Disebabkan oleh
bakteria Mycobacterium
tuberculosis yang menjangkiti paruparu,
selaput otak (meningitis) dan terus
merebak kepada organ lain. Penyakit
tibi merebak melalui udara. Ia boleh
menyebabkan batuk berterusan dan
batuk berdarah.
Kombinasi
Difteria Pertussis Tetanus Haemophilus
influenza type
b-Polio (DtapIPV/Hib), DTap/ HiB/ IPV,
diberikan melalui
suntikan di paha
(untuk kanak-kanak
dibawah umur 1
tahun) atau tangan
(untuk kanak-kanak
yang lebih daripada
1 tahun).
Disebabkan oleh
bakteria Corynebacterium
diphteriae yang menjangkiti
kerongkong menyebabkan sesak nafas
dan kematian.
Kombinasi
Difteria Pertussis Tetanus Haemophilus
influenza type
b-Polio (DtapIPV/Hib)
DTap/ HiB/ IPV
diberikan melalui
suntikan di paha
(untuk kanak-kanak
dibawah umur 1
tahun) atau tangan
(untuk kanak-kanak
yang lebih daripada
1 tahun).
Akibat jangkitan Clostridium
tetani yang menyebabkan kekejangan
otot terutama di leher dan di dagu.
diberikan melalui
suntikan di paha
(untuk kanak-kanak
dibawah umur 1
tahun) atau tangan
(untuk kanak-kanak
yang lebih daripada
1 tahun).
lama dan teruk.
Kombinasi
Difteria Pertussis Tetanus Haemophilus
influenza type
b-Polio (DtapIPV/Hib)
DTap/ HiB/ IPV
diberikan melalui
suntikan di paha
(untuk kanak-kanak
dibawah umur 1
tahun) atau tangan
(untuk kanak-kanak
yang lebih daripada
1 tahun).
Disebabkan oleh virus polio yang
mengakibatkan kanak-kanak mengalami
kelumpuhan kerana serangan virus di
system urat saraf.
Ia dipindahkan
melalui sentuhan najis, mukus atau air
liur orang yang menghidapinya.
Kombinasi
Difteria Pertussis Tetanus Haemophilus
influenza type
b-Polio (DtapIPV/Hib)
DTap/ HiB/ IPV
diberikan melalui
suntikan di paha
(untuk kanak-kanak
dibawah umur 1
tahun) atau tangan
(untuk kanak-kanak
yang lebih daripada
1 tahun).
Menyerupai demam selesema tetapi
bakteria ini boleh merebak ke paru-paru
(menyebabkan pneumonia) dan ke otak
menyebabkan meningitis.
Penyakit kronik yang menyebabkan
kerosakan hati dan barah hati akibat
jangkitan virus hepatitis B. Ia merebak
melalui hubungan seks, kehamilan (ibu
kepada anak), perkongsian alat seperti
berkongsi jarum suntikan di kalangan
penagih dadah, berkongsi pisau cukur,
berkongsi jarum tatu, bertindik dan
sebagainya.
Meyerupai demam selesema tetapi
bakteria ini boleh merebak melalui
udara ketika pesakit batuk.
Jangkitan boleh menyebabkan demam
dan ruam, penyakit lebih ringan dari
measles.
Jangkitan Rubella semasa
mengandung boleh menyebabkan
kecacatan kepada bayi dalam
kandungan.
Dianggarkan 70% daripada kejadian
kanser servik disebabkan oleh jangkitan
HPV 16 dan HPV 18. Pelalian ini akan
mencegah jangkitan dua jenis virus
HPV ini dan seterusnya melindungi
wanita daripada komplikasi teruk
jangkitan iaitu kanser servik.
Imunisasi ini diberi secara percuma di semua klinik kesihatan, Klinik Kesihatan Ibu dan
Anak (KKIA), Klinik 1Malaysia dan klinik desa di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia".
Banyakkan vaksin-vaksin yang diberikan. Nak edit pun panjang tapi sebenarnya bakteria/virus penyebab penyakit2 di atas, komplikasi penyakit, semua tu dah pernah belajar dan hanya sebahagian kecil dari jumlah ilmu keseluruhan yang perlu diketahui semasa menjadi pelajar medic.
Sambung pula dengan...
"Jadual Imunisasi Kebangsaan bagi Kanak-kanak semenjak Lahir hingga Umur 15
tahun"
Ok, kembali kepada artikel KUIS tadi...
