Ramai kawan2 tanya tentang cuti di Perth:
Itinerary
Tempat tinggal
Macam mana nak
apply visa maid Indon
Berapa kos keseluruhan
Saya pun sangat seronok cuti di Perth, jadi sambil mengimbas kembali kenangan manis, saya kongsi tips sekali.
Kangaroo kat Caversham makan sampai kenyang dan terbaring. Jinak betul. Sanggup dia datang dekat dan makan makanan kat tangan kita. Makanan dia macam makanan hamster tapi besar sikit.
|
Pemandangan dari balcony bilik di Adina Hotel. |
|
Gambar Perth masa tengah jalan dalam kereta. |
|
Jalan kereta di dalam Pinnacles desert |
Berbanding Sydney dan Melbourne, Perth kurang terkenal di kalangan rakyat Malaysia sebagai tempat percutian pilihan.
Tapi kami pilih Perth sebab:
1) Ada baby dan anak kecil.
2) 5 jam penerbangan dari KLIA.
3) Tiket penerbangan murah.
4) Kali pertama satu keluarga ke luar negara.
|
Bubur segera brand Knorr menjadi makanan ruji baby masa di Perth. |
Ya, setelah sampai ke sini saya galakkan semua yang mampu dan berhajat untuk pergi.
Sebelum pergi kena (pergi tunaikan Haji dulu bagi yang mampu, kami Alhamdulillah haji 2012, dan anak2 pula suami dah bawa pergi Umrah Disember 2015. Baca blog post saya tentang
Tips Haji):
Buat passport
Apply cuti bagi yang bekerja
Apply visa, saya ada blog in detail tempat paling murah untuk dapat visa dan juga macam mana nak
Apply visa maid.
Book flights
Book hotel
Book kereta kalau nak guna kereta dan buat lesen memandu dwi bahasa
Tukar duit, kami tukar dalam RM2200 dapat la AUD700.
Rancang itinerary
Beli adaptor (tapi kami tak guna pun sebab hotel dan kereta ada charger USB port)
|
Pokok rumput atau grass tree ni memang unik dan terdapat di serata Perth. Gambar di kat Yanchep Park, tempat koala. |
Tiket penerbangan:
Kami naik
Malindo. Flight 11.15malam, sampai 5pagi. Ramai juga kawan2 yang tak tahu Malindo ada flight KL-Perth. Takpe, saya tolong promote free of charge sebab sangat puas hati dengan servis.
Ada tiga cabaran.
1) Masa check in di KLIA2 ada isu pembantu rumah Indon visa dan tiket nama tak sama. Jadi lambat sikit tapi last-last ok je. Dia override system.
2) Makanan. Masa sampai lupa nak declare dalam borang yang ada Brahims. Nasib baik tak kena saman.
Masa dalam flight boleh la mintak landing card (ke apa tah nama nya). So box yang ada tulis meat, poulty tu kena tick.
3) Flight kami terakhir dari KLIA2, return flight sampai KLIA. Jadi suami gi hantar kereta kat parking KLIA, lepas tu ambik tren datang KLIA2.
|
Bawa bekalan makanan segera macam pasta, brahims, tuna, baked beans, jangan lupa declare di airport. |
Transport masa di Perth:
Sewa kereta dengan
Aries, sebab ada baby dan budak kecil. Kalau saya dan suami je, memang guna public transport.
|
Kedai sewa kereta beberapa km dari airport. |
|
Kereta yang kami guna masa kat sana. Sempit sikit sebab anak2 dah biasa banyak leg room jadi dia orang banyak complen dan bergaduh. Tapi perlu bagi dia orang rasa susah sikit macam mana. |
Suami yang buat booking online untuk sewa. Company Aries ni orang Malaysia punya. Kedai dia beberapa minit dari airport. Takde counter kat airport macam Hertz dsb.
Kereta bersih, selesa dan user-friendly. Orang Malaysia boleh bawak kereta di Australia guna lesen Malaysia yang baru dan dwi-bahasa.
