Ada lah yang kenal, tapi tak seramai dulu. Yang masih duduk di Ireland ada yang medical specialty dan ada yang bekerja di bahagian kepakaran yang lain. So saya pun teringat seorang senior dulu yang bidang kepakarannya oncology. Boleh la mintak tolong.
Dia pun kebetulan kenal orang yang sama dan terus mesej minta nasihat.
Ini tips yang dia kasi:
Baik dia tanya terus ngan hospital admin Cari specific hospital yg dia nak gi in Dublin ni And kena ada letter from the hospital yg dia keje sekarang and ask about visa Boleh je la nak bagi my contact number
Tapi terus terang berdasarkan pengalaman, attachment hospital mungkin ada kelebihan untuk local grad, atau doctor yang grad di Malaysia dan tak pernah kerja di Ireland. Sebab keadaan di sana berbeza juga dari segi bahasa (walaupun berbahasa Inggeris, ada slanga yang unik untuk orang Ireland dan ini pun berbeza jika kita keluar dari Dublin ke Galway atau Cork contohnya), cara berinteraksi bersama pesakit (di Ireland bedside manners mereka berbeza dengan apa yang dipraktikkan di Malaysia, doktor lebih prihatin dan lemah-lembut dengan pesakit - pada pendapat saya), dan cara berinteraksi bersama examiner, selain pathology yang ada perbezaan sedikit, dan lebih kepada perbezaan differential diagnosis list (contohnya, sebab/differential diagnosis jaundice di Malaysia mungkin berlainan sedikit dengan sebab jaundice di Ireland).
Tetapi, saya rasa attachment sahaja tidak berapa membantu untuk pass exam MRCP part 2 clinical.
Ini berdasarkan pengalaman saya.
Bagi mereka yang membaca post ni dan bukan doktor, MRCP ni Membership of Royal College of Physicians, post graduate exam untuk perubatan yang recognised/diiktiraf di Malaysia sebagai 'specialist' exam. So sapa2 yang dah lulus exam ni (dan ada syarat tambahan kena buat 18 bulan gazettement lepas lulus) dah jadi pakar perubatan yang diiktiraf kerajaan Malaysia. Lain sikit dengan sistem di Ireland/UK. Lepas habis MRCP kena jadi specialist registrar untuk 4-5 tahun, tapi ni termasuk subspecialisation.
Kalau nak baca lebih mengenai boleh klik di MRCP Ireland dan MRCP UK.
MRCPI (MRCP Ireland) ada 3 bahagian:
Part 1
Part 2 Written/Bertulis
Part 2 Clinical
MRCP Part 1 exam MCQ, Ujian bertulis sahaja. Bukan saya kata senang. Banyak kali juga saya ambil dan fail exam ni, ada dalam 4-5 kali. Sebabnya, tak cukup masa untuk study sebab dah bekerja dan ada baby (masa tu anak pertama). Saya mula attempt Part 1 MRCP masa cukup syarat, lepas 18 bulan bekerja (termasuk housemanship), akhir 2003. Masa tu juga saya melahirkan anak yang pertama. Saya lulus part 1 sebelum melahirkan anak yang kedua, akhir 2004/awal 2005.
Setiap exam (part 1, part 2w, part 2c) diadakan 3 kali setahun. Lepas result keluar, kalau pass boleh terus apply next part. Kalau fail, boleh terus apply untuk ambik next exam (macam resit tapi sama je, ambik exam lagi sekali dengan orang lain dan orang yang tak pass dan kena ambik sekali lagi).
Kesemua part 1, 2w dan 2c mempunyai passing rate 33%, satu dari 3 orang yang ambik sahaja akan pass jadi failure tu bukan la abnormal. Ramai yang fail dari yang pass. Ada juga kawan2 yang pass kali pertama ambik exam tapi tak ramai. Majoriti ambil lebih dari sekali.
