Saturday, March 12, 2016

Menjadi Blogger Yang Berjaya


Saya pernah ditanya tentang bagaimana untuk memulakan blog dan pastinya ramai di luar sana yang berminat akan terfikir soalan yang saya juga terfikir suatu ketika dahulu....bagaimanakah caranya untuk menjadi blogger yang berjaya?

Langkah pertama adalah untuk mulakan sesuatu, dan langkah ini most probably untuk kebanyakkan orang adalah langkah yang paling mencabar...
Antara persoalan yang timbul:

Nak guna blog yang mana?

Saya ada dua blog. Selain blogger.com saya juga gunakan wordpress.
Pendapat peribadi, gunalah mana-mana pun asalkan anda mula. Jangan spend terlalu banyak masa memikirkan nak guna website yang mana satu, last-last tak start pun.

Dan kalau tak pasti, ikut lah macam saya, buat dua blog hahaha...

Kelebihan ada dua blog ni, kita boleh compare kelebihan dan kekurangan website host masing-masing.

Langkah kedua, nak tulis tentang apa ya?

Ikut lah, terpulang kepada anda. Memang ada orang dah nasihat, khas kan satu blog untuk satu tema sahaja.

Saya bagi contoh, untuk diri sendiri, saya suka menulis/berminat tentang isu-isu tersebut:

Kerjaya sebagai doktor
Cabaran di tempat kerja bagi doktor, pensyarah, wanita dan ibu
Bersenam
Menjaga kesihatan dan mengelakkan penyakit
Menulis
Parenting
Isu agama yang praktikal/dalam kehidupan seharian
Kewangan
Bisnes
Perkahwinan

Dan macam-macam lagi...

Jadi, sepatutnya lah, khas kan satu blog untuk satu tema sahaja, nasihat yang diberi oleh kawan-kawan sebab secara logiknya, pembaca contohnya seorang pelajar perubatan, akan berminat tentang tips berkaitan housemanship, postgrad exam sementara seorang ibu pula mungkin lebih cenderung nak tau tentang tips parenting. Contoh je la, bukan nak stereotype. Jadi kalau ada tema ia memudahkan pembaca.

Tapi saya tak ikut nasihat tu sebab masa mulakan dua-dua blog hampir 7 tahun lepas (2013) saya agak sibuk dan main hentam sahaja. Buat dulu dan edit kemudian. Boleh juga, kan?

Tips lain yang saya sendiri tidak praktikkan, tapi ini adalah dari kursus Irfan Khairi tentang bisnes internet, tulis sedikit setiap hari, kena konsistent. Ok, terus terang saya ada masa terlalu sibuk hanya fokus kerja dan keluarga, dan ada masa lain pula Alhamdulillah, banyak masa lapang, jadi definisi konsisten ni mungkin berbeza untuk setiap orang. Ada yang setiap hari, setiap minggu, setiap bulan, setiap tahun pun ada hahaha...yang penting pada saya ada hasilnya.

Apakah objektif anda menulis blog?

Adakah untuk mempromosi sesuatu produk atau servis? Atau sekadar berkongsi ilmu dan nasihat secara percuma demi kebaikan sejagat? Atau kerana anda suka menulis dan ingin mengasah bakat? Atau sebagai suatu ibadah?

Jika anda seperti saya, lebih kepada suka berkongsi ilmu, maka lebih ramai orang yang baca blog anda adalah ukuran kejayaan blog tersebut.

Secara amnya, memiliki dan menguruskan blog adalah suatu usaha yang mengambil masa, kalau boleh, gunakan lah untuk sesuatu yang positif.

Harap post ini membantu dan mulakan blog anda sekarang, hari ke 44 + 9 (53) Malaysia PKP/MCO dan juga hari ke 7 + 9 (16) Ramadhan.

...

Ini post saya pada bulan Disember 2016:

"Esok, insya Allah saya dan keluarga akan bercuti ke Perth, Australia. Tiket dan visa serta pelbagai persiapan yang lain telah pun dibuat.

Terus-terang, saya bukanlah seorang yang minat bercuti dan bersiar-siar di tempat yang jauh. Saya bahagia jika bekerja lima hari seminggu dan dapat menonton wayang di hujung minggu serta makan diluar bersama keluarga.

Walaupun pernah tinggal di Eropah selama lebih satu dekad, banyak lagi tempat yang tak pernah saya lawati di benua tersebut.

Terima kasih kepada anak sulung kami yang begitu berminat untuk menjelajahi dunia, kami berjanji akan membawanya ke luar negara selepas UPSR 2015. Pada cuti hujung tahun, suami saya membawa anak-anak untuk umrah mereka yang pertama. Ya, sebelum pergi ke mana-mana, tunaikanlah kewajiban dahulu, bagi pembaca yang beragama Islam. Saya pula tak dapat ikut kerana bekerja dan ada bayi kecil, lagipun kami suami isteri Alhamdulillah telah menunaikan ibadat haji pada 2012.

Antara persiapan untuk ke Perth:
1) Tempah tiket kapal terbang (suami pilih Malindo, saya ikut saja)
2) Dapatkan visa untuk ahli keluarga dan pembantu rumah Indonesia
3) Suami mendapatkan lesen memandu Malaysia yang baru (dwi bahasa dan boleh digunakan di Australia)

Saya agak teruja kali ini untuk bercuti kerana:
1) Kali pertama melawat benua Australia
2) Kali pertama cuti di luar negara bersama keluarga (termasuk empat orang anak dan yang bungsu baru setahun lebih)

Mula-mula saya mencari maklumat tentang Perth melalui kawan-kawan, facebook dan juga internet, tetapi google dalam bahasa Inggeris. Bila saya google cuti Perth dalam bahasa Melayu, terus saya terjumpa blog ini:

Blog Faizal Fredley

Terdapat banyak maklumat yang menarik dari segi perspektif orang Islam Malaysia yang ingin bercuti di Australia, dan perspektif ini tidak terdapat di website yang berbahasa Inggeris, yang telah saya baca setakat ini.

Blogger tersebut juga merupakan pemenang anugerah Travel Blog dan blog berpengaruh. Hebat.

I never knew such awards even existed until today. (Rasa macam katak bawah tempurung la pulak).

Tahniah.

Ok, sekarang kena terus dapatkan lebih informasi tentang cuti di Perth".



No comments:

Post a Comment