- "Pemberian vaksin secara menyeluruh adalah penting untuk menjayakan program imunisasi
ini. Lebih banyak vaksin mungkin akan diperkenalkan pada masa akan datang.
- Jadual
imunisasi yang sedia ada ini mungkin akan diubahsuai dari masa ke semasa bergantung
kepada keperluan.
- Semua vaksin yang diberi adalah selamat dan berkesan kerana ia telah
mendapat pengiktirafan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)".
"HUKUM MENGAMBIL VAKSIN"
Akhirnya, dah sampai kepada tujuan utama nak tulis blog post, sebab ada orang tanya, halal ke vaksin ni?
"Penduduk Malaysia pada tahun 2015 dianggarkan berjumlah 30 juta orang dan daripada
jumlah ini 60% adalah beragama Islam (Statistik 2014).
Oleh yang demikian, rakyat Islam
Malaysia kebanyakannya sentiasa berasa ragu-ragu dengan kandungan vaksin yang
diberikan oleh kerajaan Malaysia samada sumbernya halal atau adakah kandungannya
mengandungi bahan bahan dari sumber yang haram.
Ramai dari golongan yang ragu-ragu ini
enggan mengambil vaksin.
Ramai juga golongan ibubapa yang ragu-ragu tahap halal vaksin
ini enggan memberi kebenaran kepada pihak hospital atau klinik kesihatan untuk diberi
vaksinasi kepada anak anak mereka.
Hasil daripada keraguan ini kerajaan Malaysia telah mengarahkan supaya Majlis Fatwa
Kebangsaan Malaysia mengeluarkan fatwa mengenai vaksin ini.
Kebanyakan fatwa seperti
fatwa dari Majlis Fatwa Eropah dan Penyelidikan, Majlis Ulamak Indonesia, Majlis Fatwa
Kebangsaan Malaysia telah membenar dan mengharuskan penggunaan vaksin dalam
kalangan orang Islam.
Jelas disini ramai ulamak bersependapat bahawa vaksin dibenarkan untuk kebaikan sejagat.
Berdasarkan fatwa dari segenap pelusuk dunia, kebanyakkan ulama berpandangan bahawa
vaksinisasi adalah satu keperluan untuk menjaga maslahat umat Islam."
Ok, break sekejap. Memandangkan saya bukan ahli agama, saya sendiri tak berani nak ulas tentang halal dan haram in detail. Tetapi, kalau dah kebanyakkan fatwa dari seluruh dunia membenarkan dan mengharuskan penggunaan vaksin, siapakah kita, yang bukan ahli agama, nak kata vaksin tu tak halal?
Sambung balik...
"Penentangan terhadap
isu vaksin mestilah berasaskan kepada dalil Al-Quran dan As-Sunnah.
Namun apabila dilihat
dari semua dalil secara umumnya menjuruskan bahawa menjaga nyawa adalah perkara yang
penting dalam Islam berdasarkan kepada asas Maqasid Syariah.
Justeru asas penolakan
vaksin bukanlah terbit atau muncul dari kaedah atau asas Maqasid Syariah.
Dari sudut negara contohnya, Saudi Arabia mengenakan vaksin meningitis supaya jemaah
haji tidak mendapat bakteria meningitis yang membunuh jemaah saban tahun".
Alhamdulillah tahun 2012 saya dan suami pergi menunaikan haji dan tahun 2015 pula, suami membawa ketiga2 orang anak umrah (baby kena tunggu besar sikit, insya Allah akan pergi).
Boleh baca blog post tentang pengalaman haji di sini. Cuma nak cakap, sebelum pegi haji dan umrah memang kena ambik vaksin meningitis C.
Berbalik kepada artikel KUIS...
"Dari sudut
masyarakat, vaksin dilihat memberi perlindungan bukan sahaja kepada kanak kanak tetapi
kepada orang dewasa juga.
Contoh virus rubella yang boleh menyebabkan masalah
congenital rubella syndrome kepada bayi yang lahir, dengan suntikan vaksin kepada orang
dewasa ianya sekaligus mencegah carrier state serta perpindahan virus kepada ibu
mengandung.
Dari sudut individu, vaksin berfungsi melawan penyakit berjangkit supaya generasi yang ada
lebih kuat berdaya tahan melawan penyakit berjangkit serta tiada kesan sampingan dan
meningkatkan kadar mortaliti dan morbidi akibat wabak tersebut.
