Note 03
Masalah Jenayah Dadah –Interdiksi atau Pendidikan Dari Sudut Keseimbangan Pasaran?
Dicatat oleh El Ferdowsi, 4 November 2013
Heroin, kokain, dan pelbagai jenis dadah lagi, tidak dapat dinafikan, adalah barang utama dalam pasaran, tentunya khusus dalam pasaran gelap. Kata pensyarah ekonomi Universiti Harvard, Mankiw, setiap tahun kerajaan Amerika Syarikat memperuntukkan berjuta-juta dolar bahkan lebih dalam polisi penyekatan dadah atau interdiksi dadah. Katakanlah kerajaan mula menambah jumlah pegawai persekutuan untuk menyekat jenayah dadah, maka apakah yang akan terjadi kepada bekalan dadah dalam pasaran? Maka ajar Mankiw, kita akan cuba meneroka persoalan ini dalam 3 turutan langkah:
1. Kita akan menentukan samada keluk permintaan dan bekalan beralih atau tidak.
2. Dan jika ada keluk yang beralih, maka ke arah manakah peralihan keluk terbabit.
3. Kemudian, barulah kita akan meneliti samada peralihan tersebut mempengaruhi keseimbangan harga dan kuantiti barang dalam pasaran.
Interdiksi dadah dalam polisi kerajaan kali ini –adalah lebih bersifat untuk mempengaruhi bekalan dadah, diulang, bekalan –dan bukannya permintaan dadah buat masa ini. Dijangka, apabila kerajaan berjaya menyekat penyeludupan dadah dengan menahan ramai penyeludup, maka bekalan dadah akan terganggu atau tersekat. Maka, tentunya harga dadah per unit menjadi semakin tinggi –dan bekalan dadah berkurang sekalipun pada mana-mana titik harga. Diulang, sekalipun pada mana-mana titik harga.
Sekalipun begitu, walaupun bekalan dadah mulai berkurang, namun perlu diingat, polisi itu tadi adalah untuk mempengaruhi bekalan, dan bukannya permintaan, maka apakah yang terjadi terhadap permintaan? Permintaan sebenarnya tidak berubah. Kenapa? Mudah jawapannya, kerana penagih dadah akan tetap memerlukan dadah –dan mereka sanggup membelinya walau apa jua cara sekalipun, sudah namanya pun ketagih.
Maka pada graf 1, [Sila lihat Graf 1] berdasarkan pada graf tersebut, interdiksi dadah oleh kerajaan telah menimbulkan situasi di mana keluk bekalan dadah mulai beralih ke kiri (dari kanan ke kiri) –sementara keluk permintaan dadah tidak berubah. Maka apakah yang terjadi? Ternyata yang jadi, adalah harga seimbang mulai meningkat, sambil kuantiti seimbang menurun. Maka, kesimpulannya, penurunan kuantiti seimbang (equilibrium quantity) dalam graf terbabit, menunjukkan interdiksi kerajaan dalam penyeludupan dadah berjaya mengurangkan pengunaan dadah. Namun, apakah itu memadai? Mengurangkan pengunaan dadah yang kesannya ke atas pembekal dadah belum tentu mencapai objektif keseluruhan, kerana itu hanya dari sisi pembekal. Untuk mengurangkan kadar jenayah berkaitan dadah, ianya perlu lebih daripada polisi sebegitu.
Maka ingat balik, sudah kita bincangkan tadi, bahawasanya apabila permintaan dadah itu tetap sama sekalipun perbekalan menurun, maka boleh kita katakana bahawa permintaan itu tidak anjal, atau dalam bahasa Inggerisnya, dipanggil sebagai inelastic demand. Penagih dadah, akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan duit cepat (quick cash) untuk membeli kuantiti dadah yang dimahukannya –maka ini menyumbang kepada kes kecurian, rompakan, ragut dan sebagainya. Maka, kejadian ini akan buat kita terfikir, apakah polisi interdiksi kerajaan ini sebenarnya rupanya menjadi sebab utama kejadian jenayah curi dan rompak berlaku? Atau dalam ertikata lain, niat kerajaan mengurangkan bekalan dadah sebenarnya telah menjadi sebab utama jenayah curi atau rompak meningkat –ianya diterjemahkan sebagai kesan sebalik, adverse effect.
Maka, dek kerana kesan sebaliknya pula yang berlaku, maka apabila kerajaan melaksanakan polisi interdiksi terbabit, maka kerajaan juga wajib melaksanakan polisi pendidikan berkenaan dadah. Rakyat mula diajar supaya berhati-hati dengan preskripsi ubat-ubatan, atau di Malaysia, slogan “Dadah Musuh Negara” diuar-uarkan. Maka, pada graf 2, [Sila lihat Graf 2] akibat kadar permintaan dadah menurun, menunjukkan kepada kita bahawa keluk permintaan mula beralih, beralih ke kiri (tanda berkurangnya permintaan). Maka harga seimbang dan kuantiti seimbang turut menurun –sekaligus, membuktikan bahawasanya polisi pendidikan mengenai bahaya dadah rupanya lebih berkesan berbanding polisi interdiksi kerajaan.
Namun Mankiw sekali lagi mengingatkan kita bahawasanya, para penyokong polisi interdiksi kerajaan mungkin tetap berhujah bahawa walaupun jenayah berkaitan dadah meningkat secara drastik dalam tempoh masa singkat, namun dalam tempoh jangka masa lama, ianya tetap berkesan. Kiranya, dalam jangka masa yang lama, akibat harga dadah yang mahal, akan mengurangkan galakan untuk remaja yang kononnya baru berjinak akan membatalkan hasrat mereka untuk terlibat dengan penggunaan dadah.
Maka, satu persoalan sebelum saya tangguhkan catatan ini, apakah akan jadi sekiranya Malaysia kita melaksanakan kedua-dua polisi tersebut sekaligus?
Dicatat oleh El Ferdowsi, 4 November 2013.
Rujukan:
1. Mankiw, N. Gregory. Principles of Microeconomics, Edisi Keenam.

No comments:
Post a Comment