Sunday, March 27, 2016

Tips Untuk Pesakit Darah Tinggi

"Kenapa berhenti makan ubat?" saya tanya, nada bersahaja. Nak tau juga, terlupa ke, tak sengaja ke, sengaja ke, ada masalah ke, terlupa nak ambik ubat ke...banyak je sebab kenapa pesakit tiba2 berhenti ambik ubat yang doktor suruh ambik.

Setiap kali mengajar pelajar perubatan pun saya akan tekankan aspek ni, tak cukup untuk kita cakap "patient not compliant". Apakah sebabnya. Kalau tau sebab, baru kita boleh perbaiki keadaan.

"Sebab saya rasa ok dah masa tu".

Ya, walaupun saya takde darah tinggi (dan insya Allah minta dijauhkan sampai bila2), masa tu memang rasa la darah saya menyirap.

Gambar di salah sebuah klinik di Petaling Jaya. Saya pernah bekerja sebagai doktor locum di situ tak lama dahulu. Saya syorkan semua yang berumur 40 tahun ke atas pegi check tekanan darah di klinik.


"Encik, penyakit darah tinggi ni, memang selalunya kita tak rasa apa2. Kalau dah rasa sakit, tu tanda darah tinggi tu dah serius".

Saya tengok kat nombor menunggu di dinding. Ramai lagi patient kat luar tu.

Masa ni saya tolong cover klinik seorang rakan. Ya, saya bukan pakar family medicine. Bidang saya lain. Tapi sakit darah tinggi antara penyakit yang lazim saya rawati. Tapi kalau bidang saya, ada kalanya dah 'terlambat'. Pesakit dah kena sakit jantung, dah kena strok, dah lumpuh, dah tak boleh jalan, pegi bilik air pun kena pimpin, buah pinggang dah rosak, dan sebagainya. Ya, dengar memang menakutkan.

So macam mana ni, pesakit ramai lagi kat luar tu, ada budak kecil dan baby menangis, Yang dewasa tu tunggu je la. Saya kena buat keputusan, sama ada nak berleter atau tak.

Pesakit yang duduk depan saya ni muda lagi. Kalau tak silap umur dalam 40 tahun, lebih kurang umur saya. 

Tu yang membuatkan saya ambik keputusan untuk berleter/bagi lecture sikit.

Kalau nak senang, memang saya akan cakap "Ambik je ubat ni sampai bila2". 

"Next!" dan tekan butang panggil pesakit seterusnya. 

Saya pernah kerja di klinik yang sangat sibuk sampai tengok pesakit 2-3 minit seorang pun, masih 5-10 menunggu di luar.

Walaupun kalau ikut qualifications, saya hospital doktor, tapi saya minat juga nak cuba kerja di klinik. Kalau lah seronok jadi doktor perubatan keluarga, boleh je sambung belajar lagi di bidang tu. Lagi satu, saya tengah cari kerja part-time atau yang fleksibel supaya dapat menghabiskan lebih masa bersama anak2 yang sangat cepat membesar. Masa tu juga, saya tengah nak habiskan dissertation untuk MBA yang mana research saya tentang business klinik swasta di Malaysia. Jadi, banyak sebab kenapa saya pernah bekerja di klinik tak lama dulu, dari Julai/Ogos 2013-April 2015. 

Bila difikirkan balik, banyak pengalaman dan pengajaran yang saya dapat, bukan sahaja  asas untuk dissertasi MBA. MBA saya akhirnya lulus akhir 2014, dan grad Mei 2015.

Saya pilih untuk berleter kepada pesakit tu kerana dia masih muda. Kalau dia jaga kesihatan, jaga pemakanan dan bersenam, makan ubat dan pantau/datang untuk check up seperti yang dinasihatkan, insya Allah boleh elak semua komplikasi darah tinggi yang ada sebut di atas. 

"Encik ni beruntung sebab dapat tau ada darah tinggi. Memang darah tinggi ni tak rasa sakit, cuma bila terlalu tinggi ada yang rasa pening kepala, penglihatan jadi kabur, rasa tak sihat". Antara simptom darah tinggi, ada banyak yang lain tapi ni antara yang paling penting, 

"Dan darah tinggi ni penyakit seumur hidup".

Pesakit tu ada juga nampak macam terkejut. Mungkin pertama kali dia dengar benda ni ataupun mungkin dia dah lupa. Saya yakin doktor yang merawatnya sebelum ni mesti dah bagi sedikit sebanyak maklumat.

Saya pun check blood pressure dia. Memanglah tinggi, dah tak makan ubat. Hardly suprising.

Saya pun ambil masa beberapa minit menceritakan kepada pesakit tu, tentang apa yang besar kemungkinan akan jadi kalau dia tak ikut nasihat doktor.  

Saya pun kerja di situ beberapa hari je, tak dapat follow up pesakit tersebut. Tapi saya harapla, dengan mengambil sedikit masa menceritakan apa sebenarnya darah tinggi, kenapa penting ambik ubat, kalau ubat tak serasi boleh cuba ubat yang lain, kena jaga pemakanan dan senaman, pesakit ni takkan jadi pesakit di hospital di masa hadapan.

Lepas habis tulis post ni, saya pun nak letak label. Saya pun google darah tinggi. Terkejutnya saya bila tengok link yang keluar hampir semuanya menjual vitamin ataupun air alkali yang katanya boleh mengubati penyakit darah tinggi. Ya Allah, lindungilah umat Islam di Malaysia dari penipuan. Marah & geram memang tak terkata.

Takpe, lepas ni saya akan tulis dengan lebih lanjut mengenai darah tinggi. Buat masa ni saya bagi link Mayo Clinic tentang penyakit darah tinggi atau hypertension dalam bahasa inggeris.

Mungkin ada yang bertanya, siapakah penulis blog ini, apakah bidang kepakaran dia, saya kongsi bisnes kad tempat kerja saya tahun lepas.


2 comments:

  1. Terbaik info... TQvm
    Betul... bila google semua penjual shaklee dan air alkali jer..
    Harap jgn anaiya bangsa sendiri kerana nk untung..
    Sedih campur geram....

    ReplyDelete
  2. Artikelnya bagus banget dan sangat menarik terima kasih info nya sanga bermanfaat sekali dan sangat baik artikelnya.


    http://obatdarahtinggi.my.id/

    ReplyDelete