Jelas disini terdapat banyak
kebaikan dengan adanya vaksin iaitu pencegahan penyakit berjangkit (wabak) daripada
merebak didalam komuniti walaupun ianya tidak mencecah pencegahan secara 100%.
Rata-rata
majlis fatwa mengatakan ianya harus atas alasan kepentingan dan kebaikan vaksin dari
sudut konsep pencegahan.
Namun begitu terdapat juga ulamak yang menolak hal ini seperti
di Kano Nigeria; natijahnya kes Polio di Kano meningkat secara mendadak.
Vaksin boleh diklasifikasi sebagai ubat yang digunakan untuk meningkatkan kekebalan
badan manusia.
Ini sesuai dengan hadis “Tidaklah Allah menurunkan penyakit kecuali Allah
turunkan ubat untuknya.” (HR A Hurairah).
Pengambilan vaksin termasuk dalam isu penjagaan yang disyariatkan oleh Islam.
Vaksinasi
ini seumpama persediaan untuk menghadapi peperangan dengan musuh.
Islam menyuruh
untuk umat Islam bersedia dengan secukupnya dalam menghadapi musuh Islam.
Persedian tersebut mestilah apa yang terdaya diusahakan seperti alatan perang yang cukup dan tubuh
badan yang sihat.
Oleh itu ramai ulamak berpendapat vaksinisasi juga mempunyai konsep yang sama dengan
isu menghadapi peperangan terhadap musuh Islam.
Ia juga boleh diambil dalil dari sebuah
hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud “Sesiapa yang mengambil tujuh biji tamar ajwah,
tidak akan terkena racun dan sihir pada hari tersebut”.
Hadis ini jelas menunjukkan kepada
kita bahawa perlu mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengelak jangkitan dan
serangan penyakit sebelum dari berlaku serangan tersebut.
Ibnu al-Arabi menjelaskan dalam perbincangan hadis ini, beliau mengatakan bahawa
seseorang yang dapat menjangkakan simptom-simptom penyakit, dan bimbang dijangkiti
penyakit tersebut, sesungguhnya diharuskan kepadanya untuk menghilangkan simptom
tersebut dengan melakukan rawatan, sesungguhnya menghilangkan sebab akan
menghilangkan kesan-kesannya.
“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu
dalam kebinasaan” – Al Baqarah: 195.
Di dalam Quran, ada menekankan segala perbuatan
kita mesti tidak kearah penyebab kepada kebinasaan.
Jadi adanya vaksin adalah usaha kita
mengelakkan kebinasaan atau penyakit.
Atas dasar kepentingan masyarakat Islam di Malaysia bagi memastikan produk vaksin itu
halal, semua vaksin telah melalui proses saringan, ujian, penyelidikan yang ketat, agar
selamat kepada pengguna sebelum sampai ke peringkat umum.
Ini secara langsung perlu
dilihat dari struktur maqasid syariah (matlamat yang ingin dicapai demi kepentingan
manusia) iaitu menjaga agama, jiwa, akal, keturunan dan harta.
Pengambilan vaksin adalah
bertepatan dengan tujuan maqasid syariah untuk menjaga survival generasi masa kini dan
akan datang.
HUKUM MENGGUNAKAN VAKSIN SEBAGAI ALAT PENCEGAHAN PENYAKIT
SEBELUM DARIPADA BERLAKU LAGI
Galakan untuk mendapat rawatan dan mendapat ubatan yang bersesuaian.
Islam
menyarankan umatnya agar sentiasa mencari penawar kepada penyakit yang dihidapi,
kerana setiap penyakit ada penawar yang perlu dicari, diterokai dan dikaji. sesuai dengan
sabda Nabi SAW:
ِن هللاِ َع َّز َو َج َّل
ِذْ
ِإ
ب
َ
ُء الدَا ِء بَ َرأ
َوا
ِصْي َب دَ
ُ
ِذَا أ
َوا ٌء فَإ
ِل ُك ِلِّ دَا ٍء دَ
Maksudnya: “Setiap penyakit mempunyai penawar, apabila penawar menepati
penyakit tersebut, nescaya akan sembuh dengan izin Allah.”
Dalam hal ini hukumnya adalah harus.
