Wednesday, April 13, 2016

Nasi Lemak Abe Spiderman

Ada orang tanya: "Sedap ke tak nasi lemak Abe Spiderman?"

Lokasi gerai di hadapan Bank Islam Kubang Kerian.

Ni pendapat saya:
Nampak macam nasi lemak biasa.
Rasa pun macam nasi lemak biasa.
Saya bagi rating 4/5 star.

Masa sampai rumah, saya bagitau pembantu rumah Indon, saya dah beli "nasi lemak Spiderman".

Dia terus bangun (dari jaga baby), datang nak tengok. "Macam nasi lemak biasa je" dia kata...
Not impressed at all.

Saya suka bungkusan dia, tak guna polystyrene. Bekas macam ni selalu kami recycle/guna semula.
(Teh tarik tu buat sendiri ya). Nak baca lanjut tentang bahaya polystyrene boleh klik disini.

Hebat tak, saya pegi bank sebab ada urusan sikit pagi tadi. Nak masuk bank, ternampak Spiderman.

Bila keluar bank, lupa dah pasal Spiderman tu.

Tetiba nampak orang2 ambik gambar dengan Spiderman.

Lepas tu teringat, anak pesan nak makan nasi lemak. Saya pun hmmm...ok lah, boleh cuba.

Kalau tak kerana Spiderman, 100% gerenti saya tak beli sebab:
1) Tak perasan pun ada orang jual nasi lemak kat situ sebab tengah nak cepat.
2) Tak rasa lapar.
3) Terlupa anak kirim.

Maka tahniah saya ucapkan kepada usahawan ni. Teknik advertising dan marketing yang hebat.

Saya nak juga ambik gambar sekali tapi datang sorang...lain kali nak bawak anak2 pulak insya Allah.

Adakah saya akan membeli lagi?

Ya. Sebab boleh ambik gambar dengan Spiderman.

Doktor Itali Menggunakan Facebook Untuk Melawan Golongan Anti-Vaksin

Seorang doktor dari Itali yang terkejut melihat begitu ramai kanak2 mati disebabkan penyakit2 yang boleh dielakkan melalui vaksin - kisah2 ibu bapa yang tidak mahu anak mereka divaksinkan - seorang professor bidang mikrobiologi dan virologi bertindak melawan golongan anti-vaksin menggunakan medium yang digunakan oleh anti-vaksin menyebarkan salah faham mereka -facebook.

Dr Roberto Burioni ada lebih dari 20,000 pengikut di facebook page beliau, professor di Vita-Salute San Rafaelle University di Milan, Itali, menerangkan sains disebalik vaksin dan menggunakan data saintifik untuk melawan khabar angin mengenai bahaya vaksin. Bila dia tidak merujuk kepada kajian saintifik, dia menceritakan kisah2 benar yang berlaku diseluruh dunia sebagai pengajaran.

Burioni menggunakan gambar Brenden Hall, perenang dari Australia yang menjadi pekak dan kehilangan kaki kanan kerana komplikasi chicken pox, penyakit yang boleh dicegah melalui vaksin. (Hall membesar dan kemudian memenangi dua emas di Paralympic Games di London pada 2012).

Burioni menggunakan pengalaman Hall untuk menunjukkan yang chicken pox, penyakit kawan2 yang 'biasa' boleh menyebabkan komplikasi yang serius, dan juga melawan pendapat golongan anti-vaksin bahawa penyakit2 yang boleh dicegah ini tidak merbahaya.

"Berhati2 dengan apa yang golongan anti-vaksin memberitahu anda: Apa salahnya sedikit chicken pox? Saya dah kena, saya masih sihat dan cergas!' Burioni berkata dalam post diatas. 'Dalam keadaan itu, anda sedang melihat seorang pemenang Olimpik, yang menang kerana kebodohannya!'

Post ini adalah contoh pendekatan yang digunakan oleh Burioni di facebook, di mana beliau mengambil iktibar dari kisah benar dari seluruh dunia, sambil memberi pendapat secara 'tidak berlapik'.

Tujuannya adalah supaya dapat memberitahu ibu bapa terus, melalui kisah2 benar. Dalam postnya yang lain, beliau menceritakan kisah Alijah Williams dari New Zealand,

bersambung...