Untuk part 1 saya study guna buku yang direkomen oleh kawan yang pass dan ada juga subscribe onexamination, buat soalan MCQ online. Pernah fail satu markah dan kurang satu markah dari passing mark tapi redha dan teruskan perjuangan. Alhamdulillah akhirnya pass. Saya ingat lagi ada bawa pump susu sebab nak pump masa nak exam. Biasa lah tu.
Masa kami di Ireland, budaya di sana berbeza sedikit dengan di Malaysia, mungkin kerana ada training grant sebanyak Euro1800 setahun (atau enam bulan, saya pun tak berapa pasti sebab dah lama). Menggunakan training grant tu, setiap doktor (yang bekerja di 'a recognised training post') boleh claim balik yuran peperiksaan dan certain associated expenses macam tiket penerbangan, dan kursus persediaan, buku, alatan yang berkaitan dengan persediaan menghadapi exam (post graduate yang 'recognised' dalam list yang diberi). Maka majoriti doktor memang akan attempt exam, bersedia atau tak tu soal lain. Cuba dulu, perbaiki kemudian. Lagi satu kelebihan ambik exam, dapat cuti study. Semua doktors in training cuti 3 minggu setiap 6 bulan, kalau ambik exam dapat lagi 2 minggu study leave so total 5 minggu cuti untuk 6 bulan atau 10 minggu cuti setahun. Cuma masalahnya kalau dah ramai nak exam mungkin susah nak dapat cuti masa yang ideal untuk study - masa dekat peperiksaan so kena la rebut/negotiate dengan team/kawan2.
Kat Malaysia, MRCP ni dipanggil alternative pathway sebab semua kena tanggung sendiri. Di Malaysia, kalau nak jadi specialist kena ikut program MMED atau masters program mengikut kepakaran yang diminati. Kelebihan MRCP berbanding MMED, MRCP diiktiraf diseluruh dunia, MMED hanya di Malaysia, MRCP hanya 1.5 tahun (kalau tak fail) campur gazettement, total 3 tahun, MMED 4 tahun, MRCP takde dissertation (kebanyakkan clinician yang suka practice kurang minat untuk melakukan research, apa lagi dissertation untuk masters). Begitu lah lebih kurang. Kalau MMED, masters ditanggung oleh Universiti dan ada bond lepas tu. Kerja sambil belajar, dapat elaun dan gaji. Kalau alternative pathway memang kena ambik cuti untuk exam dan cuti untuk pergi kursus dan sebagainya.
Part 2 pula ujian bertulis juga tetapi bukan MCQ, semua jawapan kena tulis/isi tempat kosong. Format dia berbeza untuk bahagian yang berlainan, dan exam ni lebih clinically oriented berbanding part 1 yang menguji lebih kepada basic sciences. Part 2 written ada soalan berdasarkan pesakit, yang saya ingat lagi sampai sekarang, soalan tentang pesakit yang ada gout, tapi diagnosis tidak diberi, dia hanya describe lesion di jari dan kalau pecah keluar 'white coloured tooth paste like material' dan soalan2 seterusnya mengenai gout management. So kalau initial diagnosis salah, jawapan seterusnya pun akan salah juga.
Alhamdulilllah saya lulus part 2 written pada kali pertama. Persiapan untuk part 2 written saya suka buku Sanjay Sharma dan juga pergi ke kursus persediaan Sanjay Sharma untuk part 2 written. Hebat sungguh doktor dari UK ni mengajar.
Part 2 Clinical pula lagi satu kisah yang panjang dan memeritkan untuk saya. Pada mulanya saya sendiri tak faham kenapa saya fail. Saya pernah dua kali pulang ke Malaysia untuk ambik exam ni di Hospital Kuala Lumpur. Lepas pass part 2 written, maksimum boleh attempt part 2 clinical hanya enam kali. Kalau tak pass juga lepas enam kali, kena ambik part 2 written lagi sekali (kira dah expire).