Ini kerana rawatan terdahulu sebelum berlaku
wabak atau dibimbangi berlaku satu-satu penyakit adalah dibolehkan.
Ini berdasarkan
hadis Nabi SAW:
ْيضره ِس ْح ٌر وال سم
َ
َمِر المدين ِة لم
َمَرا ٍت ِم ْن تَ
تَ
ِ
ِ َسْبع
َح ب
َصبَّ
َم ْن تَ
Maksudnya: “Barangsiapa makan tujuh butir kurma Madinah pada pagi hari, ia tidak akan
terkena pengaruh buruk sihir atau racun.”
(Riwayat Bukhari)
Ini termasuk tindakan menghindari penyakit sebelum terjadi.
Demikian juga jika dikhuatirkan
timbulnya suatu penyakit dan dilakukan immunisasi untuk melawan penyakit yang muncul di
suatu tempat atau di mana saja, maka hal itu tidak masalah, karena hal itu termasuk tindakan
pencegahan.
Sebagaimana penyakit yang datang diobati, demikian juga penyakit yang
dikhawatirkan kemunculannya.
Benarlah sabda Nabi SAW:
َال يُو ِردَ َّن ُمَمَّر ٌض َعلَى ُم َصحٍ
Maksudnya: “Jangan didekatkan yang sakit dengan yang sihat.”
(Riwayat Bukhari)
Begitu juga tindakan Saidina Umar Al-Khatab apabila tidak memasuki kawasan wabak
taun dan ditanya kepada Amirul Mukminin, adakah kamu takut kepada qada’ Allah dan
kamu lari daripadanaya?
Saidina Umar Al-Khatab menjawab: “Aku lari daripada qada’
Allah kepada qadarnya.”
Hal ini dinyatakan oleh sahabat yang lain, Abdul Rahman bin
Auf yang menyebut hadis Nabi SAW:
ِ َ
ها ،
ْم ب
ْنتُ
َ
ْر ٍض َوأ
َ
ِأ
َع ب
َوقَ
ِذَا
َوإ
ْي ِه ،
ْر ٍض فَال تَقْدَ ُموا َعلَ
َ
ِ ِه فِي أ
ْم ب
َسِم ْعتُ
ِذَا
إ
َر فَ ا ًرا ِمْنهُ
ال تَ ْخ ُر ُجوا فِ
Maksudnya: “Apabila kamu dapati terdapat penyakit taun di dalam
mana- mana kawasan maka janganlah kamu mendekati kawasan tersebut, dan apabila kamu
berada di dalam kawasan yang terkena taun, maka janganlah kamu keluar lari daripada
kawasan tersebut.”
(Riwayat Bukhari)
Dalam istilah moden ia dikenali sebagai kuarantin".
Bila saya baca tentang hadis2 nabi SAW ni, terasa hebatnya ajaran yang dibawa oleh nabi SAW dari segi saintifiknya.
Sambung lagi...
"HUKUM PENGGUNAAN VAKSIN
Dalam hal ini, jika diperbuat daripada bahan yang bersih dan suci, maka ia diharuskan
Jika diperbuat daripada bahan yang najis, ia terbahagi kepada dua:
Jika di sana ada alternatif lain, maka tidak boleh menggunakan vaksin yang najis.
Ini kerana sabda Rasulullah SAW daripada Abu Darda’ R.Anhu yang
bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan penawar, dan
Dia telah menjadikan bagi tiap-tiap penyakit itu penawar, maka kamu semua
berubatlah dan janganlah kamu semua berubat dengan (perkara-perkara) yang
haram.”
Jika di sana tidak ada alternatif yang lain, ia dibolehkan kerana ia termasuk dalam
perkara darurat.
Terdapat beberapa kaedah yang digunakan dalam hal ini.
Kaedah المحظورات تبيح الضرورات iaitu mudarat mengharuskan yang haram.
Tetapi kaedah ini
diikat dengan kaedah lain iaitu بقدرها تقدر الضرورات yang bermaksud menagambil darurat
cukup yang perlu sahaja.
Dalam penetapan hukum yang melibatkan penggunaan konsep dharurah, terdapat beberapa
syarat yang perlu dipenuhi sepertimana berikut:
Dharurah itu memang benar-benar berlaku, bukan lagi hanya sangkaan semata-mata ke
atas kemusnahan nyawa atau pun harta benda. Kalau pun kekhuatiran itu berdasarkan
andaian, anadaian itu hendaklah andaian yang kuat seperti telah melalui proses
pengalaman dan pemerhatian.