Jalanraya pun takde masalah. Guna Waze je. Pemandu semua berhemah dan ikut peraturan. Best guna kereta di sini. Kalau ada baby, kena la guna carseat yang kami bawa dari Malaysia.
Kami sampai 5am. Solat subuh di surau airport belakang kaunter sewa kereta atau dalam parents room pun ok. Surau airport ok, satu bilik bercarpet dan dekat dengan bilik air, siap ada tempat wudhu tapi masalahnya campur lelaki dan perempuan. Maid saya yang first time jalan2 luar negara pun terkejut.
Di airport juga kami beli local simcard, murah je. Boleh call kalau ada masalah apa2 masa jalan2 nanti.
Kereta sewa pula siap 9am kat airport. Sempat tidur dulu.
Tempat tinggal di Perth:
Tinggal di Adina apartment hotel. Bilik cantik dan bersih. Ada dapur, washing machine dengan dryer sekali. Bilik tidur dua biji.
|
Bagus hotel ni ada USB port untuk charge phone jadi tak guna pun adaptor. |
|
Bilik tidur utama, tak sempat nak ambik gambar full room sebab penat masa mula2 sampai. |
|
Tempat masak, bersih. |
Hubby book hotel online guna booking.com. Dia sangat rajin survey dan plan itinerary. Saya cuma tolong cari maklumat dan ikut holiday, haha.
|
Gambar depan hotel. Adina hotel dekat je dengan Bell Tower dan very centrally located. |
|
Lobby hotel Adina. |
Kami bawak pinggan mangkuk dari Malaysia sebab malas nak samak. Sabun basuh baju pun bawa dari Malaysia. Makanan standby Brahims dan mee segera. Milo 3in1 dsb. Brahims ada bagi sudu free. Untuk baby kami bawa bubur segera. Cerek, microwave, hot plates, toaster semua ada.
|
Pemandangan dari balcony bilik kami, ada street art. Memang banyak street art di Perth, sampai bila masuk terowong anak saya tanya, kenapa dinding terowong kosong, kenapa tak letak street art.
|
Cuma satu je masalah, masa hubby buat online booking mintak unit yang ada dua bilik air, tapi dapat yang ada satu bilik air je. So kena la share reramai, ni anak2 tak biasa so berebut la sikit.
Parking boleh guna hotel punye, convenient tapi kena bayar extra. So kami guna parking hotel masa hari pertama je sebab nak hantar beg dan barang2. Hari2 seterusnya, hubby park jauh sikit dan jalan lepas drop off kami anak-beranak, termasuk maid dan baby.
|
Gambar masa jalan2 di Perth. |
Itinerary:
Hari Pertama:
1)
Caversham Wildlife Park
2) Check in hotel Adina (hanya boleh check in lepas 2pm sebab hari tu dia fully-booked)
3)
Kings Park
4) Bell Tower
Hari Kedua:
1)
Penguin Island
2) Dolphins Cruise
3) Fremantle
Hari Ketiga:
1) The Pinnacles
2) Lake Thetis
3) Yanchep National Park
Hari Keempat:
1) Cottlesloe Beach Sculptures
Caversham Wildlife Park:
Dapat kereta je terus pegi Ke
Caversham Wildlife Park di dalam Whiteman Park. Guna Waze. Sangat mudah. 30minit dah sampai. Takde jem.
Masa beli tiket, tunjuk Malindo boarding pass dapat 15% discount. Dewasa $27, kanak2 $12.
Tengok Farm show 10am. Lepas tu Wombat show 11am. Kangaroo feeding lepas tu. Best!
|
Umur 38 tahun baru dapat jumpa dan bagi makan kangaroo. Alhamdulillah. |
|
Ni sebahagian dari Farm Show. Sheep shearing atau cukur bulu biri-biri. Rupa2nya ada kaedah tertentu. Nampak senang tapi kena ada skill juga. |
|
Pertama kali tengok wombat. Nampak macam teddy bear. Sanggup pula wombat tu duduk senyap. |
Masa di luar Caversham WP jumpa orang Malaysia, sorang student baru grad civil engineering. Dia ada bagi tips makan kat Charcoal Chicken Express, halal. Dia juga bagitau pasal farm show dan wombat show.
