Thursday, March 24, 2016

Tips Menunaikan Haji 2012

Sudah lama saya ingin berkongsi kisah pengalaman menunaikan haji pada tahun 2012. Sebenarnya, hajat untuk pergi haji dah lama terpendam sebelum tu.

Sepuluh tahun lepas, 2006, saya, suami dan anak-anak (masa tu baru dua orang anak), pulang ke Malaysia selepas lebih 11 tahun di Ireland. Kami pindah dan tinggal di Kota Bharu sebab suami kerja HUSM pada tahun 2007. Tahun tu juga saya register untuk pegi haji dengan Tabung Haji.

Masjid Nabawi, Madinah. Sejuk waktu pagi. Solat subuh mesti kat dalam masjid dan kena pakai seluar extra.

Dah lama arwah Ayah nasihatkan kami pegi haji. Masa tinggal di Dublin, kami ada jalan2 di Eropah bercuti, pergi Paris dan Eurodisney tahun, Italy; jalan ke Rome, Venice, Florence, dan pegi ke Paris buat kali kedua. Masa student, pegi London jumpa kakak saya yang bekerja di sana lepas habis PhD, lepas suami grad, bawa mak dan ayah suami tengok Ireland dan Belfast. Pernah juga pegi Belgium, saya ingat lagi lawat Mannekin Pis, beli coklat dan lace di sana. Pada yang berminat, insya Allah saya akan kongsi pengalaman ni di blog post yang lain.

Memang seronok jalan2 di Eropah sebab masa tinggal di sana, wang gaji pun Irish pound/Euro, tiket penerbangan murah sebab Ryan Air dah muncul, dan tempat semua dekat2. Malang sekali, takde hidayah untuk pegi haji. Masa tu, minda masih fokus kepada sambung belajar selepas habis kerja. Maklumlah, kerja doktor memang tak habis belajar. Sambung dan sambung lagi.

Kami pulang ke Malaysia kerana mengejar cita2 suami untuk menjadi pakar bedah plastik. Dia mendapat tempat di HUSM untuk sambung belajar. Anak2 pun masih kecil, umur 4 tahun & 2 tahun setengah, saya rasa didikan agama untuk anak2 lebih senang dipelajari di Malaysia, jadi kami pulang ke Malaysia tahun 2006. Agak terkejut saya melihat Kota Bharu buat kali pertama. Cerita tu pun menarik dan sesuai untuk blog post yang lain.

Saya pula lulus ujian MRCP (Ireland) part 2 clinical pada Januari 2007. Lagi satu cerita yang akan saya kongsi di post lain insya Allah. So, buat masa tu, kareer kami agak stabil. Saya mula memikirkan untuk pegi haji. Tetapi masih tiada kelapangan sebab suami pula sibuk dengan masters atau MMED plastik surgeri. Saya masa tu lebih fokus kepada belajar tentang perniagaan sambil menjaga anak2 kecil dengan bantuan maid Indon. Kami berdua bukan orang Kelantan dan tak ada extended family support, bukan macam kebanyakkan kawan2 lain di sini yang majoriti orang Kelantan.

Setiap hari sama ada pagi atau petang, ada pengisian dari Ustaz Halim Nasir. Ustaz kata, dah banyak kali bawa jemaah pegi haji, tapi tahun 2012 tu pertama kali dia dapat buat haji ifrad. Rezeki. Alhamdulillah.

Maka hasrat menunaikan haji terpendam sampai tahun 2011. Pada tahun itu, suami berjaya menghabiskan masters plastik surgeri dengan mendapat hadiah pelajar terbaik. Saya pula, lepas suami dah habis belajar, nak sambung buat MBA yang dah lama minat tapi belum kesampaian. Lagi satu cerita untuk blog post yang lain.

Mukaddimah yang agak panjangkan? Ya, sebab saya faham, begitulah keadaan semua orang. Walaupun ramai kawan2 yang 'mampu' dari segi kewangan untuk tunaikan haji, mungkin halangan dari segi kesibukan dengan kehidupan seharian sebab utama masih belum pegi haji.


  • Tip #1 yang paling penting ialah mempunyai niat, dan hasrat atau keinginan yang kuat untuk pegi haji.