Monday, April 11, 2016

Tips Cuti Eropah

Terjumpa gambar-gambar lama cuti di Eropah semasa tinggal di Ireland 10 tahun yang lepas.

Kami tak naik gondola di Venice sebab macam slow je orang tu kayuh...

Nak kongsi tips melancong di Eropah untuk sesiapa yang berhajat, moga bermanfaat.

Clonskeagh mosque, Dublin bersama ibu mertua dan arwah adik ipar.

Kami sekeluarga tinggal di Dublin. Dublin adalah ibu kota negara Ireland. Bandarnye agak kurang menarik berbanding tempat2 lain di Eropah, jadi sangat sesuai untuk belajar kursus perubatan disini kerana tak banyak 'distractions'.

Cantiknya Venice, tapi cuaca musim panas di Italy teramat panas...

Kelebihan tinggal di Dublin? Senang nak jalan2 tempat2 menarik di Eropah. Saya tinggal di sana 1995-2006. Mula kerja 2002. Walaupun lama tinggal sana, tak banyak berjalan sebab tak cukup duit (saya pelajar tajaan MARA) dan tak berapa suka cuti back-packing.

Coliseum, tempat orang dulu2 berhibur sebelum adanya TV. Ada dalam movie Gladiator.
Tempat pertama yang kami lawat adalah Paris. Terbang guna Ryan Air, airline bajet macam Air Asia. Tahun 2000 kali pertama pergi sebab suami dah mula bekerja dan ada duit lebih sikit.

Mula2 sampai ke Paris saya sangat terkejut dengan keindahan bandar tersebut, patut lah semua orang kata Paris ni cantik dan romantik. Masa tu, kalau boleh saya nak tinggal di situ.

Leaning tower of Pisa, hujan masa tu. Kami singgah makan seafood spaghetti kat kedai mana entah lepas tu, sangat2 sedap.

Kami tinggal di hotel sederhana dan berjalan guna Metro/LRT yang sangat user-friendly. Makanan je mencabar sikit sebab tak pandai cakap Perancis, so tak tau nak tanya sama ada makanan ada daging atau alcohol. Biasanya kami akan makan makanan yang untuk vegetarian atau yang seafood kalau tak ada alcohol. Maka kami pun makan McDonalds fillet o'fish hampir 2 minggu sebelum terjumpa kedai halal Lebanese yang jual kebab. 

Glendalough di Ireland, bawa arwah Ayah dan ibu jalan2 di tasik lepas grad.
2 hari 2 malam kami habiskan di Eurodisney, tinggal di hotel mereka yang sederhana. Best. Maklumla pertama kali pegi Disneyland. Senang jalan sebab saya dan husband je dua orang. Bangun pagi dan semua rides sempat kami naik lebih dari sekali tanpa beratur panjang.

Tahun berikutnya pegi Italy. Kami lawat empat bandar, Venice, Rome, Florence dan Milan. 

Pisa dan hujan...kami guna tren dari satu bandar ke bandar yang lain di Italy.

Kalau tak silap, kami mula di Utara, sama ada Venice atau Milan, kemudian Florence dan akhir sekali Rome. Memang semuanya amat cantik terutama Venice dan Rome. Di Milan saya suka tengok pakaian orang2 Italy, maklum la, fashion capital. Rome pula seolah2 bandar moden bercampur dengan bangunan2 dari zaman purba.
Kali kedua pegi Paris, bersama anak2 kecil....sakit kaki....stroller sangat berguna untuk berjalan2 di sana. Gambar depan Arch de Triomph

Di Italy senang nak makan sebab semua orang boleh cakap bahasa Inggeris. 

Kami ada pergi Brussels tapi saya tak ingat sangat kecuali beli coklat dan lace yang popular di sana. Ada juga tengok the atomium dan manneken pis.

Bawa anak2 naik Bateoux Muches, boat cruise di Paris

Kali kedua lawat Paris untuk bawa arwah adik ipar yang masa tu tolong jaga anak2 kami di sana. Berbeza sungguh holiday bawa 2 anak kecil (masa tu umur 1 tahun & 2.5 tahun). Malam pertama lepas Eurodisney, seorang sakit kaki, seorang sakit lutut dan seorang lagi sakit pinggang. Tapi sebab first time holiday dengan budak kecik, kami redah je. 