Orang yang berada dalam keadaan dharurah itu tidak ada jalan yang lain dibenarkan oleh
syarak untuk mengelakkan kemudharatan itu. contohnya seseorang yang amat perlu untuk
meminjam wang, maka ia measti memilih pinjaman tanpa riba’ kerana zaman ini sudah
ada alternatif untuk melakukan pinjaman dengan tidak menggunakan sistem riba’.
Orang yang dalam keadaan dharurah (terpaksa) itu mestilah berusaha jangan memilih
perkara ang terang-terang melanggar prinsip-prinsip asasi syariat Islam dan usul akidah
Islam, seperti tidak halalnya ia memilih untuk berzina, membunuh, memilih kufur dan
mengambil hak orang lain kerana perkara-perkara berkenaan pada hakikatnya
adalah mafsadah (kerosakan).
Ini bererti jika melepaskan keadaan terpaksa itu tiada
jalan yang halal, Cuma yang ada beberapa jalan yang haram, maka ia mesti memilih
mudharat yang lebih ringkas dan tidak terang-terang melanggar perkara-perkara asasi
dalam Islam.
Ketika melepaskan keadaan dharurahnya seseorang itu mestilah sekadar melakukannya
kadar yang perlu sahaja, bukan untuk berselesa melakukan perkara yang terlarang
berkenaan berdasarkan kaedah keadaan dharurah diukur dengan tingkatannya.
Dalam isu tepaksa memakan ubat dari produk haram untuk menjaga kepentingan nyawa,
syarat tambahan yang perlu dipenuhi ialah pengambilan ubat berkenaan hendaklah
disyorkan oleh doktor yang dipercayai pegangan dan amalan agamanya serta mempunyai
kepakaran di samping terbukti tiada ubat lain yang halal untuk diambil.
Lihat Penentuan Produk Halal-Haram dan Fatwa Vaksin di Malaysia oleh Prof. Madya Dr. Nurdeng
Deuraseh, UPM.
BEBERAPA FATWA TENTANG PENGGUNAAN VAKSIN DI MALAYSIA
Hukum Penggunaan Vaksin Menactra®
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
Kali Ke-107 yang bersidang pada 10 - 11 Februari 2015 telah membincangkan Hukum
Penggunaan Vaksin Menactra®.
Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
1. Setelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah
menegaskan bahawa pada prinsipnya ulama bersepakat bahawa makanan termasuk ubat-ubatan
yang dibenarkan oleh Islam untuk digunakan mestilah terdiri daripada bahan-bahan
yang baik (toyyib) dan halal, serta tidak mempunyai unsur-unsur yang
mendatangkan mudharat kepada kesihatan badan dan akal manusia.
2. Muzakarah juga mendapati bahawa dalam proses penghasilan Vaksin Menactra® ini,
tiada sebarang komponen bahan mentah yang mengandungi sumber haiwan atau bahan-bahan
yang diragui dari aspek syarak digunakan serta tiada perkongsian saluran
pemprosesan dengan produk vaksin yang tidak halal.
3. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum penggunaan Vaksin
Menactra® adalah diharuskan.
Hukum penggunaan Vaksin Biothrax dan Vaksin Rotateq yang menggunakan unsur babi
dalam proses penghasilannya
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
Kali Ke-81 yang bersidang pada 31 Mac 2008 telah membincangkan hukum penggunaan
Vaksin Biothrax dan Vaksin Rotateq yang menggunakan unsur babi dalam proses
penghasilannya.
Muzakarah telah memutuskan bahawa penggunaan vaksin BioThrax dan
RotaTeg adalah tidak dibenarkan kerana:
1. Situasi kini dianggap tidak dharurat;
2. Terdapat bahan atau ubat alternatif selain penggunaan unsur babi dalam pemprosesan
kedua-dua vaksin; dan
3. Tiada data sokongan yang kuat untuk membuktikan rakyat negara ini memerlukan keduadua
vaksin ini.
Keterangan/Hujah:
1. Anthrax adalah sejenis penyakit berjangkit yang akut dan boleh menyebabkan kematian
mengejut dan darah keluar dari semua rongga yang terbuka.
