- Lama juga saya menunggu selepas tu untuk anak tanya, tapi mereka tak tanya pun. Maka satu ketika umur anak-anak antara 10-12 tahun, saya duduk-kan mereka dan mula bercerita tentang bagaimana bayi terhasil. Saya menggunakan bahasa yang mudah yang mereka fahami. Mengapa saya berbuat demikian?
- Sebab pandangan peribadi, anak-anak perlu tahu, perlu ada ilmu tentang hubungan seksual antara lelaki dan perempuan, tapi tidak lah detail mana. Saya menerangkan tentang sperma dan ovum atau telur, uterus atau rahim wanita.
- Lagi satu sebab saya rasa lebih baik beritahu dari mereka bertanya contoh dikhalayak ramai atau pada masa yang kurang sesuai untuk kita jelaskan, atau kita sendiri belum bersedia untuk menerangkan.
- Bila umur anak-anak meningkat remaja boleh la kita ceritakan tentang kaedah merancang keluarga, penyakit yang berjangkit melalui hubungan seks, jenayah seperti rogol, sumbang mahram dan lain-lain yang berkaitan. Saya sering menggunakan berita atau isu semasa sebagai "pembuka" topik dan perbincangan.
- Pandangan peribadi saya, ibubapa adalah sumber maklumat terbaik tentang ilmu dan pendidikan seksual. Kita mahu anak bertanya kepada kita dari orang lain, dan biarlah mereka mendapat maklumat yang tepat.
- Untuk anak-anak yang masih kecil contoh baru belajar bercakap, yang terbaik adalah untuk mengajar mereka tentang "sentuhan selamat" dan "sentuhan tidak selamat".
Harap penulisan ini membantu...
No comments:
Post a Comment