Suami di Coliseum.

Friday, April 8, 2016

Hukum Pembedahan Plastik Dalam Islam

Sebagai isteri seorang pakar bedah plastik, saya dah biasa dengar reaksi orang ramai bila pertama kali dapat tahu pekerjaan suami saya.

"Plastik surgeri? Tu yang potong hidung, potong sana sini, nak bagi nampak cantik kan?" kata seorang kawan baru-baru ni, sambil tunjuk2 kat muka sendiri.

Buku rujukan suami.

Kami pun biasa dah ambik masa sikit nak terangkan perbezaan antara pembedahan plastik dan pembedahan kosmetik. Pembedahan yang biasa dilakukan oleh suami (pembedahan plastik) ialah:

1) Sambung semula jari, tangan, kaki yang terputus. Selalunya di Malaysia ni disebabkan kemalangan jalanraya.
2) Merawat kulit terbakar yang teruk.
3) Mengkonstruk (atau bina semula) bahagian muka/badan pesakit kanser setelah kanser dibuang.
4) Membuang kanser dibahagian muka

Kemungkinan besar jika saya bukan doktor, saya pun tidak tau perbezaan antara pembedahan plastik dan pembedahan kosmetik, jadi saya tak salahkan orang ramai.

Pembedahan kosmetik pula di'sensasi'kan oleh media, jadi itulah yang orang ramai tahu.

Semalam, ada rakan doktor tanya tentang hukum pembedahan plastik seperti lipo-suction.

Saya hanya doktor dan pensyarah perubatan, adalah belajar sikit tentang bisnes, tapi dari segi agama ni, tak cukup ilmu untuk beri pendapat.

Buku rujukan yang dibeli semasa di Ireland.


Cuma nak kongsi hasil perbincangan kami sahaja.

Masa ni teringat hadis halal haram. Ada perkara2 yang jelas halal dan haramnya, lepas tu ada pula benda2 yang 'grey area' atau syubhah. Yang sebaiknya adalah cuba mengelak dari benda yang tak pasti status nya.

Ni hasil google saya tentang hukum pembedahan plastik:

1) Ustaz Zaharuddin ada tulis tentang hukum botox, susuk dan 'braces'. Botox ni lebih kepada cosmetic surgery dan 'aesthetic surgery'. Belum pernah jumpa lagi 'keperluan perubatan' atau medical indication untuk botox setakat ni.

Botox memang terang haram sebab mengandungi bahan kotor dan mengubah ciptaan Tuhan dengan tujuan menambahkan kecantikkan (sila baca link di atas untuk huraian lanjut).

2) Sinar Harian ada menulis artikel pada Feb 2014 'bedah plastik dari perspektif islam'.

Artikel ni ringkas tapi berguna. Pembedahan plastik dibahagikan kepada dua kategori.

  • merawat kecacatan semulajadi  
  • menambah kecantikan

Hukum pula ada tiga, wajib, harus dan haram:
Wajib untuk menutup luka dan kesan kulit terbakar
Harus jika mengembalikan fungsi tubuh dan membaik pulih cacat anggota
Haram jika merubah ciptaan bertujuan selain kesihatan

Koleksi buku rujukan pembedahan.


Ini berdasarkan Surah An-Nisa 117-119 dan hadis riwayat al-Tabrani:

"Apa yang mereka sembah selain dari ALLAH itu, hanyalah berhalaberhala dan mereka tidak menyembah melainkan syaitan, yang dilaknat ALLAH dan yang telah mengatakan:

“Demi sesungguhnya, aku akan mengambil dari kalangan hamba-hambaMu, bahagian tertentu (untuk menjadi pengikutku).

“Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka dan sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan ALLAH”.

Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari ALLAH, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata." (Surah Al-Nisa, Ayat 117 hingga 119)

“Rasulullah melaknat perempuan yang mentatu dan minta ditatu, dan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya.” (Hadis Riwayat al-Tabrani)
Info lain yang berguna:
video Ustaz Azhar Idrus tentang hukum pembedahan plastik.

Blog yang menerangkan hukum pembedahan plastik.

Rujukan terbaik yang saya jumpa adalah nota dari Papisma. Di sini terjawablah semua persoalan yang kawan2 saya tanya di atas. Alhamdulillah.