Jangkitan anthrax boleh
berlaku sama ada pada kulit (cutaneous anthrax), saluran usus (Gastrointestinal anthrax)
atau serangan melalui pernafasan (inhalation anthrax).
Vaksin BioThrax™ digunakan
sebagai imunisasi atau suntikan pelalian bagi membantu melindungi daripada jangkitan
anthrax.
RotaTeq pula ialah vaksin bagi mencegah kes rotavirus yang menyebabkan muntah dan cirit birit di kalangan kanak-kanak."
Dekat sini saya nak sebut sikit, vaksin biothrax dan rotateq tidak termasuk dalam jadual imunisasi Malaysia, jadi kita tak perlu risau tentang vaksin2 tersebut.
Sambung lagi...
"2. Islam mengharuskan berubat dengan benda-benda yang diharamkan sekiranya dalam
keadaan dharurat iaitu tiada ubat alternatif yang lain adalah berpandu kepada Firman
Allah Taala:
َما ا
ِالَّ
ْي ُكْم إ
َ َعلَ
َح َّرم
َّص َل لَ ُكْم َما
َوقَدْ فَ
ْي ِه
ِكَر ا ْسُم ا ََّّللِ َعلَ
ُوا ِمَّما ذُ
ُكل
ْ
تَأ
َالَّ
َو َم ِ ا لَ ُكْم أ
ِهْم ب
ْهَوائِ
َ
ِأ
ُّو َن ب
لَيُ ِضل
َّن َكثِيراً
ِ
َوإ
ْي ِه
لَ
ِ
ْم إ
ْض َّن ُطِر ْرتُ
ِ
ٍم إ
ْ
ِر ِعل
َغَ ْي
ُم ْعتَِدي َن َربَّ َك
ْ
ِال
ُم ب
ْعلَ
َ
ُهَو أ
Maksudnya : "Dan tidak ada sebab bagi kamu, yang menjadikan kamu tidak mahu makan
sari sembelihan binatang-binatang halal yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya,
padahal Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang diharamkan ke atas
kamu, kecuali apa yang kamu terpaksa memakannya."
(Surah al-An’am : 119)
3.
Jumhur Fuqaha’ dari Mazhab Hanafi, al-Malikiyyah, pandangan sohih dari Mazhab
Syafie dan Hanabilah berpendapat berubat dengan suatu yang najis seperti arak adalah
haram dan tidak harus.
Dalam konteks ini Prof. Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhayli
berpandangan bahawa pada asasnya, haram kita berubat benda yang najis atau haram.
ISU ISU ANTI VAKSIN DI MALAYSIA
Persoalan–persoalan yang kerap diajukan adalah
1) Adakah vaksin (Rotavirus) mengandungi benda yang diharamkan seperti
enzim tripsin?
JAKIM bersama KKM telah bersama mengeluarkan kenyataan bersama berkenaan
penggunaan vaksin di Malaysia.
Sedikit sebanyak keputusan ini telah melegakan ramai
ibubapa yang tidak mempunyai informasi yang tepat.
Kita semua ingin vaksin yang
dihasilkan adalah halal.
JAKIM telah memastikan dan memantau keadaan pemprosesan
vaksin dan bersetuju mengakui bahawa status vaksin di Malaysia adalah halal (harus).
Ini
mungkin menggunakan pendekatan dharurat.
Hanya terdapat beberapa jenis vaksin sahaja
seperti Rotateq yang difatwa tidak halal.
Kita tidak boleh generalize semua vaksin adalah
haram.
KKM pula telah memastikan segala proses pembikinan dan penghasilan vaksin
mengikut piawai yang ditetapkan.
Ini melalui proses yang lama seperti penyelidikan klinikal
ke atas binatang dan manusia sebelum dipercayai dan terbukti berkesan.
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah berkata,
“Adapun najis, maka hukumnya dikembalikan kepada asalnya, iaitu benda najis
yang kotor, jika telah berubah hingga menjadi baik, maka dia seperti lainnya yang
berasal dari benda yang halal. Seperti misalnya ada darah atau bangkai babi yang
jatuh ke air tasik bergaram, lalu ianya menjadi garam yang halal sebagaimana
umumnya garam.
Terdapat banyak percanggahan pendapat diantara ramai ulama diantara vaksin halal dan
haram dan ahkhirnya kesepakatan atau ijtihad para ulama di Malaysia menyatakan vaksin
adalah harus.