Tempat Makan:
Guna Waze cari Chicken Charcoal Express, sedap dan halal, dua kali beli makanan kat sini. Saya suka briyani kambing. Gambar tak sempat ambik sebab terlalu lapar. Take away dan makan di hotel.
Charcoal Chicken Express
Pegi beli lunch halal lepas tu check in Adina hotel 2pm. Makan, mandi, solat dan rehat.
Boleh google waktu solat sebelum pegi, jadi boleh plan awal2.
Waktu solat Perth
Petang gi Kings Park. Best! Sangat cantik.
|
Banyak pokok eucalyptus di Perth. Ni gambar mula2 masuk Kings Park. Nampak gelap sebab dah 6ptg. |
|
Dari Kings Park boleh nampak birds eye view of the town. |
|
Rumput bersih so boleh baring dan golek2 kalau dah penat berjalan. |
Jangan lupa DNA Tower dan pokok 500 tahun.
|
DNA Tower. |
|
Pokok ni 500 tahun. |
|
Bell Tower dekat je dengan hotel Adina jadi ambik gambar ni on the way balik. |
Malam, rehat je. Suami gi kedai beli roti, nutella spread untuk breakfast dan souvenir.
Hari Kedua:
Bangun solat 5am. Anak2 liat nak bangun sebab letih jalan jauh, lepas tu diaorang terus tidur balik.
Nak pegi
Penguin Island kena drive guna waze ke Shoalwater Bay. Parking ok, beratur beli tiket.
Naik bot sekejap je, dalam 5 minit, sampai la ke Pulau Penguin.
Lepas stamp tangan dapat masuk dan tengok penguin for the first time in real life.
|
Penguin dalam conservatory. |
Ada orang bagi penerangan tentang penguin2 di pulau tu. Kemudian dia bagi makan penguin.
Lepas habis show, kami pun pegi jalan2 pusing pulau tu, adalah dalam 30minit. Walaupun matahari terik tapi angin sejuk. Lepas tu lunch makanan sandwich bekal dari hotel, makan bawah pokok, sekejap je rasa sejuk sebab angin agak kuat. Takde tong sampah so sampah kena kumpul dan bawa balik mainland untuk buang.
Cantik pulau dan pantai dia, panas macam Malaysia tapi berangin dan anginnya sejuk maka tak berpeluh pun.
Banyak burung seagull. Masa siang takde penguin sebab penguin ke laut cari makan. Yang jumpa dalam conservatory tu je.
Lepas tengok penguin, pegi tengok dolphins pulak.
Drive lagi guna waze ke Mandurah. Kagum sungguh tengok dolphins berenang dekat dengan bot kita. Best.
|
Saya cuba upload video, tapi tak dapat, so cukup la gambar ni nak tunjuk dekatnya dolphin datang ke bot. |
Cruise dia pegi juga tengok rumah2 mewah dekat kawasan tu lepas puas tengok dolphin.
|
Rumah harga juta2 setiap rumah ada bot. |
Lepas tu balik hotel solat dan rehat. Malam, anak2 dan suami gi Fremantle.
Hari Ketiga:
Guna Waze ke the
Pinnacles Desert, jauh juga naik kereta dalam 200km. Bayaran untuk masuk AUD12 untuk sebiji kereta.