Percubaan ke-empat part 2 clinical saya di HKL (exam kedua disitu, ada juga dua kali saya ambik di Ireland, di tempat2 yang berbeza disana). Masa tu kami dah balik Malaysia for good. Exam di KL biasanya September dan saya ingat lagi September 2006 tu, betapa saya menangis sepuas2nya lepas dapat tahu yang saya fail. Masa tu saya hanya tinggal 2 lagi peluang memcuba, dan kena kembali ke Ireland untuk ambik exam sebab kalau tunggu next exam di Malaysia, memang tak sempat. (Di Malaysia exam ni hanya sekali setahun, di Ireland lebih kerap, 3 kali setahun).
Lepas diskus dengan suami, kami ambil keputusan buat juga exam ni sebab sayang, tinggal last part sahaja. Kali ni, saya terpaksa terbang semula ke Ireland dan ambik exam semua guna duit sendiri, sebab dah balik Malaysia, takde yang ditanggung kerajaan Ireland dah.
Nasib baik suami masih ada duit di Ireland dalam Euro. Saya punya account semua dah tutup sebab malas nak involve dengan riba since kami pun dah balik Malaysia dan tak perlu lagi berurusan dengan bank disana.
Duit satu hal, lagi satu saya terpaksa meninggalkan anak2 yang masih kecil di Malaysia bersama keluarga suami di Perak. Suami dah mula kerja di Kelantan. Dia sangat sibuk jadi anak2 kami hantar rumah mak dia selama sebulan. Yang kecil masa tu setahun setengah dan masih menyusu. Lepas balik dari exam susu pun dah kering so tak dapatla habiskan dua tahun. Takpe, pengorbanan ibu sebagai doktor.
Alhamdulillah saya dapat tempat tinggal 'percuma' selama sebulan duduk UK & Ireland, Arwah Ayah yang masa tu masih hidup, bagi keahlian Berjaya Vacation Club kepada kami dan masa tu ada lagi hotelnya di London. Saya gunakan masa menghadiri kursus MRCP part 2 Clinical oleh PASTEST. Empat atau lima kali saya ambik exam part 2 clinical, semuanya fail kecuali kali terakhir, yang membezakannya pada pendapat saya ialah, kali terakhir tu, saya menghadiri sampai 3 kursus persediaan, PASTEST, Hammersmith dan yang di Manchester. PASTEST saya ambil yang 4 hari, Hammersmith dan Manchester memang kursus 2 hari setiap satu.
Nak baca lebih pasal kursus PASTEST untuk part 2 clinical boleh klik sini.
Memang mahal kursus nya, dan saya tak pegi dulu sebab masa duduk Ireland, tak nak tinggalkan anak2 untuk pegi UK untuk ambik kursus ni. Agak ironic kerana akhirnya saya datang dari Malaysia, meninggalkan anak2 untuk sebulan, supaya boleh ambil kursus-kursus ni dan terus ambik exam. Memang jarak kursus dengan exam hanya selang 3-4minggu supaya candidates dapat optimal revision and feedback. Kalau jarak terlalu lama dah lupa apa yang belajar, kalau terlalu dekat, tak sempat nak practice.
Masa kursus2 ni, memang dia sediakan ramai pesakit yang similar dan seakan-akan pesakit yang dipilih untuk exam sebenar. Berbaloi dengan yuran yang dibayar.
Pesakit2 ni pesakit 'professional', mereka dah biasa terlibat dalam kursus ni dan dalam peperiksaan perubatan, jadi mereka tahu apa yang dicari oleh exam candidates dan memang mereka akan sengaja cuba menyembunyikan apa yang perlu kita cari. Bukan nak menyusahkan, tapi nak latih supaya kita akan cari physical signs tu dan bukan menjumpainya secara tak sengaja (just lucky). Dan kita akan dilatih bertubi-tubi dari 9pagi hingga 5petang berjumpa pelbagai jenis pesakit dan penyakit dalam keadaan exam simulation, seolah-olah kita sedang menghadapi peperiksaan masa tu.