Hukum harus (maka ianya adalah halal dan dibolehkan) adalah berdasarkan
muzakarah fatwa kebangsaan dan hasilnya kerajaan memberi arahan program vaksinasi untuk
berjalan di seluruh negara.
Sebagai rakyat, arahan ini tidak bercanggah dengan Islam serta
arahan berupa program pencegahan untuk kesihatan dan kemaslahatan umum.
Jadi ianya
tidak perlu ditentang atau dihukum.
Enzim binatang yang digunakan merupakan catalyst
yang melalui proses ultrafiltrasi dan pencairan yang tidak bercampur dengan bahan ketika
produk akhir dihasilkan.
Vaksin ini telah melalui proses saringan, pencucian dan
pembersihan secara total dan ianya harus untuk digunakan.
2) Adakah vaksin mempunyai kesan sampingan atau adverse effects?
Ya, memang benar vaksin ada kesan sampingan seperti masalah alahan atau neurologi.
Jika
kesan begini berlaku maka ia perlu dilaporkan segera kepada pihak farmakovigilan.
Jika
benar kesan sampingan vaksin yang tinggi dan berlaku mortaliti atau morbiditi secara
statistik, sewajarnya vaksin tidak diberikan atau diharamkan pada populasi."
Break sikit sebab nak tambah, secara logik nya lah, kerajaan dah sediakan perkhidmatan kesihatan yang murah dan disubsidi macam hospital, klinik dan sebagainya. Ni semua memerlukan wang. Takkan la sengaja kerajaan nak bagi orang ramai sakit disebabkan vaksin (kalau betul la vaksin ni merbahaya). Lagi ramai la pesakit. Teruk la nak kena sediakan lagi banyak hospital dan sebagainya. Fikir2kan logiknya.
Sambung balik...
"Ini tidak berlaku
di Malaysia atau di dunia sekalipun.
Konsep qada’ qadar perlu disemai kepada masyarakat
Islam amnya – iaitu mempercayai kita perlu berusaha untuk pencegahan penyakit secara
spesifik dan Allah menentukan kejayaannya.
Doktor biasanya mempunyai indikasi tertentu
sama ada vaksin boleh diberi atau di hentikan.
Pesakit perlu letakkan konsep tawakkal pada
Allah SWT dalam segala perbuatan harian.
Kita perlu timbang kebaikan dan keburukan
vaksin.
Jika kebaikan melebihi keburukan, usaha murni begini adalah usaha untuk memasti
anak anak dan generasi kita selamat.
Segala kesan yang berlaku (sama ada kesan dari vaksin
seperti allergi/alahan atau vaksin tidak dapat memberi pencegahan atau kesan penyakit)
adalah daripada Allah SWT dan kita perlu menjurus segala amal dan pergantungan kita
padaNya.
Kita hanya berusaha dan Allah menentukan segala perancangan.
KESIMPULAN KEPADA VAKSIN
Islam adalah agama yang praktikal dan mudah.
Jika kita meletakkan hukum haram ke atas
benda yang harus adalah seperti kita meletakkan umpama air yang boleh diminum di anggap
sebagai arak.
Dalam pada itu jika kita berdepan dengan percanggahan hukum, kita mesti
melihat kelebihan dari aspek maqasid syariah, uruf masyarakat dan maslahat masyarakat serta
panduan praktikal daripada ilmuan Islam dan pakar pakar perubatan.
Sebagai ibubapa, kita
semua ada hak untuk memilih sama ada ingin memberi vaksin atau tidak kepada anak-anak
kita, keputusan ibubapa mencermin usaha murni untuk mencegah anak anak dan generasi
akan datang daripada penyakit berjangkit.
Perbezaan feqah tidak wajar menjadi perpecahan dan pertelagahan ummah kerana ianya
hanya merupakan cabang dalam Islam.
Ruh begini diambil oleh Imam Syafie dimana beliau
menghormati ijtihad imam imam yang lain. Penyebaran berita yang negatif adalah salah,
kerana kerajaan dan pihak berkuasa telah memberi kata sepakat yang positif dalam isu
vaksin, untuk meleraikan kekusutan dan kebimbangan rakyat".
Alhamdulillah, banyak yang saya sendiri pelajari dalam men-copy paste untuk menghasilkan blog post ini. Harapan saya "soalan adakah vaksin halal" telah terjawab.