Memang sangat cantik dan mengagumkan. Semua sibuk ambik gambar, tak sabar nak turun dari kereta.
|
Banyak gambar yang ambik kat sini, tak larat orang nak tengok kalau letak semua. Cuaca lebih kurang macam panas Malaysia. Nak senang jalan saya pakai baju yang biasa pakai jogging, baju lengan panjang dgn trackbottom. |
Rasanya di sini masa keluar ada bilik air, jadi kami pun tumpang guna tandas dan solat di tempat parking kereta je sebab dah masuk zuhur (dalam 12.30tgh hari). Angin pula agak kuat, telekung pun nak terbang. Kiblat guna compas phone je.
|
Solat di parking lot. |
Lepas satu kali pusing dan dua kali turun kereta jalan2 ambik gambar, kami pergi ke
Tasik Thetis untuk tengok fosil dan stromatolite. Sekejap je, turun kereta, jalan sikit, ambik gambar dan chow sebab nampak macam nak hujan dengan kilat.
|
Benda-benda bulat tu la fosil, tak boleh pegang, takut rosak, jadi ambik gambar je. Kali pertama tengok fosil in the flesh. |
Lepas tu kami terus naik kereta sambung jalan ke
Lancelin Sand Dunes untuk sand boarding. Kena sewa board lepas tu drive sikit ke bukit pasir. Anak2 dan suami main. Saya ambik gambar je. Kurang minat.
Akhir sekali kami ke
Yanchep National Park. Guna tiket masuk yang sama masa pegi the Pinnacles, so jangan buang tiket/resit.
Bilik air dia agak menakutkan sebab gelap sikit tapi bersih. Botol air yang lama mesti simpan untuk guna masa pegi bilik air sebab takde paip, walaupun tisu memang banyak.
Seronok tengok kangaroo banyak tapi mula2 sekali masuk nak tengok koala yang tak sempat masa Caversham sebab baby bad mood. Ada beberapa ekor yang duduk atas pokok. Comel.
|
Ada sign tulis koalas, jadi masuk Yanchep Park drive terus je, dah sampai. |
Lepas tu pegi Chicken Charcoal beli makanan, dan balik hotel makan, solat maghrib isyak dan tidur.
Hari Keempat:
Kemas barang dan keluar hotel. Kena check out 10pagi. Lepas tu ada kawan bagitau ada
Sculpture Event di Cottlesloe Beach. Takut tak sempat sebab flight 3ptg, so kena ada di airport 12 tengah hari. Last2 pegi juga, dapat la ambik gambar dengan sculptures dalam 5 minit. Alhamdulillah.
Terus ke airport untuk check in, hubby kena hantar kereta sewa pulang. Dia check in kemudian.
Car-seat baby kena check in kat kaunter 25 untuk oversize baggage.
Tempat check in (kaunter 48) dekat je dengan surau. So solat terus Zuhur dan Asar.
|
Masa nak pegi dan balik memang letak cecair macam krim dsb dalam beg plastik. Masa nak balik dia orang sediakan beg plastik free lagi. |
Mungkin sebab hubby check in lambat kami duduk seat row 28, paling belakang 30, dan row 29-30 memang kosong. So sedapla boleh baring sorang tiga kerusi, staf Malindo pun sangat sporting melayan anak2 sampai makan sorang 3 pek chicken briyani, berpek2 biskut dan air macam2.
|
Best boleh baring dan tidur sebab tak ramai orang. |
Tengok movie & main games dengan anak2. Sampai 9pm. Lambat pula nak turun kapal terbang. Lepas tu, naik tren KLIA, sampai di tempat beg tapi beg masih belum sampai. Suami gi solat dulu. Dalam 11pm sampai rumah di Shah Alam.
Alhamdulillah semua selamat.
Kos
Tiket penerbangan RM6000 untuk 3 dewasa, 3 kanak-kanak dan 1 bayi, tiket baby RM100 je.
Hotel RM3200 untuk 3 malam. Boleh je cari yang lebih murah, seperti B&B dan sebagainya, kami pilih hotel sebab ada baby dan budak kecik.
Kereta sewa AUD284 untuk 4 hari, kalau seminggu lagi murah kadarnya.
Setiap tempat yang dilawat harga lebih kurang AUD100 untuk kami bertujuh (tapi Yanchep dan Pinnacles sekali bayar je AUD12 untuk satu kereta).
Minyak AUD90 untuk 800km.
Visa RM20 seorang, maid dalam RM700
Boleh baca artikel menarik tentang
bercuti di Perth dengan anak2 syurga.