Cuma bezanya, kita boleh lihat performance rakan2 kita yang lain, dan itu boleh jadi kayu pengukur sama ada kita dah 'competent' atau memerlukan lebih latihan. For me, it was a confidence builder sebab saya dah habiskan banyak masa mempelajari teori dan ini cuma masa untuk mempraktikkannya, tapi tak semudah itu kerana exam MRCP ni, expectation lain sikit dari kerja seharian.
Sebab tu saya sangat menggalakkan sesiapa yang akan ambik exam part 2 clinical MRCP, invest sikit lagi dan pegi lah salah satu kursus persediaan yang ada. Kalau mampu, pegi lah lebih dari satu kursus. Kalau bajet cuma cukup satu kursus, saya rekomen PASTEST 4 hari. Kalau exam di Ireland/UK, pegi join kursus di sana. Kat Malaysia pun ada kursus persediaan MRCP, mungkin lebih sesuai untuk exam di sini.
Saya ada kawan yang fail exam di UK, lepas tu pass exam di Malaysia. Dia memang trained in Malaysia. Saya pula trained in Ireland, fail exam di Malaysia dan akhirnya pass exam di Ireland. Jadi, ada kelebihan ambik clinical exam ni di negara yang kita dilatih.
Trick untuk MRCP part 2 clinical yang diajar masa kursus2 ni ialah untuk 'make the link' antara all the signs and the diagnosis. Contohnya, masuk je bilik yang digelapkan kita dah tau ni station funduscopy dan kebanyakkan kes adalah diabetes & hypertension. Ada juga kes lain seperti optic atrophy dan hyperpigmentation (retinitis pigmentosa) tapi rare atau jarang.
Kesimpulannya, dalam masa tak sampai 5 saat dan tanpa menyentuh atau berkata apa2 dengan pesakit, kita dah tau diagnosis. Sebelum pegang funduscope kita dah tau apa yang kita cari. Macam tu lah kita kena confident dengan clinical skills dan clinical acumen kita sendiri. Bila dah sampai tahap tu, guarantee pass insya Allah.
Lagi satu contoh yang saya suka, ni berlaku pada kawan, dia examine patient yang ada all the signs of chronic liver disease. Masa tolong patient tu buka baju, dia perasan shoulder patient tu ada arthritis. Maka diagnosisnya haemochromatosis, bronze diabetes.
Senang bukan? Tak senang, sebab tu namanya MRCP......
Alhamdullillah. Menitis air mata gembira lihat nombor keluar di skrin komputer masa lulus. Tak dapat pegi graduation sebab jauh maka dia orang pos je scroll ke rumah. |
Cukuplah perkongsian setakat ini. Harap tips ni berguna untuk semua. Sesiapa ada apa2 soalan boleh komen di bawah, tetapi paling mudah adalah dengan mesej di FB saya.
I decided to add this post here by a colleague Dr Syikin, additional notes on MRCP (with permission)
salam
ReplyDeletesy h.o di usm berminat utk sambung pengajian dlm internal medicine
sudah setahun housemanship,sy plan nk sit for mrcp.
cuma sy ade beberape soalan..
apekah perbezaan mrcp uk atau ireland?
sy keseorangan,mampukah sy sit for the mrcp exam?
harap dpt guidance dr dr..
tq so much
hope can keep in touch via FB?
-Emiral
Wsalam wbt. Boleh mesej saya di FB.
DeleteSalam. Dr Mazlyn. Saya Firdaus Z MO medical di Kuala Terengganu. Saya akan attempt MRCPI Part II clinical cuma tak jumpa marking scheme and tak berapa familiar dengan format long case (rakan-rakan semua ambil PACES dan tak jumpa online)
ReplyDeleteHarap dapat share format utk exam. Terima Kasih