Ni gambar yang saya ambik sendiri. Tak dapat nak ungkapkan dalam kata2, perasaan bila dapat tengok Kaabah kali pertama dalam hidup depan mata.

Tahun 2011 juga, adik ipar bersama isterinya, yang dua2 lebih muda dari saya dan suami, pergi menunaikan haji. Itu antara motivasi dan mungkin juga peringatan dari Allah. Terus saya dan suami meletakkan hasrat untuk pegi haji tahun berikutnya, begitu juga abang dan kakak ipar kami yang sama2 menunaikan haji pada 2012. Alhamdullilah.

Masa register haji tahun 2006 dengan Tabung Haji 2006, dapat pegi haji tahun 2016. Saya amat terkejut, wah, sampai sepuluh tahun ke nak tunggu. Saya bayangkan mungkin 5 tahun. Staff kaunter TH tu nampak air muka saya berubah walaupun saya tak cakap apa2. Dia terangkan, kalau 2012 tak dapat lagi, boleh buat surat rayuan.


Saya pula masa awal 2012 tu kerja agak sibuk dengan private company yang sedang expand. Nak dapat cuti untuk pegi haji pun belum tentu boleh dapat. Jadi kami buat keputusan pegi secara pakej dengan travel agent sama seperti adik ipar tahun lepas. Tak buat pun surat rayuan TH.


  • Tip #2 ialah cari kelapangan masa dan kewangan yang mencukupi.

Keadaan kewangan masa tu Alhamdulillah kukuh, sebab tu kami pilih pakej swasta. Masa tu pakej paling murah, 4 orang sebilik dalam RM22k. Kami ambik 2 orang sebilik, suami isteri, RM36k seorang, lebih kurang.

Semasa di Masjidil Haram, saya ada bersembang dengan seorang Makcik. Memang ramai jemaah haji yang pegi yang sudah berumur, samalah macam Makcik ni. Dia pegi dengan TH muassasah. Tak sampai RM10,000 pun kosnya, kalau tak silap saya dalam RM9k seorang.

Makcik tu cerita macam mana dia simpan duit dari kecil lagi nak bagi cukup RM9k tu untuk pegi haji, dan akhirnya dapat pegi tahun 2012. Masa tu barulah saya faham kenapa ramai jemaah haji yang berumur baru nak pegi haji, kerana ramai yang mengambil masa nak cukupkan bekalan kewangan. Kawan2 yang mampu, saya nasihatkan, pegi tanpa guna TH. Saya galakkan ambik pakej supaya kita beri peluang orang lain yang kurang mampu untuk ikut TH muassasah.

Adik ipar pegi tahun sebelumnya takde masalah. Bayar, buat visa, pegi. Tahun 2012 pula timbul isu quota kerana Masjidil Haram tengah renovate dan kerajaan Saudi tak nak terlalu ramai orang. Jadi kami terumbang-ambing, tak tahu dapat pergi ke tak sampai the very last minute. Syarikat yang menguruskan haji pun rugi tahun tu, tapi tuan punya kompeni kata tahun2 sebelum tu memang untung juta2.

Saya pernah dengar cerita orang lain tentang pegi haji ikut pakej. Macam2 cerita ada. Kesimpulan yang saya ambil, kita bersedia je, buat2 macam dapat pegi. Dapat ke tak, lain kira.


  • Tip #3: Persiapan sebelum pergi haji.
Gambar ni saya ambik dalam klinik masa nak vaksin. Saya ambik ketiga2 vaksin walaupun yang wajib hanya satu, vaksin meningitis C.


Kena sediakan:
passport (kena ada 6 months minimum rasanya)
gambar (untuk visa)
pergi kursus (yang ni persiapan paling awal, awal tahun kena tahu kat mana ada kelas dan kena pegi)
kemas beg (beberapa minggu sebelum pegi kami dah mula kemas barang dalam beg besar)
Pegi vaksin (klinik kena bagi buku oren, ni sangat penting, kalau tak buat memang tak boleh pegi)

Dua atau tiga hari sebelum bertolak, barulah kami dapat sms tahniah, anda dijemput sebagai tetamu Allah, jumpa di KLIA 23 Oktober 2012. Masa tu Agong pun dah bertolak dan airport Jeddah pun dah tutup.

