismillah dengan niat yang ikhlas, mengingatkan diri sendiri dan juga ibu bapa yang lain, tolong lah puji yang dah jawab betul 98% tu, jangan hanya fokus kepada yang salah, ok. Mesti seimbang.

Life is all about getting equilibrium.

Seimbang dunia akhirat. Insya Allah.

Website ni ada bagi banyak nasihat untuk membantu anak meningkatkan self-esteem/merasa konfiden: Cara Mengajar Anak Menghargai Diri Sendiri

Saturday, March 19, 2016

Tips Penjagaan Kulit

Baru-baru ni saya berpindah ke Kota Bharu buat kali kedua. Seronok juga sebab nak mula kerja di tempat baru walaupun sebelum ni saya pernah tinggal di KB 2007-2009. Masa tu kerja USM.

Ofis baru dekat dengan Tesco. Kerja pulak part-time, jadi banyak masa nak buat benda lain, jalan2, makan angin, shopping, blog, menulis dan sebagai nya.

Saya memang suka facial, jadi, masa terserempak dengan kedai facial dekat dengan ofis, saya pun try facial di situ. Memang best, murah dan puas hati. Saya pun nak cuba barangan penjagaan kulit, so beli lah satu set yang di rekomen oleh pekerja kat situ.

Balik rumah check, rupa-rupanya takde pun dalam senarai BPFK (biro pengawalan farmaseutikel kebangsaan). Aiyo. Lepas ni nak tanya boleh tak pulangkan. Ada guna sikit krim tapi lepas dapat tau tak tersenarai, tak berani nak sambung guna.

So kawan2, hati-hati ya. Check dulu sebelum beli.



Masa pindah ke KB awal tahun ni (2016) saya stress sikit la. Ye la, tempat baru, kerja baru, anak2 ada yang baru masuk sekolah menengah, nak pilih sekolah, dan sebagainya. Jadi kulit muka agak terabai la masa tu, bertambah dengan stress so ada la jerawat sikit.

Ada student saya sorang ni pulak, kulit dia memang cantik dan licin. Nak tanya in person, segan, jadi saya WA nak tahu brand apa dia pakai. Dia tak pakai specific brand tapi dia bagi tips yang dulu saya memang amalkan dan terabai sikit masa sibuk pindah, jangan lupa makan vitamin C, EPO dan fish oil. 

Sebagai doktor perubatan, saya tahu, kajian menunjukkan yang tak ada benefit ambik supplement kecuali dalam penyakit-penyakit tertentu atau tak cukup dalam diet. Terus terang, memang saya tak cukup makan buah dan ikan masa tu jadi saya pun terus pergi beli dan makan. Alhamdulillah, hampir 2 minggu dah, sekarang kulit saya dah jadi normal macam tu. 

Tips Penjagaan Kulit:

1) Pastikan jenama penjagaan kulit yang dipakai selamat dan disahkan oleh badan yang bertauliah.
2) Kalau diet tak cukup, boleh ambil supplement seperti vitamin C, evening primrose oil dan fish oil
3) Rajin bertanya orang yang kulitnya sihat dan cantik untuk mengetahui rahsia mereka
4) Amalkan