Tuesday, April 5, 2016

Tempat Kerja Yang Menarik di Malaysia

Hari ni saya nak kongsi tempat2 kerja paling best sepanjang tinggal di Malaysia dari 2006 sampai sekarang 2016 - Taylor's University Lakeside Campus.

Saya bekerja di Taylors Uni dari 2010-2012 sebagai pensyarah perubatan. Masa tu TUSOM (Taylors University School of Medicine) baru di lancarkan.

Bersama pelajar perubatan di Hospital Sg Buloh (sekarang kebanyakkan dah jadi doktor)
Selain kampus yang cantik (award-winning campus) yang memenangi anugerah, antara sebab2 lain best kerja di sini:



1) Kerja on-site hanya 5 jam sehari. Boleh atur kelas supaya hanya kerja pagi atau petang. Saya suka kerja pagi, tengah hari dah boleh balik.

2) Dapat bonus akhir tahun. Gaji sentiasa on time dan claims pun cepat dapat.

3) Berpeluang berinteraksi dengan pensyarah2 dan staff
dari pelbagai bidang yang lain.

Semua kawan2 dari bidang yang berlainan makan sekali di restoran Tarragon di kampus. Restoran di kampus pun menarik, ada yang di kelola hanya oleh pelajar bidang masakan (hospitality).

4) Mempunyai boss yang sangat baik (sporting & understanding).

Dekan TUSOM, Prof Abd Rahman Noor, ketiga dari kanan.
5) Dapat peluang sambung belajar. Saya ambik MBA twinning dengan University of West of England, Bristol. Staff diskaun 50%, degree dari UK. Sangat berbaloi.

Bersama kawan2 sekelas MBA
Itu saja perkongsian hari ni.


Saturday, April 2, 2016

Nasi Ayam Abah Ummi Tanjung Chat Kota Bharu

Bila post gambar ABC yang sangat sedap dan kaya dengan calories, ramai kawan2 tanya, kat mana ni? Nak jugak....hehehe. Maka saya pun dapat la inspirasi nak tulis post ni.

Ini lah ABC yang paling best pernah saya rasa di Malaysia setakat ni.
Nama restoran nya: Nasi Ayam Abah Ummi

Tempat: Tanjung Chat, Kota Bharu. Dekat juga lah dengan Taman Tengku Anis dan KB Mall.

Baru cari kat waze, rupa2 nya takde. Next time pegi akan add place. Boleh search guna facebook. Restoran open air ni terletak di Jalan Long Yunus.

Ni map kalau search guna facebook mobile.

Ni map kalau guna FB website.
Nasi ayam dia pun best. Boleh order yang ayam seketul atau ayam yang besar sikit macam dalam gambar ni.

Nasi ayam yang nampak simple tapi sedap.
Restoran buka 11.45pagi. Kami pegi shopping TESCO untuk groceries, lepas tu terus datang ke sini untuk lunch. Masa sampai 12.15 tengah hari, memang hampir penuh dah. Ada la 2-3 meja kosong.

Kali ni lama sikit nak tunggu makanan sampai sebab dah ramai orang. Kalau pegi awal 11.45am sampai, servis lagi cepat.

Harga nasi ayam around RM4-6 bergantung kepada hidangan ayam. ABC dalam RM2-4, bergantung pada specialnya (ada aiskrim on top etc). So memang murah la nak makan satu keluarga, berbaloi & value for money.

Selamat mencuba.

Ini antara tempat favourite makan di KB.

Yang lain:

1) Restoran Abe Man Mee Udang

2) Yatie Ayam Percik


4) Nasi Kukus Abe Mie 

5) Restoran El-Idrus Nasi Arab

Untuk kekal kurus kena lah jogging dan exercise setiap hari.

Thursday, March 31, 2016

Tips Menyusukan Bayi

Disclaimer: Semua tips kat sini bukan pengganti nasihat dari doktor atau pegawai perubatan. Ini hanya nasihat secara am. Jika anda atau bayi tidak sihat, sila jumpa doktor.

Baru2 ni kakak saya dapat baby yang ketiga. Belum sempat pegi tengok lagi.

Sebelum tu ada sorang kawan ni yang pernah buat program kuruskan badan sebab nak tambah anak, pun baru dapat baby.

Kami berbincang tentang tips menyusukan baby. So hari ni saya nak share sikit dengan ibu2 di luar sana.

Koleksi gambar baby2 saya, semua dah sekolah dah sekarang, semua minum susu ibu masa baby, Alhamdulillah.
Tip no1: Niat untuk susukan baby untuk 2 tahun.

Sebenarnya nak menyusukan baby ni tak susah. Lagi senang dari susu botol. Tak payah basuh botol, tak payah beli tepung, tak payah bangun malam cari air panas.

Menyusukan baby ada banyak khasiat (ada antibody yang dapat melawan penyakit), baby pula kurang sakit berbanding kalau minum susu botol.

Menyusukan baby ada banyak kebaikan untuk ibu. Risiko kanser payu dara kurang dan ibu boleh kembali slim lebih cepat.

Andaikata ada penyakit atau masalah yang menyebabkan tak dapat susukan baby, jangan bersedih. Asalkan ada niat dan dah cuba dengan bantuan orang yang pakar, kita tawakal.

Tip no2: Fokus jaga diri dan baby.

Masa mula2 tu, especially kalau first baby, ataupun macam saya, dah lama takde baby, tetiba dapat baby, mungkin cabaran sikit.

Lepas bersalin, ada yang bedah, sakit dan penat bersalin belum hilang, nak kena jaga baby pulak. So masa ni, kalau masih di hospital, (kat Malaysia memang private hospital very supportive, dia tolong mandikan baby, jagakan baby so mak2 baru boleh la berehat sikit) dapatkan pertolongan dari suami/keluarga.

Saya pernah bersalin di hospital kerajaan masa tinggal Ireland dulu, penat juga sebab mereka tak tolong jagakan baby dan tak benarkan sesiapa teman lepas waktu malam. Saya takde pengalaman bersalin hospital kerajaan di Malaysia, so no komen tentang tu.

Dapatkan pertolongan supaya ada orang buatkan makanan, basuhkan baju dan sebagainya, dan kita boleh concentrate jaga diri dan jaga baby. Kena minum air banyak2 dan makan makanan berkhasiat.

Tip no3: Masa susukan baby kena duduk dengan posisi yang selesa dan sediakan air untuk minum.

Kalau tak selesa memang susah susu nak keluar. Baby pertama saya lahir normal. Yang kedua kena bedah.

Lepas baby yang kedua baru dia orang ajar menyusukan baby sambil baring. Memang mula2 tak boleh buat, sebab terlalu sakit. So lepas 24jam (bedah) tu, baru boleh baring mengiring sambil susukan baby.

Posisi baring mengiring ni lagi selesa, baby pun senang je tertidur lepas dah kenyang. Ibu pun boleh berehat masa menyusukan baby.

Tip no4: Gunakan pump jika perlu.

Semasa beberapa minggu pertama (1-2bulan), susu akan banyak sampai engorged atau payu dara terasa penuh sehingga kurang selesa. Masa ni, demand belum equal to supply. Badan masih belum pandai adjust. Baby pula banyak tidur masa ni. Kalau baby kuning, dia lagi mengantuk dan kurang menyusu.

Ada kawan yang masalah engorged sampai baby susah nak susu sebab tak dapat latch on/puting tak dapat masuk mulut. Kalau ada masalah ni, boleh guna pump untuk kurangkan susu sikit supaya baby senang nak lekat.

Saya tak berapa suka guna pump. Pump hanya bila terpaksa, masa zaman oncall dulu2. Tu pun suami akan datang bawa baby untuk menyusu waktu malam kat hospital bila saya oncall. Selain tu terpaksa guna pump nak buang sikit kalau tak sakit sangat.

Saya guna pump avent. Lepas dua anak, pass kat kakak saya sebab ingat tak guna dah pump tu. Kakak saya kata pump tu tak user friendly. Dia lagi suka medela pump.

Pump yang digunakan oleh seorang kenalan.
Yang bagus nya boleh beli online dan dia orang hantar terus sampai ke rumah.

Penghasilan susu pula bergantung kepada banyak mana baby hisap. Kalau lagi banyak dia menyusu, lagi banyak susu akan terhasil. Ibu pun tak boleh diet sangat masa ni, makan makanan yang berkhasiat.

Itu saja tips kali ni. Moga bermanfaat.