Kawan2 kami yang confirm pegi dah sampai ke Tanah Haram dan semua kami minta doakan supaya kami pun dapat ke sana tahun tu.

Barang yang kami bawa:
Baju yang senang nak basuh dan senang nak kering, dan tak perlu gosok.
Bawa pakaian untuk lebih kurang seminggu (tujuh pasang pakaian).
Saya ada beli telekung umrah yang sangat berguna (macam telekung biasa tapi pendek sikit dan bahagian muka memang muat2 je, tak perlu anak tudung
seluar saya beli tapi tak pakai sebab kurang sesuai.
Stokin saya beli stokin umrah yang boleh gulung ke atas masa wudhu tanpa buka, tapi ada lubang sikit di bahagian ibu jari jadi saya rasa guna stokin biasa pun takpe.
Hanger baju memang kena bawa, beli dua jenis, yang biasa dan yang boleh pusing bahagian gantung tu. Setiap hari memang aktiviti basuh baju.
Tisu
Ubat, kami bawa lebih, bawa panadol/ubat demam, antibiotic (augmentin), ubat batuk, vitamin C. Kalau asthma jangan lupa inhaler
Untuk wanita bawa panty liner sebab kat sana susah nak dapat
Suami bawa selipar extra dan memang selipar dia ada hilang sekali. Saya pun bawa satu pasang extra dan memang guna sebab banyak jalan.
Sabun yang tak wangi untuk guna masa ihram, kami beli sabun simple je, dengan krim simple.
Masa ihram kami gosok gigi tanpa ubat gigi.
Makanan bawa kopi 3in1 sebab suami suka, serunding dan mee segera. Mee segera habis.

Makanan kami bawa macam-macam, serunding (sampai lebih dan bawak balik ke Malaysia sebab tak habis), maggi mee, cuma berguna masa hari-hari wukuf dan melontar sebab makanan travel agent ni sedap, so tak perlu nak makan benda-benda lain.

Saya potong rambut pendek supaya senang masa ihram nanti. Saya juga ambil pil perancang supaya dapat menghabiskan haji secepat mungkin dan boleh bertahalul. Saya tak rekomen pada semua, cuma ia memudahkan dan memang masa tu saya mengambil pil untuk merancang dari segi perubatan.

Selesai tawaf ifadah 31hb Oktober 2012, Alhamdulillah. Antara pencapaian yang paling bermakna dalam hidup ini.

  • Tip #4, uruskan anak2, rumah, kerja, bisnes, exam dan sebagainya. 
Jangan risau tentang hal dunia.

Saya sebenarnya meletakkan jawatan kerja saya pada masa tu, ada juga salah satu kaitannya kerana susah nak dapat cuti untuk pegi haji. Bukan saya galakkan orang lain berbuat demikian, tetapi cuma nak tunjuk yang pengorbanan tu kadang2 perlu.

Masa tu juga saya tengah mengikuti kursus MBA, saya minta kelongaran dan exemption dari exam. Alhamdulillah, dapat kebenaran dan lepas balik saya ambik exam dan lulus.

Pada masa tu kebetulan saya dan anak2 tinggal di rumah mak, jadi maklah yang tolong supervise maid Indon jaga anak2 masa kami pergi Haji. Anak2 masa tu darjah 4, darjah dua dan yang bongsu belum tadika lagi. Bagusla takde yang ambik exam macam UPSR/PT3 atau SPM. Pegi balik sekolah pun Pakcik van dah biasa hantar dan ambik. Keadaan takkan perfect tapi banyak perkara yang dipermudahkan insya Allah. Jangan jadikan apa2 alasan kalau syarat dah cukup.

Kursus haji pun banyak kelas yang saya tak dapat pergi. Ada la dua tiga kali pegi Masjid Batu Tiga Shah Alam untuk ikuti kursus haji. Secara amnya, teori haji ni tak susah, tak ada bacaan yang perlu hafal atau specific, cuma, ada ilmu yang kena tahu supaya haji sah, dan yang lainnya lebih berbentuk persiapan mental dan fizikal untuk menghadapi suasana haji dan cabaran-cabarannya.

