Pada suatu masa dahulu, saya pernah bekerja sebagai seorang pensyarah di sebuah universiti swasta. Universiti itu lebih terkenal sebagai pusat pengajian perniagaan, sedangkan bahagian pengajian perubatannya ditubuhkan beberapa bulan sebelum saya menerima tawaran untuk bekhidmat di situ.
Sebagai langkah berjaga-jaga dalam memilih pelajar perubatan baru, dekan dan timbalan dekan membuat keputusan u...ntuk menemu-duga setiap pemohon. Dekan dan timbalan dekan sangat sibuk dan mempunyai begitu banyak komitmen yang lain, oleh itu pensyarah-pensyarah termasuk diri ini terlibat secara langsung sebagai penemu-duga. Saya amat menghargai peluang tersebut kerana banyak yang dapat saya pelajari.
Kami menggunakan skrip dan temuduga terbahagi kepada tiga bahagian secara umum. Untuk memulakan proses, biasanya panel akan memperkenalkan diri dan mempelawa pelajar untuk memberitahu sesuatu mengenai dirinya.
Selepas itu, panel pertama akan memilih salah satu soalan dari bahagian pertama skrip. Soalan bahagian pertama bertemakan 'kenapa pilih jurusan perubatan?' Ada beberapa soalan seperti mengapa, siapakah pendorong utama, apakah contoh aktiviti yang anda pernah lakukan untuk menunjukkan minat terhadap bidang ini' dan sebagainya. Di sini, penemu-duga mahu melihat minat dan memastikan pelajar bukan dipaksa atau terpaksa memilih jurusan ini.
Namun begitu, hakikatnya, masih ramai pelajar yang kurang minat terhadap bidang perubatan, yang berjaya melalui temu-duga dan berupaya masuk kejurusan perubatan, kerana saya sering berbual dengan para pelajar yang mengaku minat mereka lebih kepada industri lain seperti perhotelan, farmasi dan sebagainya, tetapi dipujuk oleh ibu bapa untuk mengambil kursus perubatan.
Saya selalu diberi soalan yang ke-tiga, iaitu soalan berbentuk senario. Disini, kami hendak melihat bagaimana calon dapat berfikir secara sepontan dan memberi jawapan yang sesuai, serta secara tidak langsung melihat kebolehan calon berkomunikasi.
Ada lima scenario berbeza yang kebanyakkannya bertemakan etika perubatan. Dua soalan yang sukar saya lupakan adalah, "Anda dalam perjalanan ke lapangan terbang dan anda sudah terlambat. Terdapat orang yang tidak dikenali yang kemalangan dan memerlukan pertolongan segera, jika tidak, dia akan mati di tempat kejadian. Apakah yang akan anda lakukan?"
Soalan kedua dari lima ialah, "Kawan anda disahkan menghidap kanser yang terminal (tidak boleh sembuh). Dia ingin mencuba ubat vitamin yang dikatakan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit termasuk kanser tetapi bernilai RM30,000. Apakah yang akan anda lakukan?"
Soalan ini mengingatkan saya betapa pentingnya pendidikan, terutamanya kepada orang awam, tentang bagaimana mereka boleh menilai produk atau servis yang terdapat dipasaran, terutama di Malaysia yang kurang pengawasan dari mana-mana pihak terhadap barangan 'kesihatan'.
Ubat-ubat yang digunakan oleh para doktor menjalani pelbagai langkah keselamatan, walaupun jauh dari proses yang sempurna, tetapi sekurang-kurangnya pengawasan yang perlu itu ada dan proses itu boleh diperbaiki.
Justeru itu, Prof Jackie Ho dari Penang Medical College dan Dr Sharifah Halimah Jaafar dari KPJ Ipoh berusaha membentuk sebuah badan bukan kerajaan yang akan membantu rakyat membuat pilihan yang lebih bijak dengan perantaraan ilmu cara menilai produk-produk kesihatan tersebut

No comments:
Post a Comment