Bagi saya, tetapkan mindset yang haji ni bukan holiday tapi ibadat. Itu yang paling penting. Kenapa kita tunaikan haji. Yang lain cuma doa banyak2 minta dipermudahkan.


  • Tip #5 pergi kursus haji, baca buku2, internet, dan minta nasihat dari orang yang dah pergi haji. Dapatkan sebanyak maklumat yang boleh.

Ni gambar suami ambik. Di Masjidil Haram ada tempat-tempat khas untuk lelaki dan perempuan solat tapi umumnya campur sebab nak tawaf dan saie. Di Masjid Nabawi memang tak campur langsung.

Kursus haji, ada praktikal yang sangat berguna.



Masa tawaf, ada banyak tips yang orang bagi supaya ingat jumlah pusingan. Boleh baca tasbih atau surah2 berbeza setiap pusingan, ada juga orang bagi alat kiraan macam tasbih yang ada tujuh biji. Suami guna apps jadi check je kat situ.

Mula2 kami niat nak buat haji tamattuk, tapi kebetulan bertolak sehari sebelum hari wukuf, jadi last2 dapat buat haji ifrad. Itu contoh ilmu yang kena ada sebelum pegi haji.

Saya rasa tips paling penting masa di sana ialah menjaga segala percakapan kita, termasuk yang dalam hati. Sebab memang di sana Allah bayar cash. Ada yang bas rosak sampai berjam2 sebab jemaah kata seronoknya dapat naik bas dengan ustaz. Semua cerita2 ni susah nak sampaikan melalui buku atau internet. Sebab tu penting pegi kursus haji.


  • Tip #6: Pergi tunaikan haji secepat mungkin semasa usia muda


Satu sebab kenapa saya rasa sangat perlu tulis post ini kerana setelah pegi haji pada usia muda (masa tu 35 tahun, selalu jemaah lain tegur ingatkan kami pengantin baru...!), saya galakkan semua orang berbuat sama. Dalam group 203 kami, ada juga jemaah yang lebih muda, ada yang belasan tahun, rezeki dia orang dapat sempurnakan rukun Islam pada usia muda. Lagi mudah, tak perlu pikir pasal anak, kerja, dan sebagainya.

Kali pertama tengok buah tamar tumbuh di pohon tamar.

Nak kata ibadat haji ni mudah, tak juga. Pada yang biasa berjalan dan melancong keluar negara. mesti tahu yang bermusafir ni memenatkan dan ada physical dan mental stress. Samalah dengan ibadat haji. Walaupun muda dan pada mulanya sihat, pada malam kedua melontar saya demam dan batuk. Memang kami dah bersedia bawa ubat batuk, ubat demam dan antibiotics dari Malaysia. Saya makan ubat2 dan Alhamdulillah dapat meneruskan melontar. Tetapi, ada jemaah haji lain yang berumur dan sakit yang terpaksa masuk hospital disana. Di sinilah kita lihat kelebihan pegi haji masa muda. Selang dua atau tiga hari lepas tu, suami pula batuk dan demam, dia pun makan buat dan teruskan sahaja.

Masa wukuf di Arafah, bilik air dia kena naik tangga sikit, takdelah tinggi sangat, mungkin dalam 5-10 anak tangga. Untuk yang berbadan sihat cergas memang takde masalah. Tapi saya lihat jemaah yang naik kerusi roda, cabaran dan dugaan besar untuk mereka setiap kali hendak ke tandas sebab kena juga naik tangga tu, tak ada wheel chair access. 

Jadi kawan2, jangan tunggu2 lagi. Yang belum register TH, daftar segera. Yang mampu, boleh guna pakej. Anak2 pun boleh daftarkan untuk haji.
Tahun lepas (2015), anak sulung kami menduduki UPSR, dan seperti yang dijanjikan, kami akan bawa semua anak2 melancong ke luar negara sebagai balasan usaha belajar. Tempat pertama suami bawa mereka ialah untuk menunaikan umrah Disember 2015. Alhamdulillah. Saya tak dapat ikut kerana masalah kerja dan ada bayi kecil, jadi ibu mertua tolong temankan dia orang.


6 comments: